18 November 2014

Pembuli Jalan Raya Di Subang Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam


- Gambar dari Facebook 'Friends of BN'



PETALING JAYA: Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu seorang wanita dan merosakkan keretanya di jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis.

Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas.

"Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita semalam telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police ) malam semalam. Tahniah PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu, Selasa.

'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial.

Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia tinggal di Subang Jaya dan memandu SUV.

Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya.

"Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang saya mahu, meludah di cermin, merosakkan 'wiper' dan melipat cermin sisi kereta saya," tulisnya.

Thean berkata dia sedang memandu ke tempat kerja dan telah membunyikan hon kepada pemandu SUV itu kerana sering menukar lorong, apabila dia tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan dan berjalan menuju ke keretanya.

15 gambar yang kemudiannya dimuat naik menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke kereta wanita itu sebelum merosakkan wiper dan meludah di bahagian cermin hadapan kereta.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas komen-komen mendesak supaya dia untuk berbuat demikian.

Lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis di kediamannya sekitar tengah malam Isnin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive