Showing posts with label dun penang. Show all posts
Showing posts with label dun penang. Show all posts

22 May 2014

#CELAKA UMNO - MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

OLEH EILEEN NG
MAY 22, 2014
Beberapa lelaki meninggalkan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas kejadian merempuh masuk dan berbuat kecoh dalam dewan, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.Beberapa lelaki meninggalkan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas kejadian merempuh masuk dan berbuat kecoh dalam dewan, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.
Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.
"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.
"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.
"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.
BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.
Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.
Katanya, jika ahli Umno tidak berpuas hati dengan kenyataan ahli dewan, masih banyak ruang demokratik dan bertamadun boleh dibuat berbanding dengan perbuatan menyerbu dewan negeri.
Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, kira-kira 60 berjaya memecah masuk pintu pagar automatik dan menyerbu masuk ke dewan undangan negeri di Lebuh Light.
Di dalam dewan mereka menjerit menuntut Adun Seri Delima, R S N Rayer, yang tidak ada dalam dewan pada sesi petang, untuk memohon maaf berikutan kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya sehari sebelum itu.
Dewan sedang berehat ketika mereka memasukinya dan mereka meninggalkan dewan itu kira-kira 10 minit kemudian dengan diiringi keluar oleh unit protokol.
Susulan kejadian itu, polis menahan 12 orang berumur antara 32 hingga 55 tahun. – 22 Mei 2014.

Umno Pulau Pinang tidak sepatutnya rempuh DUN, - KJ

Umno Pulau Pinang tidak sepatutnya rempuh DUN, kata Khairy
Penyokong Umno di Pulau Pinang tidak perlu menyerbu masuk ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meluahkan kekesalan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ketua pemuda Umno itu berkata bantahan sedemikian seharusnya dilakukan sekadar di luar Dewan, walaupun ternyata apa yang diluahkan Adun Seri Delima R S N Rayer melampaui batas.
"Saya bercakap kepada ketua Umno Pulau Pinang sebentar tadi, saya minta laporan daripada beliau‎. Mereka ke sana kerana marah dengan apa yang dikatakan Adun DAP di dalam Dewan.
"Apa yang dikatakan adalah 'Umno celaka', satu perkataan kasar terhadap penyokong Umno," katanya kepada pemberita di Teluk Intan malam ini.
Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, lapor Bernama.
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid pada sidang akhbar petang ini berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno, lapor agensi berita itu.
Khairy berkata tindakan penyokong Umno itu merempuh masuk ke dalam DUN jelas menunjukkan kemarahan mereka.
"Jelas mereka sangat marah, tetapi mereka tidak patut memasuki dewan. Masuk ke dewan adalah salah.
"Mereka boleh membuat bantahan di luar dewan kerana apa yang dikatakan (Rayer) menghina Umno." katanya.
Bernama hari ini melaporkan Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya, "pemimpin Umno celaka".
Katanya, kenyataan itu dikeluarkan ketika persidangan DUN dan hanya merujuk kepada pemimpin BN maka ia harus diselesaikan di dalam DUN. –TMI

21 May 2014

Kalau tak mau dimaki 'Celaka' bubar saja UMNO


samseng2
Kecoh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini, segerombolan manusia menggegar-gegar pagar besi bangunan itu, meraung-raung mahu masuk ke dalam. Sebelum itu, gerombolan ini sudah bikin demonstrasi di luar Dewan, di jalanraya – aktiviti yang mereka sendiri selalunya tidak suka kalau dibuat penyokong Pakatan.
Mereka susun beberapa biji telur di tepi pagar Dewan. Pada telur-telur itu tertulis kata-kata yang tidak elok untuk dituliskan di sini, ditujukan kepada ADUN DAP Sri Delima saudara R. S. N. Rayer.
Gerombolan ini kononnya marah dengan Rayer kerana kononnya si Rayer sudah berkata ‘UMNO celaka’.

03 May 2011

Pengkritik paling lantang Pulau Pinang ditahan polis

GHANI DITAHAN POLIS PANJAT PAGAR DUN P. PINANG

Pengkritik paling lantang terhadap kerajaan Pulau Pinang Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas menyerahkan memorandum kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Mohammed Ghani yang datang bersama 10 penyokong berjaya menyerahkan memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.

09 November 2010

'Monyet' di DUN Pulau Pinang

Perkataan "monyet" hangat diperbahaskan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini bila RSN Rayer (DAP-Seri Delima) menuduh mereka yang membuat demonstrasi depan bangunan DUN Selasa lalu menyerupai perangai haiwan berkenaan.

Pertikaman lidah itu berlaku ketika Ng Wei Aik (DAP-Komtar) sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011.

Ng berkata, kerajaan negeri sedang cuba untuk menarik pelancong asing dengan adanya projek taman tema air "Escape Water Park" di Batu Ferringhi yang dijangka siap dalam masa 18 bulan lagi.

Pada ketika itu, Rayer bangkit menimbulkan isu demonstrasi baru-baru ini yang menurutnya menyebabkan pelancong asing takut untuk melawat Pulau Pinang.

"Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan," katanya.

Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan video bagi membuktikan bahawa penyokong demonstrasi itu diketuai oleh Umno dan bertindak seperti monyet.

Rayer menegaskan: "Kalau perbuatan menggoncang pagar itu bukan perbuatan seekor monyet, itu perbuatan siapa? Kera kah atau beruk?"

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan meminta dewan untuk melarang penggunaan perkataan monyet itu dalam DUN.

Tan Beng Huat (DAP-Jawi) mencelah bertanya mengapa perkataan monyet boleh digunakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya pernah terbaca sebuah artikel oleh Sharizat yang menyebut negeri-negeri yang diperintah pembangkang itu seperti cinta monyet, mengapa kita tidak boleh menggunakannya dalam dewan?," katanya.

Speaker Datuk Abdul Halim Hussain terpaksa melarang penggunaan perkataan berkenaan bagi meleraikan pertengkaran.

- Bernama

01 November 2010

DUN P.Pinang gantung samseng UmNO 6 bulan ...

GEORGE TOWN, 1 Nov – Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

“Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil,” katanya.

Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi.

Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas.

Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata ia merupakan cara pakatan pembangkang untuk menghalangnya mengikuti persidangan DUN dan perbahasan Bajet kali ini.

“Saya adalah ketua pembangkang yang paling vokal dan selalu mengkritik pemerintahan mereka, ini juga yang pertama berlaku dalam sejarah Pulau Pinang. Selepas ini Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Telok Bahang-BN) akan menggantikan tempat saya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau yang mengakui ‘‘sakit hati’’ dengan keputusan yang diluluskan itu menyifatkan corak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini lebih bersifat ‘‘ala Guan Eng’’.

Ditanya mengapa beliau tetap enggan memohon maaf walaupun berkali-kali diminta berbuat begitu beliau berkata:

“Untuk apa saya minta maaf, saya tidak bersalah, saya teraniaya, ini cara mereka untuk tutup mulut saya,” katanya. - TMI

01 May 2010

Siling DUN Pulau Pinang runtuh

Siling Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Runtuh

PULAU PINANG, 1 Mei (Bernama) -- Siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh Jumaat menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.

Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

"Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai," katanya.

Semasa ditinjau, pekerja JKR sudah memulakan kerja baik pulih dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dan beberapa pegawai polis turut mengunjungi bangunan berkenaan.

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive