Showing posts with label laporan polis. Show all posts
Showing posts with label laporan polis. Show all posts

01 December 2014

Laporan polis akan dibuat terhadap perwakilan UMNO Pulau Pinang



umno
GEORGE TOWN, 30 NOV: Laporan polis akan dibuat terhadap perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memfitnah kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2014.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, Mohd Zaidi menuduh kekuatan politik dan ekonomi orang Cina di Pulau Pinang berpunca dari aktiviti ekonomi haram seperti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan.

19 November 2014

CHEGUBARD DEDAH BUKTI XAVIER TERLIBAT MENARIK SOKONGAN AZIZAH JADI MB

Chegubard-XavierSetelah kita cari maklumat berkenaan laporan polis tersebut menggunakan nombor kad pengenalan Xavier, kita tidak jumpa laporan polis yang dibuat olehnya. Jadi persoalannya, dia (Xavier) buat laporan polis di mana?
Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digantung tidak bertali, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak supaya ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan mengenai surat menarik sokongan kepada ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

28 August 2014

Abby Abadi buat laporan polis terhadap bekas suami?


27 Ogos – Selebriti yang kini tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian peminat dan media apabila memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, seringkali menjadi tumpuan pengikut laman sosialnya semenjak dirinya berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sehinggalah mereka berdua disahkan bercerai.
Menurut laporan portal OhBulan!, foto yang menunjukkan laporan polis itu diyakinkan lagi dengan kapsyen Abby yang seakan-akan ditujukan khas buat bekas suaminya itu.

12 July 2014

Blogger UMNO @ Padi Jantn nak tembak Mukhriz - Pemuda UMNO buat laporan polis


KUBANG PASU 12 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Jerlun membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Padi Jantn yang mengancam untuk membunuh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Tun Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Dikepalai Ketua Pemudanya, Ahmad Azhar Abdullah, kira-kira 50 anggota pergerakan itu berkumpul di Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu sebelum membuat laporan polis pada pukul 11.50 pagi ini.

Padi Jantn dalam laman Facebooknya beberapa hari lalu menyatakan kesediaannya untuk menembak Mukhriz dan Syed Unan kerana tidak berpuas hati berhubung isu tertentu. - UTUSAN ONLINE


Polis Serbu Rumah Padi Jantn
Dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak polis pada malam tadi blogger umno yang dikenali dengan nama Padi Jantn itu telah melarikan diri. 

25 May 2014

PRK Teluk Intan : Pemuda PR buat laporan polis, Zahid Hamidi ugut anggota RELA



_DSC2791
TELUK INTAN, 25 MEI: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengugut anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Laporan telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar di Ibu Pejabat Daerah Hilir Perak, petang tadi.
Fakhrulrazi berkata, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mengeluarkan kenyataan demikian.

08 May 2014

Apa Kejadahnya Puak Ni ...

Hudud: Wanita MCA Buat Laporan Polis



Gambar: Sinar HarianGambar: Sinar HarianKUALA LUMPUR: Wanita MCA hari ini membuat laporan polis berhubung hasrat Pas membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim berkata usul yang akan dibentangkan di  Parlimen itu bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama, seterusnya mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum.

"Tindakan Pas ini telah mengakibatkan kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum wanita," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 4 petang.

13 December 2013

Skandal Adi Putra : Suami Noraida buat laporan polis dakwa polis berat sebelah

Amiruddin Othman (kanan) bersama Noraida Abd. Mutalib.
KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib – wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mendakwa pihak polis tidak telus dalam menyiasat kes berkenaan.
Sehubungan itu Amiruddin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil.
“Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Concorde di sini petang Jumaat.

30 November 2013

Pasangan kahwin muda : Janda 13 tahun dinasihat lapor Polis



  • Janda 13 tahun dinasihat lapor polisSukaGuam tawar khidmat selesai kes babitkan pasangan ini.
 1 / 2 
SHAH ALAM –  Janda berusia 13 tahun, yang dicerai talak tiga 11 November lalu dinasihat membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya dianiaya dalam perkahwinan.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, berdasarkan laporan media termasuk dakwaan remaja itu dirogol empat bulan sebelum perkahwinannya tahun lalu, ada kemungkinan berlaku penganiayaan dan dia berhak mendapat pembelaan.

“Kami melihat kes ini sebagai satu diskriminasi hak kemanusiaan di mana daripada cerita dilaporkan media, ada pihak mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur pihak perempuan yang pada awalnya sanggup menggugurkan laporan dakwaan rogol sebelum dia dikahwinkan bertujuan untuk menutup aib.

“Namun setelah hampir setahun berkahwin, remaja perempuan itu dikatakan tidak mendapat layanan sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, jika laporan itu benar, pembelaan seharusnya diberikan.

“Kalau benar perkara ini berlaku, kami anggap ia sebagai tragedi kepada remaja perempuan tersebut dan dia perlu diberi pembelaan apatah lagi melibatkan kes rogol secara berkumpulan,“ katanya.

Dalam pada itu, SukaGuam turut menawarkan khidmat sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kes ini.

“Walaupun ia dianggap sebagai satu perkara serius, namun tidak wajar perkara ini diperbalahkan secara terbuka kerana ia mengaibkan tambahan pula ia melibatkan keluarga Islam,” katanya.

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pasangan tersebut disahkan bercerai talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Akhbar The Star dalam laporan eksklusifnya semalam menyiarkan kenyataan bapa remaja perempuan tersebut mendakwa anaknya itu telah membuat laporan polis pada 15 Julai 2012 mengadu dia telah dirogol oleh tiga lelaki.

14 August 2013

MCA buat laporan polis terhadap Papagomo

OLEH DIYANA IBRAHIM
AUGUST 14, 2013
Gara-gara kenyataan melampau,  Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.
Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau.
"Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini.
Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini.
Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini.
Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat.
Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot.
Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini.
Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya.

02 April 2013

Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan - yang kaitkan Mahathir dengan projek IC) dilapurkan hilang


Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir, telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.
OLYMPUS DIGITAL CAMERASolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu petang tadi.
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48994

26 February 2013

DAP buat laporan polis terhadap Najib


OLEH OPALYN MOK
FEBRUARY 26, 2013
GEORGE TOWN, 26 Feb — Pemimpin DAP di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membuat laporan polis serentak ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan beliau bahawa menyokong DAP akan menyebabkan Islam akan ditindas.
Pembantu kepada setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari membuat laporan polis terhadap Najib di ibu pejabat polis di George Town jam 10:30 pagi tadi.
"Semakin kita menghampiri pilihan raya, hampir setiap minggu pemimpin Barisan Nasional (BN) akan mengkritik DAP dan Pakatan Rakyat menggunakan sentimen kaum atau agama yang sangat bahaya," katanya di sidang media selepas membuat laporan tersebut

22 January 2013

HOT TERKINI : Listen Listen Listen Cik Pah Miskin buat laporan polis terhadap Harakah dan SAMM


sharifah_zohraKUALA LUMPUR: Controversial SW1M president and unwitting YouTube sensation Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin(pic) today lodged a police report against Harakah Daily and student body Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), whom she claimed were inciting hatred against her. 
She also claimed that SAMM had trespassed onto private property when its representatives entered SW1M’s office in Gombak to hand here an invitation to the Academic Freedom and Fundamental Rights forum, scheduled for tonight at the KL-Selangor Chinese Assembly Hall. 
Sharifah Zohra lodged the report at the Setapak police station at 1.15am this morning, online news portal Free Malaysia Today reported.

03 December 2012

Ambik kau Shahrizat .... hahahha


PR Jempol buat 6 laporan polis ke atas Shahrizat
NORAFIDAH ASSAN
3 Disember 2012
PR Jempol buat 6 laporan polis ke atas Shahrizat
Anggota Pakatan Rakyat menunjukkan tiga daripada enam salinan laporan polis dibuat semalam. Turut kelihatan, Kok Seong (tiga, kanan).
JEMPOL - Pakatan Rakyat (PR) Jempol hari ini buat enam laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dekat sini berhubung kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini.

Laporan berkenaan membabitkan beberapa pemimpin PR setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.

Kok Seong ketika ditemui semalam berkata, kenyataan Sharizat bahawa insiden 13 Mei akan berulang sekiranya Umno kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang jelas cuba menakut-nakutkan rakyat negara ini dan polis perlu mengambil tindakan.

Ia sebahagian daripada laporan polis dibuat di seluruh negara oleh ahli-ahli Pemuda Pas dan PR ke atas Shahrizat.

01 December 2012

Laporan polis dibuat terhadap Shahrizat


An NGO feels that the Wanita Umno chief is threatening the non-Malay by saying a weak Umno would lead to the repeat of May 13 violence.
PETALING JAYA: An Indian-based NGO coalition which felt threatened by Wanita Umno chief Shahrizat Abdul Jail’s statement on May 13 has lodged a police report against the former minister.
“Shahrizat’s statement was meant to threaten the non-Malays. She was trying to say if the non-Malays vote for the opposition and this results in a weak Umno, a race riot similar to the violence on May 13, 1969 will happen,” Tamilar Action Force head A Vethaamoorthy said.
Leading a group of 12 members to lodge the report at the Sentul police station today, he said Shahrizat should be charged with threatening the public and instigating racial divide.

18 October 2012

Remaja buat laporan polis dirogol bapa sendiri


Ni la budak-budak sekarang,  tergamak buat laporan palsu akibat dilarang bertemu teman lelaki

Kuala Lumpur: Gara-gara tidak tahan dikongkong dan dilarang keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan membuat laporan palsu mendakwa bapa kandung merogolnya di Brickfields, di sini, awal bulan ini.


Sebelum ini, remaja yang berusia 19 tahun itu tinggal bersama ibunya di Klang, selepas kedua-dua orang tuanya tinggal secara berasingan sejak beberapa bulan lalu, dilaporkan sukar dikawal dan sering keluar hingga lewat malam serta tidur di rumah teman lelakinya. 


Remaja itu membuat tuduhan palsu supaya bapanya ditahan dan dia boleh keluar bersama teman lelakinya," - Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur

16 June 2012

Yang hang kalot sangat pasai rm3 billion tu pasai apa, yang puak2 hampa kemut berbillion2 tu awat hang tak pi report?

KUALA NERANG : Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan 20 akaun individu bernilai RM3 bilion, yang dikawal oleh Ketua Pambangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim berkata laporan polis itu dibuat bagi mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber wang yang begitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut.

"Ini satu kes yang sangat serius dan perlu diambil perhatian segera oleh kerajaan dan perlu siasatan rapi," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini Ahad.

Beliau berkata siasatan mesti dibuat bukan sahaja terhadap Anwar, sebaliknya 20 individu lain juga perlu disiasat.

"Dengan terbongkarnya isu ini, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri siapa Anwar yang sebenar. Anwar juga perlu membuat penjelasan tentang isu ini supaya rakyat tahu apa yang telah beliau lakukan," katanya. (Bernama)

antara komen awal 

Abangku
Sendiri pun kena siasat juga..Apa yang hang ada pun..Pak hangpun bukan orang senang juga, setakat guru ja..sendiri pun harta dah istihar ka..?Betulkan diri dulu, baru kacau orang lain..Ni sendiri pun tak betui nak tegur dan kacau orang..buat malu ja.Cermin diri dulu di mana hang tu..Dalam UMNO pun belambak yang dah report tak siasat pun..Paku dulang kayu serpih la ni...


SABAHKINI


02 March 2012

Dey macha ada cikit tarak betul la ... kenapa sekarang baru mau repot, ...sudah lebih 2 tahun la ... ayo yo yo

NGO lapor polis Anwar menghina kaum India


Jamilah Kamarudin | March 2, 2012

Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.


KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyebaran video di laman web Youtube yang menunjukkan beliau mengeluarkan kata-kata lucah menghina kaum India.

Laporan polis tersebut dibuat oleh NGO, Alternative Action Team (AAT) dan Kelab Perpaduan Insan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Presidennya, B Kalaivanar berkata, Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.

11 February 2012

Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Hassan Ali

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil .......

10 February 2012

Iskhhh budak-budak UMNO ni tak dak kerja ka? Esok geng songkok 3 jengkai pulak kot....

Skandal Pasir: Pemuda Umno Buat Laporan Polis


SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing pada Jumaat membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa terdapat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat Selangor terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang tadi.

Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today.

Beliau berkata Pemuda Umno mahu pihak polis menyiasat sama ada ............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive