26 April 2015

Kami Bantu PKR Kerana Patuhi Arahan Presiden PAS


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 8:23 PM

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan ini menggerakkan keseluruhan jentera piliihan rayanya walaupun wujud ugutan untuk memboikot pilihan raya kecil itu kerana diarah berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan Tok Guru Hadi pada 13 Mac lalu memutuskan PAS perlu membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
"Kami juga mendapat arahan daripada sayap ulama supaya menyalurkan kerjasama dan ia dilaksanakan sebagai tanda hormat kepada pemimpin parti," kata Ketua Penerangannya, Jamsari Samad.
PAS melancarkan jentera pilihan rayanya di Samagagah pada 9.30 malam, Sabtu.
Pada 19 April, PAS Permatang Pauh memutuskan untuk tidak  bekerjasama dengan PKR kecuali pihak PKR memohon maaf kerana menentang pelaksanaan hudud PAS.
"Kami akan maklumkan semua 30 cawangan bahawa kami mematuhi arahan parti untuk membantu PKR kerana ia diputuskan presiden," katanya.
PRK Permatang Pauh menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas, Salleh Isahak.

5 comments:

lagu tu laa said...

lagi2 wan azizah tak dak muka lin dah ka?pati anak beranak!

Anonymous said...

hek ele Pas ni, masuk la calon sendiri macam kat kota damansara, pil kuda kan ada untuk bagi penyokong hudud tegar menang........tak yah nak boikot boikot la beb!
Pangkah je ameno menang kerana sokong hudud ......kita orang paham tok guru hangpa dah kena kencing dgn ameno sampai mimpi berahi.........padahal kalau hamno nak laksana hudud dah lama dah boleh jalan! Ulamak Pas tak sedaq2 yg ameno kata hudud pas sosat beb!

Anonymous said...

PKR dah tak calon. Wan Azizah tu calon sementara, nnt bila dah jumpa calon yang sesuai, wan Azizah boleh letak jawatan, bagi laluan kat calon baru.

Anonymous said...

aku suka...aku suka parti anak beranak....

Anonymous said...

Permatang Pauh kena tukar nama kepada Permatang Anwar... Sesuwaai sgt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive