KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib – wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mendakwa pihak polis tidak telus dalam menyiasat kes berkenaan.
Sehubungan itu Amiruddin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil.
“Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Concorde di sini petang Jumaat.
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau ‘no further action (NFA)’.
Sehubungan itu Adi mmendakwa dengan gugurnya kes berkenaan, ia membuktikan dia tidak bersalah.
Pada September lalu Adi didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Berita penuh akan dilaporkan kemudian. - mStar
1 comment:
Macam dia di rogol dan minta keadilan.Tetapi dia yang mengatal.
Si Suami lupa kah isteri dia mengatal dan hantar menghantar gambar.
Bukan gambar bini dia di curi dan di pos.Ini lah bila hati dah tertutup
Post a Comment