26 November 2014

Peminat Pornografi: Kanak-Kanak Mangsa Atau Matang?


Gambar hiasan Gambar hiasanKecanggihan teknologi telefon bimbit digelar 'smartphone' pada masa kini bukan suatu yang menghairankan apabila pelajar sekolah juga bijak menggunakannya sama ada sebagai medium bersembang dengan rakan menerusi laman sosial ataupun melayari Internet.
Hakikatnya, revolusi teknologi maklumat banyak mengubah cara hidup manusia dari sudut berfikir dan berkomunikasi termasuk apa yang membimbangkan adalah sikap golongan muda khusus di peringkat sekolah sebagai pengguna.
Perjalanan dunia siber kini memberikan suatu cabaran, realiti dan ilusi kepada manusia sejagat. Tidak mustahil pandangan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mencadangkan kerajaan menapis Internet demi kelangsungan dan jaminan kemakmuran rakyat agar terus dipertahankan.
Soal menapis atau menutup laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang dibangkitkan sebagai isu dalam kalangan beberapa pihak adalah sesuatu yang agak mustahil jika mahu dilakukan di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyekat aplikasi yang bukan milik negara ini termasuk laman sosial popular, Facebook.Datuk Seri Ahmad Shabery CheekDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek
"Kita boleh membuat aduan dan meminta kepada pengurusan Facebook sendiri untuk menutup akaun pemilik tertentu tetapi kuasa tertakluk kepada mereka dan itu di luar kemampuan kita," katanya dalam laporan media sebelum ini.
Di sebalik isu berkenaan sebenarnya, ibu bapa mempunyai keresahan terhadap sikap anak menggunakan Internet tanpa wujud sekatan daripada pihak kerajaan yang sepatutnya bertanggungjaawab sebagai pengawal selia.
Memang benar istilah Internet Tanpa Sempadan membawa makna sungguh mendalam apabila sesiapa saja tanpa mengira usia termasuk kanak-kanak berusia 5 tahun boleh melayari perkhidmatan ini jika tiada pemantauan.
Dalam membicarakan isu Internet, apa yang menjadi topik perbincangan hangat di serata dunia adalah kandungan bahan lucah atau pornografi yang boleh mengundang sesiapa saja untuk terjebak.
Pakar Psikologi, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Noor berkata, nafsu seks dalam kalangan kanak-kanak tetap wujud apabila mereka mencapai usia kematangan seawal 12 tahun.
“Apabila mereka sudah masuk dalam dunia akil baligh, nafsu seks akan bertambah apatah lagi didedahkan dengan banyak elemen berunsur seks.
“Kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.
Berdasarkan pengalamannya menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun, mendedahkan keputusan mengejutkan apabila remaja berkenaan mengakui perbuatan melakukan seks bukan satu kesalahan dan berani untuk sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.
Kanak-Kanak Subjek Bahan Lucah
Menurut laporan media baru-baru ini, seorang budak lelaki berusia 12 tahun dituduh merogol kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Budak lelaki tersebut dituduh melakukan perbuatan sumbang itu di sebuah tandas pasar raya Alma pada jam 11 malam.
Foto: MyNews HubFoto: MyNews HubDalam perkembangan lain, seorang budak lelaki berusia 4 tahun di Bukit Rambai Melaka ditangkap selepas melakukan seks oral bersama budak lelaki lain berusia 3 tahun.
Dalam kejadian itu, ibu kanak-kanak itu terpaksa mengawasi setiap tingkah laku anaknya dan mengetahui hal tersebut apabila melihat sendiri anaknya melakukan seks oral dengan anak jirannya.
“Saya terpaksa memukul dan menegurnya setiap kali mereka berkelakuan aneh. Ini amat menyedihkan saya kerana tindakan tersebut berlaku pada seusia mereka," katanya.
Tambahnya, apa yang boleh dilakukan sebagai pengajaran adalah menghantar anaknya ke kelas agama dengan harapan, bimbangan guru yang diterima mampu mengajar anaknya mengenai tindakan yang betul dan salah.
“Saya tidak menyalahkan anak jiran saya kerana dia juga masih muda tetapi saya percaya kanak-kanak seusia ini melihat bahan lucah tanpa pengetahuan kami sebagai Ibu bapa,” jelasnya.
Apa yang mengejutkan, anaknya yang juga mengalami kecederaan di bahagian sulit dan sukar untuk membuang air kecil terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, satu laporan media juga mendedahkan kes membabitkan dua kanak-kanak perempuan berusia 4 dan 5 tahun ditangkap ibunya kerana melakukan aksi mengghairahkan dengan berpelukan dan bercium.
Pengakuan dua kanak-kanak itu mendakwa mereka mempelajarinya daripada seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang juga anak kepada jiran mereka tetapi kemudian menafikannya.
Pornografi Amatur
Menurut Ketua Bahagian Pemantauan & Penguatkuasaan, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM), Zulkarnain Mohd Yassin, hasil kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati generasi muda berumur diantara 14 sehingga 17 tahun berminat melayari pornografi atau bahan lucah sekiranya mereka terjumpa walaupun secara tidak sengaja.
“Bahan lucah bukan setakat mereka perlu ke laman bekenaan saja tetapi permainan video pada masa kini juga mempunyai unsur lucah seperti ‘Starcraft’ yang menampilkan watak wanita seksi,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.Ketua Bahagian Pemantauan  Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi  Multimedia SKMM Zulkarnain Mohd Yassin/Foto: Astro AwaniKetua Bahagian Pemantauan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia SKMM Zulkarnain Mohd Yassin/Foto: Astro Awani
Tegasnya, orang ramai terutamanya kanak-kanak diminta agar tidak mudah menerima sesiapa yang tidak kenali untuk dijadikan kawan menerusi laman sosial, Facebook,
"Ini kerana ada antara mereka berniaga atas talian di mana mempromosikan dan berkongsi gambar serta video yang tidak sepatutnya," katanya.
Katanya, pornografi di Malaysia bukan satu industri seperti di Amerika Syarikat. Justeru, jumlah laman web pornografi yang kerap dikunjungi pengguna Internet di negara ini tidak mempunyai statistik tetap.
“Mengikut carian di Internet, masyarakat di negara ini lebih cenderung mencari kata kunci seperti ‘Malay’, ‘Malaysian’ dan ‘Japanese’ yang membawa mereka ke laman pornografi,” katanya.
Jelasnya, Pornografi Malaysia lebih bersifat amatur apabila individu tidak bertanggungjawab memuat naik hasil rakaman video mereka dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit berkamera.
Semua Pihak Memainkan Peranan
Guru, Sekolah Antarabangsa Cempaka,Kuala Lumpur, Zuraidah Md Esa menyatakan walaupun kanak-kanak tidak mempunyai nafsu dalam melakuan hubungan seks tetapi mereka mudah meniru apa jua yang mereka lihat.
“Dalam pengamatan saya, proses peniruan dalam kalangan kanak-kanak berlaku seawal usia mereka setahun. Mungkin apa yang dilihat menerusi bahan tontonan dan permainan video pada masa kini mempunyai unsur pornografi atau boleh juga akibat perilaku ibu bapa mereka sendiri.
“Saya rasa sukatan pembelajaran agama terlalu banyak tanpa memikirkan soal pembentukan akhlak dan sahsiah. Justeru, fokus kepada subjek pembentukan akhlak dan salsiah pelajar perlu dititikberatkan walaupun sedikit, impaknya cukup terkesan dalam kalangan pelajar,” katanya.
Katanya, tanggungjawab penting terhadap pembentukkan akhlak kanak-kanak perlu digalas semua pihak.
“Kalau mereka berada di sekolah, itu menjadi tanggungjawab kami sebagai guru tetapi jika mereka berada di luar sekolah, ia adalah tanggungjawab ibu bapa dan pengasuh sekiranya mereka dihantar ke rumah pengasuh,” katanya.
Guna Peranti Sekatan
Sebagai saranan, ibu bapa di negara ini harus lebih peka mengawal tingkah laku anak mereka terhadap penggunaan Internet kerana kanak-kanak bersifat ‘span’ kerana mereka meniru dan menyerap apa jua perkara yang dilihat di depan mata.
Gambar Sampingan/ Yang berlaku di ChinaGambar Sampingan/ Yang berlaku di China
“Kami faham ada sesetengah Ibu bapa tidak mahir dalam penggunaan Internet. Justeru, kami menasihati mereka merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada kami dalam mengawal maklumat yang dilayari anak mereka.
“Ada satu peranti di mana ia mampu menyekat laman yang tidak sepatutnya dilayari anak mereka dan Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pembekal Internet masing-masing,” tambahnya.
Katanya, kes yang berlaku melibatkan perlakuan sumbang dalam kalangan kanak-kanak sewajarnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa supaya meningkatkan pemantauan terhadap anak khusus di peringkat pra-persekolahan.
--mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive