Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

24 August 2014

Khairy tak setuju paksa penjawat awam sokong BN


Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.

“Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.

23 May 2014

Rusuhan Pemuda Umno: Mana suara Najib, Khairy?



WIRA6995-001
KUALA LUMPUR, 23 MEI: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan bantahannya terhadap tindakan Pemuda Umno yang melakukan kekecohan di hadapan ibu pejabat DAP semalam dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu, jika tidak ingin terus dilihat sebagai pemimpin yang lemah.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, insiden itu telah memalukan Umno, terutama Najib yang seringkali melaungkan slogan ‘transformasi’ dan mendakwa keharmonian dan rekonsiliasi nasional sebagai agenda utama kerajaan pimpinannya.
“Aksi-aksi keganasan ini menjadi peringatan tegas tentang politik Umno serta kelemahan kepimpinan Najib yang jelas gagal menunaikan janji-janji pembaharuannya.

22 May 2014

Umno Pulau Pinang tidak sepatutnya rempuh DUN, - KJ

Umno Pulau Pinang tidak sepatutnya rempuh DUN, kata Khairy
Penyokong Umno di Pulau Pinang tidak perlu menyerbu masuk ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meluahkan kekesalan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ketua pemuda Umno itu berkata bantahan sedemikian seharusnya dilakukan sekadar di luar Dewan, walaupun ternyata apa yang diluahkan Adun Seri Delima R S N Rayer melampaui batas.
"Saya bercakap kepada ketua Umno Pulau Pinang sebentar tadi, saya minta laporan daripada beliau‎. Mereka ke sana kerana marah dengan apa yang dikatakan Adun DAP di dalam Dewan.
"Apa yang dikatakan adalah 'Umno celaka', satu perkataan kasar terhadap penyokong Umno," katanya kepada pemberita di Teluk Intan malam ini.
Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, lapor Bernama.
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid pada sidang akhbar petang ini berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno, lapor agensi berita itu.
Khairy berkata tindakan penyokong Umno itu merempuh masuk ke dalam DUN jelas menunjukkan kemarahan mereka.
"Jelas mereka sangat marah, tetapi mereka tidak patut memasuki dewan. Masuk ke dewan adalah salah.
"Mereka boleh membuat bantahan di luar dewan kerana apa yang dikatakan (Rayer) menghina Umno." katanya.
Bernama hari ini melaporkan Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya, "pemimpin Umno celaka".
Katanya, kenyataan itu dikeluarkan ketika persidangan DUN dan hanya merujuk kepada pemimpin BN maka ia harus diselesaikan di dalam DUN. –TMI

30 April 2014

Najib dan Obama serasi kata KJ - serasi tang mana?



Najib Razak sudah semestinya mahukan kedatangan Barack Obama ke negara "tigatujuhkosong" beberapa hari lepas mengharapkan sesuatu kesan besar ke atas pentadbirannya. Paling diharap ialah Obama memuji transformasi dilakukan sebaik mengambil alih pucuk pimpinan negara daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Najib bukan sahaja mengharapkan Obama memuji Malaysia "cekap" dalam mengendalikan pencarian MH370 kosong, (yang tidak diketamui hatta bayang sampai kini) tetapi jauh dari itu.

Najib mahukan presiden Amerika itu mengatakan, wah Malaysia kini sedang mengorak langkah ke depan dan bakal menjadi pemancu ekonomi Asean. Atau pun lebih istimewa lagi kalau Obama mengatakan Malaysia menjadi negara Islam moden contoh dengan pendekatan "wasatiyyah"nya.

Ataupun apabila membawa Obama ke Cyberjaya, Obama akan memuji Malaysia sudah setanding dengan negara-negara pemacu IT lain seperti Korea, China dan India.

01 February 2014

PRK Kajang : "Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei" - KJ

SHAH ALAM - Susulan cadangan parti komponen BN yang ingin meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Khairy melalui laman mikro Twitternya berkata, Chong Wei adalah "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK Dun Kajang.

"Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei.

"Dia adalah harta negara. Sebagai Menteri Sukan saya tak benarkan," tulisnya sebagai membalas pertanyaan seorang pengikutnya di laman mikro itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.

Semalam media melaporkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada Dun Kajang, Selangor.

Ketika ditanya media mengenai pemilihan Chong Wei, Tiong Lai bagaimanapun enggan mengulas mengenai  perkara itu. - Sinar Harian

30 January 2014

Khairy tertekan dengan langkah PKR

jANUARY 29, 2014
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak dapat menyembunyikan tekanan dengan langkah politik PKR hari ini. Rakyat secara umum mengetahui PKR, dengan dukungan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersetuju bersama atas semangat Pakatan Rakyat untuk meletakkan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang, yang kosong akibat peletakan jawatan Lee Chin Cheh.
Reaksi pantas Khairy Jamaluddin sebagai selebriti media sosial dijangka, dengan segera memperolok-olokkan Anwar atas keputusan tersebut yang secara jelas mendedahkan bahawa Umno Barisan Nasional cuba mengalihkan perhatian rakyat yang berminat untuk mengetahui senario politik di Selangor ini. Saya tidaklah memandang berat komen kosong Khairy Jamaluddin tersebut, tetapi inilah bentuk tekanan awal yang dizahirkan oleh pimpinan Umno Barisan Nasional.
Sejak awal lagi, Umno Barisan Nasional cuba membina persepsi negatif terhadap perkembangan tersebut melalui tweet dan sebaran media sosial kerana menyedari impak penyertaan Anwar ke dalam kancah politik Selangor secara khususnya, yang hampir pasti memberi pukulan lebih hebat kepada mereka pada masa ini sudah tidak lagi relevan di Selangor.

12 November 2013

Jangan Angkuh Sebagai Menteri – Siti Nurhaliza kepada KJ

November 12, 2013   ·  
ctliza2
Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, hari ini menasihat Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar menggunakan pendekatan berhemah dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

Kenyataan melalui Twitter beliau itu merujuk kepada isu teguran Menteri Belia Dan Sukan tersebut kepada FAM yang dianggap oleh banyak pihak sebagai keterlaluan dan biadap kepada Presiden FAM, Tuanku Sultan Ahmad Shah.
ctliza
Selain Siti Nurhaliza beberapa pihak lain termasuk bekas pemain negara Datuk Jamal Nasir Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi nasihat yang hampir serupa beberapa hari lalu.

Sejak mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy beberapa kali memberi kritikan yang keras kepada FAM termasuk isu penjualan tiket perlawanan akhir, keselamatan stadium dan beberapa isu pentadbiran FAM sehingga dilihat ada agenda tertentu bekas Timbalan Presiden FAM tersebut.

Seorang bekas ahli majlis FAM yang enggan dipetik menyatakan adalah wajar Khairy bertenang dan memahami selok belok kementerian beliau dan semua persatuan sukan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa teguran.
“Sebagai orang yang pernah diberi laluan menjadi Timbalan Presiden FAM oleh Tuanku Sultan Ahmad Shah, Khairy sepatutnya menunjukkan sedikit rasa hormat kepada Baginda. Jika tidak sebagai seorang sultan pun, sebagai seorang yang lebih tua. Tuankulah yang memberi laluan kepada KJ menjadi Timbalan Presiden FAM.”
“Kita masih ingat bagaimana seluruh negara terkejut dengan tindakan FAM membenarkan pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Myteam milik Khairy. Inikah pembalasan yang FAM dan tuanku dapat?
Sumber 

09 November 2013

Shout Award 2013 : KJ lawan Yuna & Aaron Aziz malam esok


Malam esok akan diadakan malam gemilang untuk menghargai bakat-bakat seni tanahair iaitu Shout Award 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis ini adalah anjuran stesen televisyen 8TV daripada kumpulan Media Prima dan bakal disiarkan juga secara langsung di stesen TV tersebut.
Shout Award tahun ini majlis kali keempat diadakan untuk menghargai penggiat seni daripada kategori muzik, TV, filem, radio, works dan social media.
Sebagaimana majlis-majlis anugerah lainnya, Shout Award tahun ini tidak banyak bezanya dengan pelbagai majlis yang serupa dengannya tetapi ia agak istimewa kerana seorang menteri iaitu Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda Umno, turut serta bertanding untuk merebut salah satu daripada 17 kategori yang dipertandingkan.
Barangkali juga, ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia seorang menteri menyatakan persetujuan untuk turut serta bertanding merebut anugerah dalam acara hiburan tanahair. Dan barangkali juga, inilah sebenarnya salah satu daripada transformasi yang sering dilaung-laungkan sekarang ini.
Perdana Menteri, Najib Razak tentunya turut bangga dengan kesediaan Khairy menyertai pertandingan ini kerana transformasi yang sering dijajanya telah difahami melalui pemikiran luar kotak oleh menterinya sendiri.
Dalam Shout Award 2013 ini, Kahiry akan bertanding merebut gelaran Wired Celebrity Award dalam kategori Social Media dan pesaing-pesaingnya ialah Aaron Aziz, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar/Sharifah Amani/Sharifah Aleeya, Sofea Jane dan penyanyi Yuna.
Pengundian pula boleh dilakukan melalui talian dalam laman web khas yang disediakan oleh pihak penganjur.
Khairy sendiri dalam Twitter menampakkan rasa terujanya dengan penyertaannya dalam Shout Award ini dengan menulis "Baru selesai pemilihan parti, sekarang lawan Aaron Aziz pula. Mohon sokongan rakan2. Haha".
Walaupun kewajaran seorang menteri menyertai pertandingan glamour seperti ini menimbulkan pelbagai andaian dan ada yang setuju dan ada yang tidak, hakikatnya Khairy seperti masih memerlukan sorotan kemilau cahaya neon dalam meniti kehidupannya, meskipun pencapaiannya menjadi anggota kabinet dalam usia 37 sudah boleh dikira membanggakan.
Jika beliau hanya hadir dan menyampaikan hadiah di majlis seumpama itu, ia mungkin dikira munasabah dengan kedudukannya sebagai seorang menteri tetapi dengan turut serta bertanding, ia ternampak sedikit luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini.
Meskipun ramai pemimpin yang menjadi menteri dalam usia awal 30an sebelum ini seperti Najib, Anwar Ibrahim, Isa Samad, Annuar Musa dan Rahim Thamby Chik, namun belum pernah di antara mereka yang menyertai pertandingan seperti Khairy ini.
Mungkin Khairy ada alasan tersendiri kenapa beliau menyanggupkan dirinya menyertai pertandingan ini tetapi sebagai pemimpin politik yang tidak pernah surut dengan isu, tambahan pula kelemahan jentera Pemuda Umno dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru lalu masih menjadi percakapan ramai, penyertaannya dalam pertandingan ini sudah pasti bakal menambahkan lagi kecaman dan cebikan bibir musuh-musuh politik beliau terhadapnya.
Beliau tentu saja akan dituduh dan dilabel dengan pelbagai gelaran serta dianggap lebih mementingkan glamour daripada perjuangan hakikinya sebagai seorang pemimpin dan menteri.
Jika dalam pertandingan malam esok, beliau menang dan mampu menewaskan pencabar-pencabarnya, glamournya mungkin terus berambah, tetapi bagaimana jika kalah?
Tidakkah kekalahan beliau nanti akan merendahkan lagi martabat dirinya dan Pemuda Umno yang sedang dipimpinnya?
Oleh kerana dalam Twitternya, Khairy sudah meminta sokongan rakan-rakan untuk memenangi pertandingan ini, ada baiknya semua ahli Pemuda Umno mulai mengundi dan memberi sokongan kepadanya dan pastikan beliau yang sudah menang bergaya sebagai Ketua Pemuda Umno baru-baru ini, mampu menang lagi di pentas hiburan pula.
Janganlah biarkan beliau kalah dan nama Pemuda Umno tercemar. Juga janganlah dibiarkan sisi lain perjuangan untuk orang-orang Melayu ini kecundang.
Lebih-lebih lagi jika nanti beliau bukannya kalah kepada Aaron Aziz, pelakon terkenal yang punyai ramai peminat dan pemuja itu, tetapi kecundang di tangan Yuna atau Sofea Jane pula.
Musuh-musuh politiknya pasti akan ketawa terbahak-bahak nanti. – shahbudindotcom, 8 November, 2013.

23 October 2013

KJ (Khairy Jamaluddin) menjadi penjual ayam percik dalam Inspektor Mastura


Khairy Jamaluddin. - Foto Instagram milik Khairy.
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.
Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.
"Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.
"Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.
Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Storiescetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.
Elaine Daly
Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.
Bagaimanapun hanya enam buah filem sahaja yang dipilih untuk ditayangkan menerusi saluran berkenaan termasuklah filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran(Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar) dan Junaidah M. Nor(Odah).
Dalam pada itu Elaine berkata, ketika penggambaran, Khairy hadir dengan persiapan menghafal skrip dan berlatih bersama pelakon Sharifah Aleya.
Katanya, Khairy juga berjaya melakonkan wataknya dengan baik iaitu hanya dua kali ‘take’.
Ditanya adakah Khairy bakal ditawarkan lagi untuk projek filem seterusnya, Elaine masih belum merancang mengenai perkara tersebut.
"Saya memang ada merancang untuk menghasilkan filem pada masa akan datang, tetapi saya tak rasa Khairy mempunyai masa untuk berlakon lagi. Maklumlah sekarang ini dia sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan negara," tuturnya.
Inspektor Mastura lakonan Sharifah Aleya memaparkan dilema seorang wanita yang cuba menjauhkan hatinya terhadap perasaan cinta.
Pelakon Beto Kusyairy memegang watak Inspektor Tahir menyimpan perasaan terhadap rakan setugasnya, namun ia tidak berbalas.
Turut membintangi filem ini alah penyampai radio Suria FM, Adibah Noor.- mStar
  • Print this story

13 August 2013

Surat Terbuka kepada KJ - Apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

  • Khairy JamaluddinKhairy Jamaluddin
 1 / 1 
Buat Yang Berhormat (YB) Menteri Belia dan Sukan, Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal.

Kita sesama Islam dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itulah harapan kami.

YB telahpun dinaikkan oleh ALLAH SWT ke jawatan Menteri Belia dan Sukan yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.

Pada 21 Ogos 2013 lalu, dikatakan Kumpulan Rock iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadan.

Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka, apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?

Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah.

Hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Terima kasih YB

Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi  (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor 13 Ogos 2013

28 December 2012

Khairy, hutang Bank Pertanian bila hang nak bayar??


kjs
Kenyataan Umum
28 Disember 2012
MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK
Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

19 September 2012

Filem Hina Islam : Apabila KJ berjalan bersilang lengan dengan Nasrudin Hassan, ....

oleh : NORDEN MOHAMED

 Liga Muslim mahu AS ambil tindakan
Orang ramai yang berhimpun di luar Masjid Kapitan Keling berdoa selepas membantah penerbiatan filem Innocence of Muslims.
Filem Innocence of Muslims, yang mempersenda Nabi Muhammad SAW  membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di negara kita, demonstrasi dianjurkan di merata negeri dan daerah. Selain  jemaah masjid yang  berdemonstrasi selepas solat, beberapa NGO turut menyuarakan bantahan.

Memang  banyak provokasi  dilakukan terhadap umat Islam.  Tidak lama dulu, akhbar Denmark, Jyllands-Posten memaparkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad. Ahli politik Belanda, Geert Wilders, juga sering mencetus provokasi. Begitu juga, apabila Terry Jones, paderi sebuah gereja kecil di  Amerika Syarikat membakar al-Quran, demonstrasi demi demonstrasi bantahan diadakan.


Demonstrasi adalah salah satu cara memanifestasikan perasaan dan merakam bantahan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang sesuatu perkara. Ia sihat dalam amalan demokrasi selagi ia tidak bertukar menjadi rusuhan tidak terkawal. Ia bagus selagi jawatankuasa anjur demonstrasi menjaga disiplin ahli. Ia baik selagi pemimpin demonstrasi itu sendiri tidak lepas tangan apabila sesuatu tidak diingini terjadi.

21 December 2011

KJ gagal batal saman RM100 juta DSAI

NONE
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.


Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy,  Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu.



Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy (kiri) atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.

    
Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.




13 December 2011

KJ dan 6 jahanamnya

Haji Saadon Rosli  
Teks ucapan Khairy Jamaludin (KJ) dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, jelas  menunjukkan  keadaan diri KJ ketika ini. Kandungan ucapannya  membayangkan kecelaruan dan kerungsingan  dalam memikirkan masa  depan  politiknya  dalam UMNO.  

Barangkali KJ mula menyedari bahawa inilah  peluangnya yang terakhir berucap di depan perwakilan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mengandaikan hal itu, KJ sebaik mungkin membuat satu ucapan yang pada perkiraannya dapat mengembalikan sokongan padu perwakilan. Lebih penting lagi ucapannya itu dapat memikat hati ketuanya unutk di calonkan pada PRU13 nanti.

Ucapan KJ  bersulamkan pantun. Pantunnya mungkin sedap di dengar oleh Perwakilan tetapi kurang enak dibaca oleh penggemar pantun.

12 November 2011

Kondo RM10 juta PKR selar KJ

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah dituduh memalukan pendidikan Oxford mahal beliau dengan membuat kenyataan bahawa kondo RM10 juta mewah yang dibeli oleh NFC untuk ketuaUmno Wanita Shahrizat Jalil adalah sebagai pelaburan.

"Ini adalah pembohongan yang paling bodoh yang saya pernah dengar dari seseorang yang sepatutnya bijak. Sudah tentu dia sedang bersikap partisan tetapi setakat ini ia nampaknya hina," naib presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Mereka yang telah mempelajari asas-asas perniagaan tahu bahawa untuk sesuatu projek berjaya, tidak seharusnya memperoleh aset bukan teras yang boleh membawa kepada masalah. Nilai hartanah telah memuncak dan dengan harga betul, apakah jenis pulangan yang diperoleh rakyat? NFC melaksanakan projek pengeluaran daging lembu negara yang bertujuan memastikan daging lembu dapat dibeli pada harga yang murah. Ia tidak mempunyai keperluan dalam keuntungan harta. "

Pemain pasukan atau pembunuh pasukan?

21 August 2011

Menantu Pak Lah buat cerita meleleh ayaq mata

Khairy terima keputusan jika dirinya bukan calon menang

KOTA BAHARU - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di sini malam tadi.

Khairy berkata perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti. - Bernama

25 July 2011

Wahabi - KJ partahan Dr Asri

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Khairy Jamaluddin mahu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka.

Ketua Pemuda Umno ini menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri.

20 June 2011

Khairy pula mahu Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan ...

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kaum Cina.

Khairy berkata, Ibrahim tidak wajar mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman yang mengugut kaum lain.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.

19 June 2011

PRU 13 : Khairy sabotaj Najib?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive