Showing posts with label mahkamah tinggi. Show all posts
Showing posts with label mahkamah tinggi. Show all posts

25 July 2014

KPN ke mahkamah kerana abai perintah tangkap Ridzuan

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya.
Hakim Lee Swee Seng, membenarkan permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah, berkata dia ada bukti yang Khalid ada kes untuk dijawab.
Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September.
Peguam Indira, M Kula Segaran berkata, satu perintah mahkamah akan dikeluarkan untuk Khalid hadir di mahkamah pada tarikh itu.
"Jabatan Peguam Negara akan mewakili KPN memandangkan Indira mengambl tindakan atas Khalid sebagai pegawai polis tertinggi negara," kata Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat.
Dia berkata anak guamnya terpaksa datang semula ke mahkamah kerana Khalid enggan menjalankan perintah dikeluarkan Lee pada 30 Mei.

09 January 2013

Keahlian Isa Samad dalam KPF tidak sah - Mahkamah Tinggi KL

isa samad interview 150509Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.
Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF. 
KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.

"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.

26 November 2011

Mahkamah Tinggi tolak rayuan Peguam Negara

Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas.


SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.

Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.

Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut.

03 February 2010

Kota Siputeh : Bila depa nak bagi keputusan ni?


ALOR SETAR, Feb 2 — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan Putrajaya masih menunggu laporan bertulis penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai rayuan suruhanjaya itu terhadap kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas Mahkamah Rayuan menerima laporan bertulis penghakiman oleh Mahkamah Tinggi kelak, barulah Mahkamah Rayuan akan mendengar kes rayuan SPR itu.

“Mahkamah Rayuan masih sedang menunggu laporan kes Mahkamah Tinggi, setelah itu barulah Mahkamah Rayuan memutuskan bilakah kes rayuan akan didengar,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, laporan media yang memetik SPR kini sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah kurang tepat.

Pada 23 Nov lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, telah menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 Nov apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi Adun.

Beliau juga telah mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. — Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive