Showing posts with label adun umno. Show all posts
Showing posts with label adun umno. Show all posts

16 June 2012

MP Gopeng dihalau Midah ... ni la perangai puak2 haramjadah

Radzi terkejut Datuk Hamidah halau Ahli Parlimen Gopeng
Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012 
Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti memain peranan  bessar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.
 Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.
Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

23 April 2012

Adun Umno didakwa beri IC pada warga asing

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 23 April: Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing yang memiliki status Pemastatutin Tetap (PR), dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.
Seorang penduduk berstatus PR, Abu Talib Abdul Rahman mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.
Beliau berkata, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.
“Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan ‘segera’ dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.

18 June 2011

PERAK : Syarikat bermodal RM100 boleh labur RM5.8 juta?

Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.

Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

04 March 2011

PRK lagi ... hahaha padan muka umNO

STONE: Muka mamat umNO yg didapati bersalah kerana RASUAH buat muka 10sen jer, konon apa ada hal, bekas MB dia yg jadi org kuat Felda kata rasuah ni perkara kecik jer ... tgk lah muka-muka yg tak ade 'Nur', muka samseng, muka tak boleh percaya ... mampuih pi kat dia. huahuahua ...
Esok orang Lenggeng dapat jalan baru, sekolah baru, Wifi kampong, jambatan baru (kalau ada la), sekolah-sekolah dapat makmal komputer baru, makcik pakcik akan dapat hamper dengan gambar muka Najis hahahaha ... bak kata astro 'macam-macam ada' ... kuangkuangkuang ... minta saja makcik pakcik ai apa nak, semua depa boleh bagi ...
Tapi yg pasti mamat ni akan buat rayuan lah ... tak tau bila kes ni akan selesai ..
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.

Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.

Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan prosiding hingga ke pukul 2.45 petang untuk membuat keputusan

15 February 2011

Guan Eng saman ADUN UMNO Pulau Betong dan Utusan

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh & Co. untuk keluarkan saman malu atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari 2010 bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah “My Balik Pulau”. Dalam lapuran bertajuk “Lupa Sejarah, Hina Melayu”, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau.

Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan lapuran susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. UMNO, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama.

Ia diluluskan oleh kerajaan negeri BN lama sebelum Mac 8, 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat UMNO beliau adalah penyumbang ke atas keluaran “My Balik Pulau” ini.

Sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid tarik balik dan minta maaf atas sifat perkauman anti-bukan melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri PR Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian. Sebaliknya Utusan Malaysia teruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan kerajaan persekutuan.

Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat EXCO minggu lepas untuk saman malu ADUN UMNO ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah "My Balik Pulau" dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat lapuran besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu". Penasihat Undang-undang Negeri Dato Faiza telah menasihatkan agar saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang "bersalah" adalah BN/UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15 Februari 2011

14 January 2011

PRK di Melaka pula?:

ADUN Merlimau masuk hospital

MELAKA: EXCO Kerajaan Melaka, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Pakar Putra petang tadi dipercayai kerana masalah jantung.

Sehingga malam ini, Mohd Hidhir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, dilaporkan dalam keadaan stabil. Beliau memegang portfolio Pertanian dan Pembangunan Desa selain jawatan Naib Ketua UMNO Jasin dan Penolong Setiausaha UMNO Melaka. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh, melawat beliau kira-kira jam 8 malam tadi. - BH

MS: jangan lah salah anggap yer ... bukan aku nak doakan agar di adakan PRK di Merlimau ni, tapi sekadar bertanya saja ... apa-apa pun aku doakan agar YB Mohd Hidhir ni segera sembuh la .. insyallah ... cuma Pakatan Rakyat sekadar bersedia saja la ... mana lah tau kan ... emmmm

16 December 2010

ADUN Tenang meninggal dunia

ADUN Tenang dari BN (UMNO) Datuk Sulaiman Taha telah kembali ke rahmatullah

Allahyarham adalah Ketua UMNO Bahagian Labis

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah buat keluarga Datuk ... Alfatihah

02 November 2010

Dakwa Azhar bawah Akta Hasutan - Karpal

Ahli parlimen veteran, Karpal Singh mahu ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim diheret ke mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 6 Mei lalu.

Semalam, DUN Pulau Pinang menggantung Azhar untuk selama enam bulan.

Menurut Karpal, perkara yang diutarakan oleh Azhar serius dan membawa implikasi negatif terhadap perhubungan kaum di Malaysia walaupun Azhar menarik balik kenyataannya itu.

"Perlembagaaan Persekutuan dan semua perlembagaan negeri di Malaysia dipinda selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk sebarang hasutan dibolehkan dibawa kepada pertuduhan jenayah walaupun diutarakan dalam prosiding parlimen atau DUN," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Azhar dilaporkan berkata mahu pihak tentera mengambil alih tugas polis dan mengatakan benci kepada orang Melayu bererti benci orang Islam.

Menurut Karpal kes pendakwaan kata-kata berbaur hasutan di parlimen pernah berlaku sebelum ini dan agak hairan mengapa DUN Pulau Pinang tidak membuat laporan polis berkenaan isu ini.

"Saya agak terkejut DUN Pulau Pinang tidak merujuk perkara ini dalam bentuk laporan polis untuk tindakan diambil terhadap.

"Tahun 1982, seorang ahli parlimen disabit kesalahan kerana mengutarakan perkataan berunsur hasutan dalam prosiding parlimen. Ahli Parlimen tersebut, Mark Koding didapati melanggar seksyen 3(1)(b) akta hasutan kerana meminta pindaan perlembagaan dan penarikan pindaan artikel 152 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

Karpal juga pernah dihadapkan dengan tuduhan di bawah akta Hasutan tahun lalu kerana membuat kenyataan Sultan Perak harus dibawa ke mahkamah kerana peranan yang dibawa baginda ketika tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009.

Justeru beliau meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis ke atas Azhar (atas, pertama dari kiri).

"Azhar tidak boleh dibenarkan terlepas hanya dengan digantung enam bulan.

"Peguam Negara, sebagai Pendakwaraya bertanggungjawab untuk bertindak tanpa takut atau pilih kasih demi kebaikan awam," sarannya. - malaysiakini

01 November 2010

DUN P.Pinang gantung samseng UmNO 6 bulan ...

GEORGE TOWN, 1 Nov – Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

“Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil,” katanya.

Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi.

Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas.

Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata ia merupakan cara pakatan pembangkang untuk menghalangnya mengikuti persidangan DUN dan perbahasan Bajet kali ini.

“Saya adalah ketua pembangkang yang paling vokal dan selalu mengkritik pemerintahan mereka, ini juga yang pertama berlaku dalam sejarah Pulau Pinang. Selepas ini Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Telok Bahang-BN) akan menggantikan tempat saya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau yang mengakui ‘‘sakit hati’’ dengan keputusan yang diluluskan itu menyifatkan corak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini lebih bersifat ‘‘ala Guan Eng’’.

Ditanya mengapa beliau tetap enggan memohon maaf walaupun berkali-kali diminta berbuat begitu beliau berkata:

“Untuk apa saya minta maaf, saya tidak bersalah, saya teraniaya, ini cara mereka untuk tutup mulut saya,” katanya. - TMI

14 July 2010

Satim kosongkan kerusi DUN Seri Serdang?

ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman menolak spekulasi bahawa beliau akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk kerusi dewan undangan negeri Seri Serdang yang disandangnya.

Katanya, isu itu hanya ditimbulkan oleh penulis blog dan golongan yang tidak berpuas hati apabila permintaan mereka tidak dipenuhi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung spekulasi bahawa beliau akan melepaskan jawatan-jawatan berkenaan.

Spekulasi tersebut timbul berikutan ketidakhadiran Satim ke mesyuarat perhubungan Umno Selangor pada 21 Jun lalu.
Mengulas perkara tersebut, Satim berkata beliau telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya ke mesyuarat itu kepada pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar.

Katanya, beliau terpaksa menghadiri satu program lain pada masa mesyuarat itu berlangsung. -malaysiakini

[Berita penuh menyusul]

03 February 2010

Kota Siputeh : Bila depa nak bagi keputusan ni?


ALOR SETAR, Feb 2 — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan Putrajaya masih menunggu laporan bertulis penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai rayuan suruhanjaya itu terhadap kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas Mahkamah Rayuan menerima laporan bertulis penghakiman oleh Mahkamah Tinggi kelak, barulah Mahkamah Rayuan akan mendengar kes rayuan SPR itu.

“Mahkamah Rayuan masih sedang menunggu laporan kes Mahkamah Tinggi, setelah itu barulah Mahkamah Rayuan memutuskan bilakah kes rayuan akan didengar,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, laporan media yang memetik SPR kini sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah kurang tepat.

Pada 23 Nov lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, telah menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 Nov apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi Adun.

Beliau juga telah mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. — Bernama

02 June 2009

Adun BN mohon maaf pada YB Dato Husam


Kenyataan Akhbar
Tetuan Saiful Kasri & Associates

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

“Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”

Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato’ Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:

* Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.

* Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

* Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

* Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

* Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

* Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pasmengutip dana.

* Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

* Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

* Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek
Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Saiful Kasri & Associates

.. Kickdefella

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive