25 May 2014

PRK Teluk Intan : Pemuda PR buat laporan polis, Zahid Hamidi ugut anggota RELA



_DSC2791
TELUK INTAN, 25 MEI: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengugut anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Laporan telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar di Ibu Pejabat Daerah Hilir Perak, petang tadi.
Fakhrulrazi berkata, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mengeluarkan kenyataan demikian.
“Tindakan Zahid mengugut dan menawarkan ganjaran kepada anggota RELA yang mengundi BN dalam PRK Teluk Intan adalah bertentangan dengan etika di sebuah negara demokrasi.
“Beliau sebagai pemimpin sebetulnya harus menunjukkan kepimpinan baik dengan berkempen secara bijak dan bukannya melakukan tindakan sedemikian,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis.
Howard pula menegaskan, Pemuda Pakatan tidak dapat menerima alasan bahawa Zahid hanya berjenaka dan mencabar beliau supaya menyatakan perundangan mana yang membolehkannya menyemak siapa mengundi BN atau tidak.
“Ketua SPR juga telah memaklumkan pada saya bahawa tidak ada sesiapa melalui apa juga kaedah boleh mengetahui atau memperolehi maklumat tersebut.
“Kami mencabar beliau menyatakan di bawah perundangan mana yang membenarkan semakan dibuat.
“Ugutan yang dibuat juga jelas bermaksud memberi tekanan kepada anggota RELA jika Mah Siew Keong tidak menang,” tegas Howard yang juga Ejen Calon DAP PRK Teluk Intan. – Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive