01 September 2014

Hadi dan 'pasukan presiden' berkumpul di Taman Melewar Isnin

Kumpulan pro Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi Isnin berkumpul di pusat gerakan pembentukan pemikiran PAS, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar merasmikan satu wacana penting tiga minggu menjelang muktamar parti tersebut.
Wacana Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) itu dianjurkan kumpulan Hadi dipercayai sebagai usaha untuk memperkasa semula displin dikalangan ahli parti tersebut.
PAS sebelum ini menerima tamparan hebat selepas kenyataan beberapa pemimpin utamanya bercanggah antara satu sama lain terumanya berkaitan penukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Wacana yang dirasmikan oleh Abdul Hadi Awang itu dipercayai salah satu dari strategi 'pasukan presiden' berdepan dengan kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS di muktamar nanti.
"Pasukan Presiden' ini dianggotai oleh ahli strategi macam COO Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, 'tukang pukul presiden' MP Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan Dewan Ulamak dan MP Kuala Nerus Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri.
PAS akan mengadakan Muktamar ke 60 parti itu di Skudai Johor pada 18 hingga 20 September ini.
Sementara itu, Abdul Hadi dalam ucapan merasmikan wacana tersebut mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.
Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.
"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya lapor Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.
Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.-1/9/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive