Showing posts with label AZMIN ALI. Show all posts
Showing posts with label AZMIN ALI. Show all posts

06 April 2015

Abdul Khalid Dakwa Azmin Bersikap Oportunis, Minta Azmin Berundur






Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 4:05 PM
Keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR Pusat.

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa penggantinya sebagai seorang 'oportunis yang membuat keputusan populis' tanpa mempertimbangkan kesannya kepada rakyat.

Abdul Khalid berkata kenyataan Mohamed Azmin Ali yang menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanyalah sekadar drama politik.

"Hakikatnya, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April.

25 October 2014

Timbalan Ketua AMK Cabang Kota Bharu Desak PKR Ambil Tindakan Terhadap Azmin


Chikgu Bard
(Astro Awani) – Susulan pendedahan yang dibuat ahli PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrin (Che Gu Bard), Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Bharu, Mohd Afiq Ayob membuat desakan supaya partinya mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, PKR juga didesak mengambil tindakan terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang menanda tangani akuan bersumpah menyokong Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
“Berdasarkan bukti yang dikatakan oleh Che Gu Bard, PKR perlu mengambil tindakan terhadap Azmin dan tiga Adun PKR yang menyokong beliau.

03 October 2014

Kedudukan Anwar di Selangor: Azmin perang mulut dengan Faekah lagi

Walaupun jawatannya kini hanya pembantu khas kepada ADUN Pelabuhan Klang, namun Faekah Husin tetap menjadi 'duri' pada Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Umum tahu, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu adalah orang paling kedepan 'pukul' Azmin and the gang dalam isu membabitkan bosnya.
Ini termasuk kenyataan terbaru Faekah yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dipecat dari jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Tidak puas hati dengan kenyataan Faekah, Azmin pada Jumaat mempersoalkan, SIAPA FEAKAH untuk mempersoalkan status kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi.

25 September 2014

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama
Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahan lama di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.
Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.

24 September 2014

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin
SHAH ALAM – “Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat."
Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.
“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.

19 August 2014

Isu MB selangor : PAS cadangkan Azmin jika Istana tolak Wan Azizah

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tujuan Pas mengangkat nama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu adalah bagi memberikan pilihan kepada Sultan Selangor jika baginda tidak memberi perkenan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abd. Samad berkata, keputusan berani itu diambil kerana beberapa maklumat yang diterima parti itu mengatakan Wan Azizah tidak diterima oleh pihak istana sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita buat tindakan betul. Kita lihat dari sudut berbeza. Saya akan lakukan apa yang perlu dilakukan.
"Sebenarnya, Pas mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah, maka atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.

17 August 2014

Azmin 'Terkejut' Dinamakan Calon MB Oleh PAS

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 2:28 PM

MARTIN CARVALHO

Azmin (kiri) bersama Khalid.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali terkejut apabila PAS menamakan beliau sebagai calon kedua untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang mengalami krisis politik dan kepimpinan.

Azmin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, berkata pencalonannya yang disifatkannya sebagai satu kejutan, akan dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), Ahad.

"Bagi saya, apa yang lebih penting ialah PAS telah menunjukkan bahawa ia masih komited ke arah Pakatan dan berhasrat untuk bergerak ke hadapan dengan perjuangan bersama kita pada masa akan datang," katanya kepada The Star.

Azmin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PAS Pusat, khususnya presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong keputusan parti.

Katanya beliau akan mengulas lanjut mengenai perkara itu selepas majlis pimpinan tertinggi PR mengadakan mesyuarat.

PKR telah bersetuju untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Khalid dengan PAS dan DAP menyatakan pendirian masing-masing ini melalui kenyataan akhbar sebelum ini.

Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS kedua-duanya menolak Dr Wan Azizah sebagai calon.

Pada Khamis, Dr Wan Azizah mendakwa beliau harus menjadi MB Selangor selepas berjaya meraih sokongan 29 daripada 56 wakil rakyat PR.

Dua daripada mereka adalah dari PAS, manakala semua 15 wakil rakyat DAP dan 13 wakil rakyat PKR termasuk Azmin turut menyatakan sokongan terhadap Dr wan Azizah.

Pada Selasa, Khalid memecat enam Exco PKR dan DAP dan mengekalkan empat exco PAS untuk membantu beliau mentadbir  negeri ini.

Calon Menteri Besar : Azmin atau Dr Idris Ahmad?

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 9:06 AM
Azmin Ali

KLANG: Terdapat kemungkinan besar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan dinamakan oleh parti sebagai calon baharu menteri besar Selangor untuk menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Tidak ada lagi keraguan tentang hal itu. Kita akan dapatkan apa yang kita mahu, iaitu untuk mendapatkan Azmin bagi menggantikan Khalid," kata seorang anggota PKR yang juga Anggota Dewan Undangan (Adun) di Selangor.

Beliau menambah terdapat perselisihan besar dalam parti buat masa ini kerana kira-kira dua pertiga daripada ahli mahukan Azmin, bukan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

Beliau mendakwa PKR Selangor dan kepimpinan di lapan negeri lain telah meminta parti mengemukakan nama Azmin bersama-sama Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, tetapi ia telah ditolak oleh beberapa pemimpin tertinggi PKR dan penyokong mereka.

Sumber itu berkata para pemimpin berkenaan hanya mengemukakan satu nama kerana mereka tahu jika mereka mengemukakan nama Azmin, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat akan memilih beliau berbanding Dr Wan Azizah.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin yang sama juga enggan menyerahkan nama Azmin bersama-sama dengan Khalid kepada Sultan selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-13 tahun lepas.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak Khalid berpendapat bahawa peluang Azmin untuk menjadi menteri besar adalah cerah.

"Sudah terdapat spekulasi meluas bahawa Azmin akan disyorkan sebagai menteri besar yang seterusnya sekiranya PAS menerima langkah untuk menggantikan Khalid," kata Mohamed Mustafa.

PAS, yang berpegang teguh pendirian enggan menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, dijadualkan mengadakan mesyuarat pada Ahad untuk memutuskan sama ada parti itu akan terus menyokong Khalid atau sebaliknya.

Jika pemimpin-pemimpin PAS bersetuju untuk Khalid digantikan, sumber-sumber Pakatan Rakyat berkata, nama Azmin dan Adun Ijok Dr Idris Ahmad akan dicadangkan sebagai alternatif.

Sementara itu, seorang wakil rakyat PR yang enggan namanya disiarkan berkata, realiti yang menyedihkan adalah bahawa tidak ada seorang pun dalam PKR selain daripada Azmin dan Dr Idris yang boleh dicadangkan sebagai pengganti Khalid.

"Sebenarnya, hanya Azmin mempunyai kepintaran politik, pengalaman dan karisma untuk menjadi menteri besar," katanya.

Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian bersetuju terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa Azmin akan dinamakan sebagai menteri besar jika namanya telah dicadangkan oleh PAS.

Sivamurugan berkata Sultan Selangor boleh mencontohi Sultan Azlan Shah mengendalikan krisis di Perak pada 2009 dengan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat untuk mengetahui siapa sebenarnya yang disokong.

"Mungkin ada dua atau tiga wakil rakyat PKR yang secara senyap-senyap menyokong Khalid, dan selepas mesyuarat PAS kita akan dapat tahu jika dua wakil rakyat itu (Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin) masih berkeras menyokong Dr Wan Azizah, atau telah membuat pusingan U," katanya.

17 May 2014

Pemilihan PKR: Khalid atasi Azmin


Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 17 MEI: Pendahulu dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin menjarakkan jumlah kutipan undi yang dipungutnya setakat ini berbanding pesaing terdekat yang juga penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali.
Kiraan undi tidak rasmi semalam menyaksikan Abdul Khalid berjaya memperoleh 12,270 mendahului Azmin dengan kelebihan 92 undi. Mengikut kiraan tidak rasmi, Azmin mengutip 12,178 undian dan diikuti Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dengan 7,988 undi.
Kongres PKR 05Jumlah undian tidak rasmi terkini itu diperoleh selepas dicampur jumlah undi di dua lagi cabang, Pandan dan Kelana Jaya yang selesai dijalankan, kelmarin.
Dua cabang terbabit, Kelana Jaya (Abdul Khalid, 337; Azmin, 260; Saifuddin, 190) dan Pandan (Abdul Khalid, 96; Azmin, 140; Saifuddin, 190 undian).
Keputusan di dua cabang itu juga membolehkan Abdul Khalid terus mendominasi sokongan pengundi akar umbi PKR di Selangor.
Sama seperti yang jangkaan Selangor Kini sebelum ini, di Selangor, Abdul Khalid hanya tewas di Cabang Pandan iaitu kubu kuat calon Naib Presiden, Rafizi Ramli yang juga rakan kempen dalam pasukan ‘Masa Depan Bersama’ yang turut dianggotai Saifuddin dan Nurul Izzah Anwar.
mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 02Bagaimanapun, Abdul Khalid dilihat masih belum berada dalam zon selesa apabila keputusan di lima cabang yang tidak dibatalkan di Selangor masih belum diperoleh, manakala 27 cabang lain termasuk 10 daripadanya di Selangor akan mengadakan pengundian semula.
Terdahulu, dalam minggu pertama dan kedua pemilihan menyaksikan Azmin berada dalam kedudukan selesa apabila mendahului pencabarnya dengan kelebihan lebih 3,000 undi.
Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki hari pertama minggu ketiga yang diadakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Abdul Khalid mula mengorak langkah mendekatkan diri dan akhirnya memintas Azmin pada hari kedua, minggu ketiga di Selangor.
-NFN-

16 January 2014

PKNS kata mesyuarat exco putus gugur Azmin


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata keputusan untuk menamatkan jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli PKNS dibuat oleh mesyuarat exco.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, sebenarnya dibuat selaras dengan mesyuarat exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.

12 January 2014

Persengketaan Tan Sri Khalid dan Azmin Ali kembali memuncak


KLANG: Persengketaan lama antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali dilihat kembali memuncak apabila Menteri Besar itu menggugurkan Timbalan Presiden Parti Keadilan (PKR) berkenaan daripada jawatan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Walaupun sumber PKNS mendakwa keputusan tersebut untuk 'mengukuhkan' perbadanan itu, pengikut setia Mohamed Azmin sebaliknya mendakwa keputusan itu bertujuan melemahkan pemimpin berkenaan menjelang pemilihan parti tahun ini.
"Pengguguran (Mohamed) Azmin adalah satu keputusan perniagaan untuk mengukuhkan kedudukan penyumbang ekonomi terbesar negeri ini," tegas sumber PKNS itu.
Bagaimanapun ternyata penyokong Azmin menolak alasan ini dengan mendakwa Abdul Khalid bertindak dengan sewenang-wenangnya untuk menghapuskan musuh politiknya.
Sehubungan itu mesyuarat khas dijangka akan diadakan di Ibu Pejabat PKR pada Ahad malam bagi membincangkan mengenai kedudukan Mohamed Azmin dan beberapa isu lain di Selangor.
Salah seorang daripada mereka berkata Mohamed Azmin selalu memberikan tekanan kepada Menteri Besar ketika mesyuarat ahli lembaga pengarah.

27 October 2013

Utusan sokong PAS gantikan Khalid sebagai MB Selangor, bukan Azmin


Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak.
Beliau berkata desas-desus bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan digantikan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak lama lagi.
“Awang tertanya-tanya mengapa PAS tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar? Adakah PAS tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor?
“Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid.
“Isu ini sedang hangat diperkatakan dalam PKR. Bagaimanapun khabarnya Khalid enggan berundur walaupun didesak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Awang Selamat, pihak yang menyokong Abdul Khalid kurang senang dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kerana mereka berpendapat kejayaan pakatan pembangkang mempertahankan Selangor turut disumbangkan oleh faktor kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.
Katanya, beberapa pemimpin PKR Selangor yang menyokong Azmin mahukan Anwar lebih tegas melakukan perubahan kepada jawatan Menteri Besar.
“Menurut mereka Anwar telah berjanji untuk melantik Azmin menggantikan Khalid. Sebagai Timbalan Presiden, sepatutnya beliau sudah lama diberi jawatan lebih utama.
“Awang menetap di kawasan pentadbiran Selangor. Tidak kisahlah siapa menjadi Menteri Besar sama ada Khalid mahupun Azmin asalkan perlembagaan negeri membenarkan,” katanya.
Awal bulan ini, Anwar mengkritik Abdul Khalid dan meminta Menteri Besar Selangor itu tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.
Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.
Anwar mendakwa, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim menunjukkan prestasi membanggakan berbanding Selangor ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Abdul Khalid. – 27 Oktober, 2013.

26 October 2012

EDISI GEMPAQ : Skandal Sex Azmin Ali terbongkar



UMNO-BN kehabisan modal menyerang Anwar, kali ni dialihkan serangan kepada Azmin yg mereka lihat 'bahaya' kepada parti biawak karat dan sekutunya. Belum sempat Muhyiddin meluluskan rangka disiplin parti yg baru untuk mengelakkan 'PENGKHIANAT', seorang yg mendakwa dirinya penyokong tegar Umno mendedahkan perancangan lembUMNO dalam tuduhan skandal seks Azmin Ali yang akan dimainkan semula masa terdekat nanti

04 October 2012

Azmin tak perlu minta maaf - Tan Sri Khalid


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham. 


Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang. 



"Bagi sayaAzmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat. 


"Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. 

22 August 2012

Ummi Hafilda tak akan buat sesuatu tanpa dibayar - Baginda


Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3


KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.
Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed
Azmin Ali.
“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.
“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.
Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

21 May 2012

Motif Dakwaan Terhadap Anwar Dan Azmin Untuk Halang Tanding PRU13

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.

Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0.

03 May 2012

Azmin saman Utusan RM100 juta ...mampuih utusan

KUALA LUMPUR, 3 MAY, 2012: Azmin Ali is seeking RM100 million in damages from Utusan Malaysia over its report yesterday which linked him to a scandal involving photographs of a man resembling the PKR deputy president allegedly engaging in a sexual act in a toilet.

In a statement today, PKR vice-president N Surendran, who is acting as Azmin's lawyer, said the letter of demand has been served on publishers Utusan Melayu (M) Bhd and its editor.

Azmin is also demanding a withdrawal of the allegation and a public apology to be published on the front page of the daily.

"In view of the seriousness of the allegations and the nationwide circulation of the newspaper, Azmin Ali has demanded the sum of RM100 million in damages," he said.

27 March 2012

Hassan Ali penyubur fitnah - Azmin

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

“Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

“Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

"Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, tetapi saya terkejut ....." kata Azmin merujuk kepada Hassan Ali

"Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya," kata Azmin Ali.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terkejut dan tidak menyangka Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sanggup mengeluarkan kenyataan fitnah menyerang peribadinya.

Enggan menjawab dakwaan Hasan, Azmin sebaliknya menganggap Hasan telah merendahkan martabat dirinya sendiri apabila gagal menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan pengubahsuaian pejabat sehingga mencecah RM300,000.

Malah, Hasan bertindak menyuburkan budaya fitnah apabila mencabar Azmin menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 sedangkan gajinya ketika itu hanya RM2,000 saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive