Showing posts with label utusan malaysia.. Show all posts
Showing posts with label utusan malaysia.. Show all posts

15 June 2014

LHDN pilih kasih, beri diskaun kepada hartawan, kata Utusan

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilihat lebih memberi layanan istimewa kepada hartawan dan syarikat besar berbanding pembayar cukai individu, kata Utusan Malaysia.
Pengarang akhbar milik Umno itu yang menggunakan nama Awang Selamat menerima laporan daripada pembayar cukai individu terhadap sikap pilih kasih LHDN dalam urusan kelewatan membayar cukai.
“Antaranya aduan memohon pengurangan denda kerana terlewat membayar cukai, yang bukan saja tidak dilayan malah tidak dijawab surat rayuan mereka.
“Lain pula ceritanya apabila berurusan dengan seorang bilionair sehingga boleh mendapat 'diskaun' lebih RM100 juta.

12 November 2013

Utusan Malaysia kini promosi Mat Sabu

ANALISIS BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
NOVEMBER 12, 2013
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dikatakan hanya terkenal dalam arena politik Kelantan.Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dikatakan hanya terkenal dalam arena politik Kelantan.Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu.
Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?, didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia.
"Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja.
"Mat Sabu pernah menjadi Ketua Pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini manakala Mohd Amar pula tewas dua kali dalam percubaan untuk menjadi Naib Presiden.
"Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS".
Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman.
Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan.
"Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden.
"Apatah lagi menurut satu sumber, Mat Sabu dikatakan mendapat pencalonan melebihi Mohd Amar bagi jawatan Timbalan Presiden," kata  Zulkiflee.
Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.Perubahan sokongan Utusan Malaysia daripada Mohd Amar kepada Mat Sabu dilihat sebagai "reverse psychology" untuk memastikan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memenangi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.
Ini kerana jika dilihat sejak pilihan raya umum 2008, akhbar milik Umno itu konsisten dalam mengasak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP.
Ini selari dengan pandangan golongan ulama dalam PAS yang mahu kerjasama politik dengan PR dikaji semula terutama dengan PKR.
Utusan Malaysia dalam laporan beritanya sebelum ini sering menggelar Mohamad sebagai golongan Anwarinas - merujuk kepada pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara Mohd Amar pula diangkat sebagai wakil golongan ulama yang dikatakan bakal memperkukuh dasar Islam dalam parti itu.
Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutama dengan PKR.
"Amat wajar tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.
Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.
Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya selepas tiada pencabar.
Pemilihan PAS bagi 2013 akan diadakan dari 22 hingga 24 November ini di Shah Alam, Selangor.- 12 November, 2013.

06 November 2012

Nurul Izzah lantik 2 peguam saman Utusan, Berita dan beberapa blog


Nurul Izzah Anwar
NURUL IZZAH ANWAR
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

03 May 2012

Azmin saman Utusan RM100 juta ...mampuih utusan

KUALA LUMPUR, 3 MAY, 2012: Azmin Ali is seeking RM100 million in damages from Utusan Malaysia over its report yesterday which linked him to a scandal involving photographs of a man resembling the PKR deputy president allegedly engaging in a sexual act in a toilet.

In a statement today, PKR vice-president N Surendran, who is acting as Azmin's lawyer, said the letter of demand has been served on publishers Utusan Melayu (M) Bhd and its editor.

Azmin is also demanding a withdrawal of the allegation and a public apology to be published on the front page of the daily.

"In view of the seriousness of the allegations and the nationwide circulation of the newspaper, Azmin Ali has demanded the sum of RM100 million in damages," he said.

31 August 2011

Mat Sabu pemimpin terbaru berkonfrantasi dengan Utusan

Mat Sabu, komunis dan PRU 13

Mohamad Sabu menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang berkonfrontasi dengan Utusan Malaysia, akhbar harian dikuasai parti pemerintah, Umno.

Ucapan timbalan presiden PAS itu yang didakwa pengkritiknya sebagai mengina pejuang kemerdekaan kini menjadi isu besar yang diwacanakan media propemerintah menjelang kemerdekaan.

Mohamad bukan individu pertama yang cuba memberi penilaian semula sejarah negara melibatkan persaingan ideologi dalam perjuangan menentang penjajah dan kemerdekaan. + SETERUSNYA

19 June 2011

Awang xSelamat kata TGNA lebih teruk dari Ayah Pin

Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu.

Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa “lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.”

“Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?” kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

18 June 2011

Kalau jahil jangan berlagak alim

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Utusan Malaysia dinasihatkan agar jangan terus berlagak alim dengan membuat ulasan demi ulasan mengenai sistem perundangan Islam, tetapi menyedari keadaan diri yang sememangnya amat jahil dalam agama.

Sekiranya tidak sedar diri, akhbar milik Umno itu pasti melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga sanggup mempersendakan hukum Allah yang boleh pula merosakkan akidahnya sendiri.

Naib Ketua Dewan Musllmat PAS Pusat (DMPP), Senator Mumtaz Md Nawi (gambar) berkata, tindakan terbaru Utusan yang menyiarkan kartun yang mengulas kes rogol amat jelas memperlihatkan kejahilan akhbar itu mengenai sistem perundangan Islam.

Kelantan haramkan Utusan Malaysia

KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

16 June 2011

Karikatur : Utusan Malaysia dah jadi 'Denmark Malaysia' - TGNA

Oleh Syed Mu’az Syed PutraJune 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai “Denmark Malaysia” ekoran penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.

Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.

“Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam.

Laporan agar PAS dengan DAP berbalah - ADUN Sekinchan buat laporan polis terhadap Utusan

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar milik Umno itu menyiarkan berita palsu supaya DAP dan PAS berbalah.

Beliau merujuk laporan Utusan Selasa lalu yang berjudul "Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP" dengan mendakwa pemimpin DAP itu berkata keputusan berkenaan akan memperkukuhkan hubungan antara parti komponen Pakatan Rakyat di Selangor.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan wartawan Utusan mahupun dihubungi oleh akhbar itu,” kata Ng selepas membuat aduan di balai polis Sekinchan pada petang Rabu.

15 June 2011

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kecam karikatur Utusan Malaysia dakwa hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

09 May 2011

Isu Kristian - SMM tuntut Utusan, blogger mohon maaf

SMM tuntut Utusan, blogger mohon maaf jika dakwaan tak benar
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
May 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.

Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.

Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

07 May 2011

Kristian-Islam: Laporan Utusan pembohongan - Guan Eng

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
May 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Mei – DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang,” kata beliau hari ini.

Betapa kurang ajarnya Utusan

Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011?

Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi sebuah negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka.

15 February 2011

Guan Eng saman ADUN UMNO Pulau Betong dan Utusan

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh & Co. untuk keluarkan saman malu atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari 2010 bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah “My Balik Pulau”. Dalam lapuran bertajuk “Lupa Sejarah, Hina Melayu”, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau.

Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan lapuran susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. UMNO, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama.

Ia diluluskan oleh kerajaan negeri BN lama sebelum Mac 8, 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat UMNO beliau adalah penyumbang ke atas keluaran “My Balik Pulau” ini.

Sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid tarik balik dan minta maaf atas sifat perkauman anti-bukan melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri PR Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian. Sebaliknya Utusan Malaysia teruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan kerajaan persekutuan.

Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat EXCO minggu lepas untuk saman malu ADUN UMNO ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah "My Balik Pulau" dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat lapuran besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu". Penasihat Undang-undang Negeri Dato Faiza telah menasihatkan agar saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang "bersalah" adalah BN/UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15 Februari 2011

21 December 2010

Utusan Malaysia yang meloyakan

Rasiskah Utusan Malaysia? — Ya memang rasis

December 21, 2010 — Seorang rakan yang juga wartawan akhbar ini mengirim e-mel kepada sebuah syarikat dalam industri pelancongan untuk menawarkan satu bentuk kerjasama. Niat rakan media tadi adalah murni iaitu untuk mempelawa syarikat tersebut menjadi sumber kepada bahan berita bagi ruangannya.

Sepanjang penulis menjadi wartawan, pelawaan sebegitu kebiasaannya akan disambut dengan tangan terbuka.

Ini kerana ia memberi peluang kepada pihak terbabit mempromosikan aktiviti atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai secara percuma. Ia sebenarnya lebih kepada satu situasi menang-menang kerana kedua-dua pihak mendapat keuntungan.

Namun keadaan sebaliknya berlaku kepada rakan wartawan tadi. Pelawaannya bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi turut disertakan dengan sindiran yang sinis dan menyakitkan hati.

Balasan e-mel yang diterima selepas diterjemah ke dalam bahasa Melayu berbunyi lebih kurang begini: “Minta maaf, saya memiliki pandangan yang tidak baik terhadap akhbar ini. Akhbar ini menyebarkan sentimen perkauman dan tidak sepenuhnya benar. Saya tidak boleh membenarkan syarikat ini bekerjasama dengan perkara (perkauman dan tidak sepenuhnya benar) sebegitu.”

Kami tidak kisah jika syarikat tersebut menolak untuk bekerjasama. Tetapi untuk mengatakan akhbar ini rasis dan berbohong, ia adalah satu tuduhan yang melampau dan sangat tidak berasas.

Adakah wakil syarikat yang mengirim e-mel balasan itu benar-benar membaca akhbar Utusan Malaysia untuk membuat penilaian sedemikian terhadap akhbar ini?

Penulis berpendapat, wakil syarikat itu sebenarnya langsung tidak pernah meluangkan masa untuk meneliti akhbar ini. Kerana jika beliau berbuat demikian, tuduhan sebegitu tidak akan dibuat secara melulu. Penulis juga sangat yakin, wakil syarikat itu juga tidak pernah membaca akhbar lain termasuk akhbar bahasa ibundanya sendiri iaitu akhbar Cina.

Jika wakil syarikat itu benar-benar membaca dan meneliti akhbar Cina, penulis kira tanggapan beliau terhadap akhbar ini akan berubah serta-merta. Rakan-rakan media di akhbar Cina jangan salah faham dengan kenyataan ini.

Penulis tidak mengatakan akhbar Cina rasis atau menggalakkan sikap perkauman. Tetapi apa yang cuba penulis jelaskan di sini ialah, pada kebanyakan masa, akhbar-akhbar Cina akan menjadi jaguh dan menjuarai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Cina.

Ini termasuklah dalam soal agama, budaya, bahasa, pendidikan, ekonomi, sosial dan banyak lagi. Justeru, apa bezanya perjuangan akhbar-akhbar Cina itu dengan akhbar Utusan Malaysia? Bukankah akhbar ini juga perlu menjadi suara bagi orang Melayu dalam isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera?

Atau mungkin wakil syarikat tadi mahu semua akhbar di negara ini tidak kira berbahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau Inggeris hanya fokus kepada masalah masyarakat Cina semata-mata? Baru akhbar di negara ini boleh dikatakan tidak perkauman, tidak berbohong, adil dan bebas?

Apa yang boleh disimpulkan daripada e-mel wakil syarikat itu ialah satu bentuk ketidakfahaman yang jelas orang ramai terhadap peranan media.

Sebagai akhbar arus perdana, Utusan Malaysia menjunjung tinggi semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Itu adalah tanggungjawab yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pengamal media sekali pun.

Begitu pun penulis mengakui akhbar ini terutama selepas Pilihan Raya Umum 2008, agak lantang dan ke hadapan dalam perjuangan berkaitan isu-isu orang Melayu dan agama Islam.

Namun pembaca terutama yang bukan Melayu perlu faham, selepas pilihan raya 2008, terlalu banyak serangan ditujukan terhadap orang Melayu dan agama Islam. Ia termasuk dalam isu bahasa, biasiswa, kuota, ekuiti, kedudukan raja-raja, sehinggalah kepada kesucian kalimah Allah.

Malah, suara-suara sedemikian masih lagi kedengaran sehingga ke hari ini. Sedangkan perkara-perkara itu sudah disebut dengan jelas di dalam perlembagaan sebagai hak-hak istimewa orang Melayu.

Maka, Utusan Malaysia perlu menjelaskan kedudukan sebenar mengenai perkara tersebut kepada khalayak pembaca agar orang ramai tidak dipesongkan daripada hakikat sebenar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan isu tersebut.

Penulis tidak melihat apa yang dilakukan oleh akhbar ini serta akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lainnya itu sebagai satu tindakan perkauman. Ia sebaliknya lebih kepada tanggungjawab dalam mempertahankan apa yang hak dan memperbetulkan salah tanggapan di kalangan sesetengah pihak yang bersikap oportunis.

Apakah dalam hal ini, orang Melayu boleh berharap kepada akhbar Cina, Tamil atau Inggeris untuk memainkan peranan itu? Begitu pun, penulis tidak menyalahkan wakil syarikat itu kerana penulis yakin beliau tidak berseorangan dalam berpandangan sedemikian.

Ramai sebenarnya yang mendapatkan gambaran yang tidak tepat mengenai Utusan Malaysia. Sentimen politik juga tidak menyebelahi akhbar ini apabila pembangkang boleh disifatkan berjaya membalikkan imej akhbar ini sebagai rasis dan tali barut kerajaan.

Lihat sahaja bagaimana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh pendokong dan peminat akhbar ini sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana kononnya menggunakan fahaman ekstremis.

Sikap pemimpin politik seperti ini yang menyalahkan akhbar kerana melaporkan kepincangan parti dan pentadbirannya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Guan Eng serta pemimpin politik sealirannya tidak boleh mengharapkan media memuji beliau melangit ketika kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di Pulau Pinang tidak diendahkan.

Penulis tidak mahu menulis panjang mengenai sikap ahli politik sebegini kerana cukup faham agenda di sebalik tindakan mereka menghentam akhbar ini. Tetapi pembaca di luar sana perlu lebih realistik dalam menilai akhbar ini dan tidak terikut-ikut dengan sentimen yang dimainkan oleh ahli politik.

Nasihat penulis kepada wakil syarikat tadi serta pembaca lain di luar sana, luangkan masa meneliti kandungan akhbar ini dan fahami apa yang kami perjuangkan.

Penulis yakin jika peranan Utusan Malaysia sebagai “Penyebar Fikiran Rakyat” benar-benar difahami, wakil syarikat tersebut serta ramai lagi yang berpandangan seperti beliau akan menjadi pembaca setia Utusan Malaysia selepas ini. — Utusan Malaysia
MS: Hahaha Meloyakan aku bila membacanya ... sekadar menunggu masa untuk mampos ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive