20 November 2014

Haji Hadi tidak akan berundur... kekal pimpin PAS 10, 20 tahun lagi


Menjawab desakan pemimpin DAP, PAS sekali lagi menegaskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus memegang jawatan Presiden PAS dan tidak akan berundur, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab mengenai laporan media tentang terdapat wujudnya ahli-ahli parti yang mahu jawatan tertinggi itu dipegang pemimpin lain.
Katanya, PAS masih memerlukan khidmat Haji Hadi berdasarkan kredibilitinya.
Beliau menyifatkan Haji Hadi sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti.
Haji Hadi adalah Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang, pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004.
Beliau menjadi presiden sejak 2003 selepas Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia.
Menurut Mustafa, PAS tidak pernah membincangkan perkara itu sungguhpun ada dakwaan Haji Hadi jarang hadir mesyuarat penting.
"Beliau (Haji Hadi) akan terus jadi presiden, mungkin 10 atau 20 tahun lagi. Saya tidak tahu bagaimana ada berita mengatakan wujud saranan daripada ahli parti minta beliau undur, sedangkan kami semua bersatu teguh di belakang presiden.
"Bukan sepanjang masa beliau tidak hadir, tetapi ia tidak jadi masalah kerana urusan kerja masih boleh diteruskan seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, ahli PAS sudah mengetahui tahap kesihatan Haji Hadi, tetapi tidaklah sampai mahu mencari penggantinya.
"Saya tidak tahu bagaimana cerita sebegitu boleh wujud sedangkan tidak ada yang mempersoalkan ketidakhadiran Haji Hadi dalam mana-mana mesyuarat kerana tahu tahap kesihatan beliau yang kurang baik ketika ini.
"Sungguhpun beliau tidak hadir, (keputusan dan hasil) perjalanan mesyuarat akan saya maklumkan kepada beliau. Perkara tidak hadir ini bukan baru berlaku.
Dah lama, tapi tidak pula jadi isu. Entah kenapa sekarang ada pihak yang pertikai," katanya.
Mustafa berkata, jika Haji Hadi tidak hadir, mesyuarat akan diwakili Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.
"Bukan sahaja mesyuarat parti, malah perkara sama akan dilakukan jika beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat-mesyuarat PR. Semua itu, ahli sudah maklum," katanya.
Mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoalkan ketidakhadiran Haji Hadi dalam mesyuarat PR, Mustafa berkata, itu kenyataan parti lain.
"Tiada ahli PAS yang persoalkan. Guan Eng bukan daripada PAS. Beliau daripada parti lain. Asalkan semua ahli PAS tahu, sudah cukup," katanya.
Mustafa jelaskan, isu memujuk Haji Hadi berundur tidak pernah berlaku dalam parti dan tidak akan berlaku.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu berkaitan Haji Hadi bukan punca masalah berlaku sama ada di dalam parti atau dengan rakan Pakatan.
"Saya lihat presiden bukan punca masalah yang berlaku. Bahkan masalah yang dah selesai harus tutup buku.
"Sekarang rakyat mahu melihat hala tuju pakatan. Rakyat juga bertanya di mana puluhan tuduhan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini. Tapi Pas akur dengan apa yang berlaku," katanya.
Justeru, beliau berharap semua pimpinan dapat menghormati sempadan parti masing-masing.
"Semua parti mesti saling hormat-menghormati," jelasnya.-20/11/2014

3 comments:

Anonymous said...

Biarkan Hj hadi menjadi Presiden Pas seumur hidup sebab tidak ada peminpin Pas lain yang layak menggntikanya.Begitu juga dengan Mustafa Ali,biarkan dia memegang jawatanya sampai mati.Orang lain jangan harap nak ganti,maaflah.tuggu mereka mati dulu baru pas bolih ganti.Itu pun kalau dia mati.

bat8 said...

Tuan

Cantik komen sdra Anon 11:20.

Ini cerita geng Ganu backup sesama geng Ganu nak tutup kesalahan member.

Terang lagi bersuluh. Memang stail puak UG bila nak tegak benang basah ikut stail UMNO.

Dalam posting blog sisi bukit, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pun dok tolong bekap juga untuk tutup kel3mahan TGHH yang dibangkit oleh DAP.

Macamana nak dicalonkan menggantikan TGHH kalau dah pandai putar belit benda yang terang lagi bersuluh.

Anonymous said...

Kemaruk kuasa dan dunia punya hal. Pulus.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive