19 November 2014

CHEGUBARD DEDAH BUKTI XAVIER TERLIBAT MENARIK SOKONGAN AZIZAH JADI MB

Chegubard-XavierSetelah kita cari maklumat berkenaan laporan polis tersebut menggunakan nombor kad pengenalan Xavier, kita tidak jumpa laporan polis yang dibuat olehnya. Jadi persoalannya, dia (Xavier) buat laporan polis di mana?
Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digantung tidak bertali, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak supaya ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan mengenai surat menarik sokongan kepada ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Katanya, walaupun Xavier telah menafikan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa aduan polis telah dilakukan. Namun hingga kini masih tidak ada bukti yang kukuh.
“Setelah kita cari maklumat berkenaan laporan polis tersebut menggunakan nombor kad pengenalan Xavier, kita tidak jumpa laporan polis yang dibuat olehnya. Jadi persoalannya, dia (Xavier) buat laporan polis di mana?” soalnya.
Chegubard turut memberitahu bahawa beliau akan menyerahkan baki 4 akuan ADUN asal yang beliau perolehi, berserta dengan cop pesuruhjaya sumpah kepada parti.
“Saya nak tengok adakah PKR mengamalkan ‘rule of law’ atau dua undang-undang berbeza. Bagi orang biasa macam saya, digantung. Tetapi bagi kelompok tertentu, kamu pelihara walaupun telah melakukan kesalahan,” katanya dalam satu sidang media di ibu kota.
Di dalam surat yang didedahkan oleh Chegubard itu turut menyatakan Xavier menarik semula sokongan kepada Azizah kerana ia merupakan satu sokongan yang bersifat paksaan.
“Jika surat ini benar, Xavier boleh dipecat daripada parti dan 4 orang lagi ADUN juga boleh dipecat,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive