KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terkejut dan tidak menyangka Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sanggup mengeluarkan kenyataan fitnah menyerang peribadinya.
Enggan menjawab dakwaan Hasan, Azmin sebaliknya menganggap Hasan telah merendahkan martabat dirinya sendiri apabila gagal menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan pengubahsuaian pejabat sehingga mencecah RM300,000.
Malah, Hasan bertindak menyuburkan budaya fitnah apabila mencabar Azmin menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 sedangkan gajinya ketika itu hanya RM2,000 saja.
“Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya apabila menunjukkan respon negatif terhadap persoalan yang saya bangkitkan minggu lalu,” katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini hari ini.
Hasan semalam mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an, memetik kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S A Vickneswaran sebelum ini .
Namun Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, dakwaannya itu berdasarkan fakta dan angka daripada laporan audit.
Sedangkan katanya Hasan tidak menjawab soalan beliau, malah tidak menafikannya dan turut mengheret beberapa Adun lain mendakwa mereka juga melakukan perkara yang sama.
“Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangkan Hasan Ali?
“Dia tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu,” katanya yang menganggap isu saham itu satu fitnah lama yang timbul sejak dulu lagi.
Ubah suai pejabat
Katanya, isu ubah suai pejabat itu sudah lama dibangkitkannya sejak dua tahun lalu namun apabila beliau memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau dihalang kerana Abdul Khalid memutuskan untuk menyiasat dakwaan ini melalui pemeriksaan audit.
“Menteri Besar kata tak perlu bangkit dalam Dewan dan dia nak maklumat tu diaudit dan siasat dakwaan ini, jadi audit ambil masa untuk siasat dan kemudiannya membawa isu ini untuk perhatian exco.
“Tetapi bila Menteri Besar nak bentangkan laporan audit, Hasan Ali keluar dan tidak pertahankan jawatannya,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang wajar diambil terhadap Hasan kerana mengubah suai pejabat, Azmin berkata perkara itu diluar bidang kuasanya dan menyerahkan kepada Abdul Khalid dan Exco Selangor lain putuskan.
1 comment:
Says kenal hasssan Ali ni mulai tahun 1980an sebagai motivator Islam pada pegawai kerajaan. Respek habis. Tahun 2005 dia sponsor saya dlm business MLM Rx water. Lepas taja Hassan Ali hilang tanpa hubungi says. Saya terkial meneruskan danbina rangkaian niaga secara sendiri tanpa bimbingan darnya. Dia tak hayati budaya mlm. Bila dia di pecat dark PAS dan cara dia bertindak dgn dirinya dipergunakan media umno haprak tepat sekali PHDnya memanglah bermaksud penuh Hasad Dengki.
Post a Comment