Mirzan digesa tinggalkan bisnes ‘arak’ sempena Ramadhan
(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 17 Julai: Sempena Ramadhan ini, Mirzan Mahathir digesa meninggalkan sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan perkara haram di sisi agama, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty.
“Sempena bulan puasa yang semakin menjelang beberapa hari lagi, saya menggesa Mirzan supaya muhasabah diri dan meninggalkan perkara yang jelas sekali bertentangan dengan Islam.
“Arak ini haram, jadi duit yang diperolehi dari syarikat arak juga haram. Beliau tidak sepatutnya melibatkan diri dengan perdagangan yang melibatkan perkara yang sudah tentu haram,” katanya dihubungi.
Mirzan membeli syarikat pembuat arak terbesar di Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion. Wang dari keuntungan syarikat arak tersebut digunakan untuk membeli Esso Malaysia dengan RM1.7 bilion, lalu ditukar nama kepada Petron.
Penasihat MAS, Dr Mahathir Mohamd dengan bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah meluluskan kontrak enam bulan untuk membeli minyak dari syarikat anak Mahathir, Petron.
“Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang sering bercakap soal agama, tapi sayang anak beliau pula menggadaikan maruah diri dengan terlibat dengan syarikat arak,” kata Mohd Nor.
Beliau juga menempelak tindakan Mahathir yang mementingkan poket keluarganya dengan menyalahguna kepentingan rakyat.
“Tindakan Mahathir yang berdiam diri dan tidak memberi sebarang jawapan berkenaan isu duit arak anak beliau jelas membuktikan amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan beliau sejak dari dulu tidak pernah terpadam.
“Nepotisme adalah amalan mengabaikan kepentingan rakyat untuk mengisi poket sendiri dan mengaut keuntungan sebesar-besarnya ke dalam institusi keluarga sendiri dengan menggunakan wang rakyat.
“Ini juga merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama,” tegas Mohd Nor.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32917
7 comments:
Sebab tu bapak dia tak suka hudud.
Anak beranak ni dah tak kira Halal Haram. Janji masyuk ... Bila Allah nak laknat tak tau ,,,
:
salam bro
Elok kalau dapat beritahu
jenis kereta
warna kereta -cerah/gelap
saiz keling yang buat hal tuh-
body nallake/ saiz kecik
penting hal ini
kalau kes tuh katakan 4 keling dalam wira gelap
lain kalai bila jumpa 4 keling dalm wira gelap buat seseorang berwaspada...
sekian
kkk
Agaknya..ini yang di maksudkan oleh najib...Haramjadah...maklumlah..
org politik cakap berkias..
Berzina juga haram. Sudah nasihatkan ke belum?
Kapada Md noor murthy.
Saya ingin tahu dimana dinyatakan dalam ayar quran ang arak itu haram.Adavterdapat ayat Quran yang dilarang meminum arak tapi tidak ada ayat yang mengatakan haam kita berniaga arak.Lagi pun beer iru bukan arak saperti wisky .Bila minum beer dia tidak mabok.dia ada vitamin B bagus untok menguarkan urat saraf.
Berani betul Komen pasal halal haram ni.. Ilmu dah cukup ke? Ingatlah, kalau tersalah komen/cakap silap2 boleh jd syirik. jd, pastikan ada ilmu dan dalil yg cukup sebelum bg komen, tkut2 boleh tersesat org lain..
Post a Comment