12 November 2013

Jangan Angkuh Sebagai Menteri – Siti Nurhaliza kepada KJ

November 12, 2013   ·  
ctliza2
Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, hari ini menasihat Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar menggunakan pendekatan berhemah dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

Kenyataan melalui Twitter beliau itu merujuk kepada isu teguran Menteri Belia Dan Sukan tersebut kepada FAM yang dianggap oleh banyak pihak sebagai keterlaluan dan biadap kepada Presiden FAM, Tuanku Sultan Ahmad Shah.
ctliza
Selain Siti Nurhaliza beberapa pihak lain termasuk bekas pemain negara Datuk Jamal Nasir Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi nasihat yang hampir serupa beberapa hari lalu.

Sejak mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy beberapa kali memberi kritikan yang keras kepada FAM termasuk isu penjualan tiket perlawanan akhir, keselamatan stadium dan beberapa isu pentadbiran FAM sehingga dilihat ada agenda tertentu bekas Timbalan Presiden FAM tersebut.

Seorang bekas ahli majlis FAM yang enggan dipetik menyatakan adalah wajar Khairy bertenang dan memahami selok belok kementerian beliau dan semua persatuan sukan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa teguran.
“Sebagai orang yang pernah diberi laluan menjadi Timbalan Presiden FAM oleh Tuanku Sultan Ahmad Shah, Khairy sepatutnya menunjukkan sedikit rasa hormat kepada Baginda. Jika tidak sebagai seorang sultan pun, sebagai seorang yang lebih tua. Tuankulah yang memberi laluan kepada KJ menjadi Timbalan Presiden FAM.”
“Kita masih ingat bagaimana seluruh negara terkejut dengan tindakan FAM membenarkan pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Myteam milik Khairy. Inikah pembalasan yang FAM dan tuanku dapat?
Sumber 

11 comments:

Anonymous said...

Apa yang KJ kata tu betul....puak2 ni kata biadap pula....hek elle...org melayu tara tu sajalah.
Raja jadi la raja ape nak jadi presiden lak. Dah 30 taun sebagai presiden tahap bolasepak malaysia hek elle.Dulu arwah Dato paduka ahmad basrikritik di pecat nya orang tu,,,,,hek elle org melayu tara tu je lah.

Anonymous said...

ko nyanyi je la siti, takyah masuk campur..

Rid said...

Baca dulu dgn teliti jangan cepat melatah.....kawan tak Nampak pun KJ ni biadap. Kalau semua betul...register FAM tu jadi "SDN BHD" atau Enterprise saje. Tutup kes.

Tak cakap salah, bila cakap tak boleh terima. KJ tu seorang Menteri, dia bercakap bagi pihak rakyat. Dia bukan suka2 cakap kalau tidak mendapat maklumat dan nasihat. KJ ni berakal bukan dah hilang akal.
Macam mana FAM nak maju, kalau tegur sikit dah kata biadap dgn Sultan. KJ pun tau dia bukan tinggal dalam sebuah Negara Republic. Kementerian tu di bawah dia itu sebab dia bercakap. nak tunggu sampai "Lingkup lah FAM untuk Negara" ke? kita kena lah ikut dengan kemajuan kita sekarang. Perlu dikemas kinikan undang2 dan cara2 pengurusan. Yang lama perlu di ubah, walaupun tidak semua tapi perlu diubah walaupun sedikit. Kalau tak boleh terima, tulis warkah kat PM untuk buang beliau dari jawatan tersebut.

Anonymous said...

Apa kata kalau kita hantar je pemain tua-tua belaka dan dlm kategori dihormati pula menjadi pemain bolasepak kebangsaan, barulah pemain pasukan Brazil (sebagai contoh) akan menghormati pasukan kita dan ada perasaan segan untuk menyerang dan menyumbatkan gol. Dlm pd tu mereka akan membiarkan saja pemain kita tadi menyerang dan dapatkan gol. Barulah negara kita boleh berbangga diperingkat antarabangsa. Sepatutnya dah lama buat begitu, macam tu kan datin?

Anonymous said...

Dia bukan angkuhlah dato siti, beliau tegas, diulangi tegas.
Siti belajat takat Spm gred 3, duk diam-diam saja.
Lainlah Abg Khai, belajar kat universiti Harvard, top 5, university terbaik di dunia.
Dia tahu apa yang dia buat!

Anonymous said...

Aircond la...

Anonymous said...

Apabila orang yang bukan ahli dibei peluang dan tanggung jawab keatas sesuatu urusan maka beginilah jadinya.Raja cukup setakat memerentah negeri dan daerahnya,penyanyi ni terasa apabila rajanya dikritik.

Anonymous said...

being look up to........saja nak betukan je....

AZIZ said...

Siti...lu diam udah ler....lu lagi terok dari Khairi la...sedar ler sikit!

AZIZ said...

Siti...tengok diri sendiri sebelum kata orang biadap....ko lagi biadap pada orang...!

Anonymous said...

Mungkin siti nak bodek sultan pahang kot untuk dapatkan lagi anugerah spt dato' seri ke, tan sri ke...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive