22 May 2014

Umno Pulau Pinang tidak sepatutnya rempuh DUN, - KJ

Umno Pulau Pinang tidak sepatutnya rempuh DUN, kata Khairy
Penyokong Umno di Pulau Pinang tidak perlu menyerbu masuk ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meluahkan kekesalan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ketua pemuda Umno itu berkata bantahan sedemikian seharusnya dilakukan sekadar di luar Dewan, walaupun ternyata apa yang diluahkan Adun Seri Delima R S N Rayer melampaui batas.
"Saya bercakap kepada ketua Umno Pulau Pinang sebentar tadi, saya minta laporan daripada beliau‎. Mereka ke sana kerana marah dengan apa yang dikatakan Adun DAP di dalam Dewan.
"Apa yang dikatakan adalah 'Umno celaka', satu perkataan kasar terhadap penyokong Umno," katanya kepada pemberita di Teluk Intan malam ini.
Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, lapor Bernama.
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid pada sidang akhbar petang ini berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno, lapor agensi berita itu.
Khairy berkata tindakan penyokong Umno itu merempuh masuk ke dalam DUN jelas menunjukkan kemarahan mereka.
"Jelas mereka sangat marah, tetapi mereka tidak patut memasuki dewan. Masuk ke dewan adalah salah.
"Mereka boleh membuat bantahan di luar dewan kerana apa yang dikatakan (Rayer) menghina Umno." katanya.
Bernama hari ini melaporkan Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya, "pemimpin Umno celaka".
Katanya, kenyataan itu dikeluarkan ketika persidangan DUN dan hanya merujuk kepada pemimpin BN maka ia harus diselesaikan di dalam DUN. –TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive