03 October 2014

Kedudukan Anwar di Selangor: Azmin perang mulut dengan Faekah lagi

Walaupun jawatannya kini hanya pembantu khas kepada ADUN Pelabuhan Klang, namun Faekah Husin tetap menjadi 'duri' pada Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Umum tahu, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu adalah orang paling kedepan 'pukul' Azmin and the gang dalam isu membabitkan bosnya.
Ini termasuk kenyataan terbaru Faekah yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dipecat dari jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Tidak puas hati dengan kenyataan Faekah, Azmin pada Jumaat mempersoalkan, SIAPA FEAKAH untuk mempersoalkan status kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi.
Menurut Azmin, kenyataan media yang dibuat Faekah mengenai Anwar tidak boleh diambil kira.
Azmin berkata, ini kerana, keputusan beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan menteri besar.
"Siapa Faekah? Dia siapa...tanya dialah.
"Saya (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim...bukan Faekah Husin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang diduduki Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi juga ditamatkan.
Faekah dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan khidmat Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat Penasihat Ekonomi berada di bawah MBI.
Jawatan terakhir Faekah dalam pentadbiran Abdul Khalid di Selangor adalah CEO MBI
Mesyuarat exco yang dipengerusikan Khalid bertindak demikian di hari terakhir beliau memegang jawatan MB sebelum diganti oleh Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Menurut kenyataan rasmi MBI ketika itu, tindakan menamatkan khidmat Anwar diambil setelah pelantikan beliau menimbulkan pelbagai tafsiran negatif kepada kerajaan negeri pimpinan Khalid selain untuk menjimatkan kos dan mengelak pertindihan kerja.

Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 setelah ibu pejabat PKR merasakan Khalid meminggirkan parti dalam keputusan-keputusan penting kerajaan negeri yang membabitkan kebajikan rakyat.-3/10/2014

1 comment:

Anonymous said...

Nak tanya saja. Bila agaknya Anwar boleh bagi nasehat kepada MB mengenai ekonomi sedangkan dia sibuk ke sana sini, keluar negara dan menghadiri mahkamah menjawab kesnya??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive