02 March 2012

Dey macha ada cikit tarak betul la ... kenapa sekarang baru mau repot, ...sudah lebih 2 tahun la ... ayo yo yo

NGO lapor polis Anwar menghina kaum India


Jamilah Kamarudin | March 2, 2012

Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.


KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyebaran video di laman web Youtube yang menunjukkan beliau mengeluarkan kata-kata lucah menghina kaum India.

Laporan polis tersebut dibuat oleh NGO, Alternative Action Team (AAT) dan Kelab Perpaduan Insan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Presidennya, B Kalaivanar berkata, Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.


Rasis dan mengancam keharmonian

“Laporan ini dibuat supaya pihak polis mengambil satu tindakan tegas terhadap Anwar yang begitu rasis dan mengancam keharmonian yang dibina di Malaysia.

“Saya mahu polis merakamkan percakapan beliau dan Peguam Negara buat pertuduhan mahkamah terhadap Anwar,” tegasnya.

Katanya setakat ini sebanyak 27,000 penonton telah menyaksikan ucapan tersebut sejak video itu dimuat naik dalam Youtube sejak minggu lalu.

Ditanya sama ada pihaknya akan menarik balik laporan sekiranya Anwar memohon maaf secara terbuka, Kalaivanar bagaimanapun berkata itu terpulang kepada Anwar.

“Tetapi kita tetap tak boleh terima kerana beliau selama ini telah menyinggung perasaan masyarakat India,” katanya yang turut menyifatkan Anwar sebagai ‘pelakon handalan’.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive