KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya.
Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action'(NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.
"Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya.
Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat.
Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.
Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.
"Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya.
Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya.
"Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. - mStar
3 comments:
Ok...apa laki dia dpt? malu sebab dia dayus, backing bini yg gila glamor and btg...muka sex gila siut..udah2 le malukan diri sendiri..tgk la dada tu, apa salah tutup hbs, ni pakai net nyamuk..apa la bengap sgt minah ni..x malu ke..?
Minah ni memang kuat sex. Kalau jolok sedap ni.
Apa giler ngentot aje..... Jantan betina sama aje , monyet pun tak macam nih !
Post a Comment