21 March 2011

Pemimpin utama pembangkang beraksi sex dengan wanita tak dikenali

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat.

Wartawan yang telah menyaksi video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti itu mendakwa ianya klip video palsu.


KUALA LUMPUR: Akibat terdesak, pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sekarang sedang mengedar video sex palsu kononnya melibatkan tokoh pembangkang.

Video itu telah ditunjukkan kepada editor-editor media milik Barisan Nasional dalam sebuah sidang akhbar rahsia di hotel Carcosa Seri Negara sebentar tadi.

Seorang yang menonton video tersebut memberitahu keadilandaily.com bahawa ia adalah jelas satu video palsu untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelasng pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Akhbar-akhbar perdana dan stesen-stesen TV yang dimiliki Barisan Nasional dijangka akan menyiarkan berita mengenainya segera.

Video palsu ini adalah tindakan paling jahat oleh regim BN setakat ini, melebihi kerakusan Nazi di bawah Hitler.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9437


Rakaman Video Aksi Seks Dipercayai Pemimpin Tertinggi Pembangkang Kini Muncul


PETALING JAYA: Dunia politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan'.

Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.

Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan.

"Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya.

"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," dakwanya lagi.

Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan.

Wakil-wakil media termasuk The Star dipertontonkan rakaman tersebut melalui komputer peribadi di bilik itu yang dikawal ketat.

Sebelum masuk, wartawan The Star diperiksa dan telefon bimbitnya diambil.

Lain-lain media termasuk dari BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada organ pembangkang turut hadir.

Rakaman berkenaan menunjukkan imej yang jelas akan pemimpin pembangkang berkenaan dan wanita terbabit berkulit cerah yang dipercayai dari Asia Timur.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu. - mStar

STONE: syok juga dengar cerita PEMBOHONG Datuk T ni ... hehehe

Setelah semua gagal, kini muncul pula video sex ... hahahaha Datuk T

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.

Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.

Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau - HD

7 comments:

Anonymous said...

Takkan TGHH kut? Dia amal poligami, takkan tak puas-puas lagi?

DSAI? Karpal Singh? Lim Guan Eng?

Ho ho ho

Hanz

Anonymous said...

Suami isteri ahli politik dalam Pakatan Rakyat? Siapa agaknya?
Ho ho ho
Inilah musibah daripada Sumpah Mubahalah, Allah pay CASH dekat dunia lagi.

hari said...

besok say nak but tayangan porno kat hotel dekat sunway. Di jemput semua untuk hadir...sekarang buat tayangan porno (lagi-lagi di tempat awam) tak salah di sisi undang-undang. Gila punya negara. Takde undang-undang dah... semua boleh buat...

Nama say Datuk K.

tok wan said...

ini lah abad FITNAH yg cukup jahat.....
kenapa fitnah ini terus dimomokan.....
nak suruh orang percaya jugak bahawa pelaku dlm klip video tu memang si anwar??.....
apakah depa dah tak takut mati???
dah tak takut ancaman siksaan kerana membuat fitnah.......hanya kerana nak teruskan status quo???

tunggu lah saat kehancuran mereka sekiranya fitnah ini terus dimainkan........
kita kena tau jugak siapa 'master mind' dan 'god father' yg dok ada di belakang semua kerja ini......cari yg tu dulu.......

eddi said...

Macam-macam cerita sekarang...dahsyat

Anonymous said...

utk anon 1 (hanz) dan 2 kat atas tu....

berhati-hati waktu percaya satu berita. Nanti malu sendiri.


manSee

Anonymous said...

sikit2 fitnah..sikit2 salahkan kerajaan..tu la Allah dah nk tunjuk kebenaran....berkat..buat solat hajat......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive