21 March 2011

Video sex : Taktik jahat baru BN - DSAI

PETALING JAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya (gambar) pada sidang media di sini petang ini. = TMI

MENYUSUL LAGI

1 comment:

Anonymous said...

DSAI,bersabar dengan ujian jembalang ini...kerakusan kuasa sudah tidak kenal nilai budaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive