19 November 2014

Samseng jalanan dituduh khianat, buat ugutan jenayah


Khoo Kok Ann, 58, (tengah) dibawa oleh anggota polis berikutan dua pertuduhan melakukan khianat dan membuat ugutan jenayah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat juruperunding didakwa atas dua tuduhan melakukan khianat dengan meludah serta membengkokkan bilah pengelap cermin kereta dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi, dua hari lalu.
Tertuduh Khoo Kok Ann, 58, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan kes.
Gambar tertuduh yang dikatakan terbabit perbuatan khianat berkenaan kini tersebar di laman sosial.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive