17 August 2014

Azmin 'Terkejut' Dinamakan Calon MB Oleh PAS

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 2:28 PM

MARTIN CARVALHO

Azmin (kiri) bersama Khalid.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali terkejut apabila PAS menamakan beliau sebagai calon kedua untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang mengalami krisis politik dan kepimpinan.

Azmin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, berkata pencalonannya yang disifatkannya sebagai satu kejutan, akan dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), Ahad.

"Bagi saya, apa yang lebih penting ialah PAS telah menunjukkan bahawa ia masih komited ke arah Pakatan dan berhasrat untuk bergerak ke hadapan dengan perjuangan bersama kita pada masa akan datang," katanya kepada The Star.

Azmin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PAS Pusat, khususnya presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong keputusan parti.

Katanya beliau akan mengulas lanjut mengenai perkara itu selepas majlis pimpinan tertinggi PR mengadakan mesyuarat.

PKR telah bersetuju untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Khalid dengan PAS dan DAP menyatakan pendirian masing-masing ini melalui kenyataan akhbar sebelum ini.

Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS kedua-duanya menolak Dr Wan Azizah sebagai calon.

Pada Khamis, Dr Wan Azizah mendakwa beliau harus menjadi MB Selangor selepas berjaya meraih sokongan 29 daripada 56 wakil rakyat PR.

Dua daripada mereka adalah dari PAS, manakala semua 15 wakil rakyat DAP dan 13 wakil rakyat PKR termasuk Azmin turut menyatakan sokongan terhadap Dr wan Azizah.

Pada Selasa, Khalid memecat enam Exco PKR dan DAP dan mengekalkan empat exco PAS untuk membantu beliau mentadbir  negeri ini.

2 comments:

Anonymous said...

Untuk kebaikkan PKR kali ini , diminta YB Azmin tarik diri dari pencalonan. Keadaan dalaman akan bertambah jernih , sebab kita telah menyingkir musuh dalaman sebenar selama ini . Harap YB Azmin membuat tindakkan yang betul . Tahniah .... PAS , PKR & DAP telah mencapai konsesus yang amat bermakna untuk rakyat Selangor dan M'sia amnya.

Anonymous said...

ha ha ha bolek terkezut????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive