01 May 2010

Siling DUN Pulau Pinang runtuh

Siling Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Runtuh

PULAU PINANG, 1 Mei (Bernama) -- Siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh Jumaat menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.

Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

"Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai," katanya.

Semasa ditinjau, pekerja JKR sudah memulakan kerja baik pulih dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dan beberapa pegawai polis turut mengunjungi bangunan berkenaan.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive