16 June 2012

Yang hang kalot sangat pasai rm3 billion tu pasai apa, yang puak2 hampa kemut berbillion2 tu awat hang tak pi report?

KUALA NERANG : Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan 20 akaun individu bernilai RM3 bilion, yang dikawal oleh Ketua Pambangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim berkata laporan polis itu dibuat bagi mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber wang yang begitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut.

"Ini satu kes yang sangat serius dan perlu diambil perhatian segera oleh kerajaan dan perlu siasatan rapi," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini Ahad.

Beliau berkata siasatan mesti dibuat bukan sahaja terhadap Anwar, sebaliknya 20 individu lain juga perlu disiasat.

"Dengan terbongkarnya isu ini, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri siapa Anwar yang sebenar. Anwar juga perlu membuat penjelasan tentang isu ini supaya rakyat tahu apa yang telah beliau lakukan," katanya. (Bernama)

antara komen awal 

Abangku
Sendiri pun kena siasat juga..Apa yang hang ada pun..Pak hangpun bukan orang senang juga, setakat guru ja..sendiri pun harta dah istihar ka..?Betulkan diri dulu, baru kacau orang lain..Ni sendiri pun tak betui nak tegur dan kacau orang..buat malu ja.Cermin diri dulu di mana hang tu..Dalam UMNO pun belambak yang dah report tak siasat pun..Paku dulang kayu serpih la ni...


SABAHKINI


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive