Showing posts with label MB SEL. Show all posts
Showing posts with label MB SEL. Show all posts

25 October 2014

Timbalan Ketua AMK Cabang Kota Bharu Desak PKR Ambil Tindakan Terhadap Azmin


Chikgu Bard
(Astro Awani) – Susulan pendedahan yang dibuat ahli PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrin (Che Gu Bard), Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Bharu, Mohd Afiq Ayob membuat desakan supaya partinya mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, PKR juga didesak mengambil tindakan terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang menanda tangani akuan bersumpah menyokong Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
“Berdasarkan bukti yang dikatakan oleh Che Gu Bard, PKR perlu mengambil tindakan terhadap Azmin dan tiga Adun PKR yang menyokong beliau.

18 October 2014

Azmin nafi ada perjanjian lantikan MB ..


  • Azmin AliAzmin Ali
 1 / 1 
KLANG - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya perjanjian bersyarat antara beliau dan PKR berhubung pelantikannya.

Beliau dalam pada itu menegaskan, pelantikannya sebagai menteri besar adalah keputusan parti.

“Tak adalah. Itu keputusan parti,” katanya selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.

01 October 2014

Politik dendam: Bantuan di kawasan Khalid dibekukan

1 OKT : Jika benar dakwaan Pegawai Khas Adun Pelabuhan Klang Faekah Hussin bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Mohamad Azmin Ali membekukan bantuan kepada kawasan diwakili Tan Sri Abdul Khali Ibrahim, ianya tentu ‘politik dendam’.
Faekah mendakwa Menteri Besar baru itu mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.
“Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
“YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri,” kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.
Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai “tindakan keras dan politik dendam” kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

29 September 2014

Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?

Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?
PERMATANG PAUH - Dendam politik Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ternyata tidak berkesudahan apabila beliau mengarahkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan berkenaan.
Ketika menyampaikan ceramah di sini, malam tadi, Anwar juga mengambil kesempatan mendedahkan satu persatu kesalahan yang didakwa dilakukan bekas Menteri Besar Selangor itu.
"Pada hari terakhir, beliau sempat memecat saya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun elaun yang layak diterima untuk jawatan berkenaan tidak dibayar sedangkan saya bekerja dan pergi ke luar negara untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Selangor," katanya.

25 September 2014

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama
Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahan lama di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.
Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.

24 September 2014

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin
SHAH ALAM – “Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat."
Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.
“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.

02 August 2014

PAKATAN CARI CALON ALTERNATIF MB SELANGOR GANTI KHALID, DEDAH SUMBER

pakatanleaders-tmi_540_361_100
Pakatan Rakyat (PR) sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor, dedah seorang pemimpin tertinggi, satu langkah dilihat untuk memuaskan hati semua pihak.
Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.
“Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira.
Mata tertumpu kepada Adun Melayu-Islam PKR Selangor yang dilihat rapat dengan Anwar.
Bagaimanapun sumber mendedahkan, Anwar yang juga ketua umum PKR tidak dapat menerima calon alternatif untuk jawatan menteri besar Selangor kerana masih memegang keputusan majlis pimpinan tertinggi parti untuk menggantikan Khalid dengan isterinya, Dr Wan Azizah.
“Namun, ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu dia haruslah daripada PKR, diterima Khalid dan juga Pakatan,” kata sumber itu lagi.
Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan jika Khalid digantikan, ia mestilah daripada PKR dan bukan PAS.
Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.
Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.
Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.
PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya.
Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta semua parti politik menyatakan pendirian mereka sama ada wanita boleh dilantik sebagai menteri besar sebelum bercakap tentang menggantikan ketua eksekutif Selangor. - TMI

27 July 2014

Anwar pertahan keputusan tukar Khalid...Guan Eng bimbang Pakatan Rakyat retak

Sejak Jumaat bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bersuara menentang keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail ganti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,semua orang menunggu nak dengar apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cakap.

Tunggu punya tunggu twitternya sepi..begitu juga blog rasminya.

Yang bersuara mempertikaikan kenyataan Haji Hadi cuma dua orang kepercayaan Anwar yakni Rafizi Ramli dan kemudian Saifuddin Nasution.

Kemudian awal pagi Ahad....mereka mendapat kejutan selanjutnya bila Datuk Nik Aziz Nik Mat pula bersuara mendokong penuh kenyataan Haji Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar.

Senarionya nampak cukup berserabut dalam Pakatan Rakyat menghadapi suasana yang cacamarba ini hinggakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat boleh retak.

25 July 2014

MB Selangor: Muktamad...PAS umum sokong Abdul Khalid


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.


Bernama melaporkan Abdul Hadi berkata hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

24 July 2014

Khalid cabar Adun Selangor kemuka undi tidak percaya

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas sebarang usaha menggantikan beliau perlu dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2014. 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) jika mahu beliau berundur.
Menteri besar Selangor itu ketika ini berdepan kemungkinan disingkir, bagaimanapun bertegas ia mesti dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri.
"Memang boleh, saya rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau Adun secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan," kata Khalid semas ditemui di Kajang hari ini.

80% pilih Abdul Khalid kekal jawatan MB

Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu berkenaan jawatan Menteri Besar.
Melalui satu ‘polling’ yang mula dilakukan sejak semalam di poll.pollcode.com, Abdul Khalid terus mendahului dengan peratusan yang tinggi.
polltskiSetakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Dengan ‘caption’ Suara Rakyat Selangor, undian itu turut meletakkan tiga pilihan lain iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali dan pilihan terakhir iaitu semua DUN dibubarkan.
Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11%), Azmin 75 (2%) sementara 241 lagi (7%) memilih untuk DUN Selangor dibubarkan.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR memutuskan memilih Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk melengkapkan ‘Langkah Kajang’ bagi menggantikan Abdul Khalid, pada 21 Julai lalu.

15 July 2014

Exco PAS Selangor Tampil Bela Khalid Ibrahim





Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 2:00 PM

PETALING JAYA: Saat sukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang diserang dengan pelbagai tekanan daripada partinya sendiri terubat apabila seorang exco PAS Selangor tampil membela Menteri Besar berkenaan.
Lantang mengkritik tindakan terancang untuk menggulingkan Abdul Khalid, Exco Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu, Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor kini dihimpit virus dengki dan iri hati.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Ahmad Yunus turut menegur sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang mula membelakangkan agenda pembangunan negeri demi cita-cita politik individu.
"Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati? Adakah tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah?

Azmin bakal MB Selangor menggantikan Khalid?

PAS, DAP setuju Azmin, tunggu 'green light' Anwar
PAS, DAP setuju Azmin, tunggu 'green light' Anwar - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Teka-teki status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali untuk 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat pada Isnin.

Bagaimanapun, keputusan akhir dijangka diputuskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut sumber, nama Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga hampir pasti digugurkan dari senarai calon Menteri Besar selepas PAS tidak memberi sokongan terhadap Menteri Besar wanita.

"PAS tidak setuju MB wanita, PAS mahu Azmin...DAP pula setuju Azmin, tetapi hormat dan tunggu keputusan Anwar...bagaimanapun Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan akhir sebelum raya.

"Perlantikan akan dibuat selepas hari raya seperti yang dimaklum sebelum ini," katanya.

Pada Isnin, ada portal menyiarkan situasi semasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahannya kini.

PR ketika ini juga dikatakan sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk ADUN dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Anwar pula dilaporkan berkataPR tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Abdul Khalid
selain menyifatkan perbincangan untuk menyingkirkan Menteri Besar itu dilakukan secara dalaman dan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum initurut menafikan mempelawa Abdul Khaliduntuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya tidak berasas sama sekali.

11 July 2014

MB Khalid bakal tinggalkan PKR sertai Umno?

 | July 11, 2014
Spekulasi bahawa Khalid Ibrahim akan meninggalkan PKR tidak seharusnya timbul kerana beliau hadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Selangor
najib_tweet_khalid_300PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini berikutan kehadiran Khalid semalam di majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anjuran Umno Selangor.
“Pada saya itu perkara biasa dan tidak perlu timbul dakwaan seperti ini. Kita tidak boleh berfikir yang dia akan keluar parti hanya kerana beliau menghadiri majlis anjuran Umno.
“Mungkin Khalid telah mendapat jemputan daripada Najib untuk bersama-sama menghadiri majlis itu,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Kasihan Khalid diperlakukan sebegitu rupa – Tok Ki

Paling tidak diduga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi trauma politik getir di bulan Ramadan yang mulia ini daripada orang partinya sendiri - bulan puasa yang mendidik warga umat termasuk orang politik mengekang nafsu politik melampau.
Apabila Khalid difitnah meletakkan jawatan sebagai menteri besar (MB) Selangor yang kemudian dinafikan oleh beliau sendiri, membayangkan betapa keserakahan nafsu politik untuk berkuasa sesetengah pihak amat kuat sekali.
Rupa-rupanya Kajang Move yang meletakkan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon yang menang tidak habis di situ saja. Ia dikatakan bakal menjadi MB menggantikan Khalid. Ia berlanjutan dengan pemilihan di peringkat cabang yang menyebabkan penentangan terhadap Khalid memuncak dan kekecohan terjadi.
Kekalahan Khalid di Cabang PKR Kuala Selangor meningkatkan nafsu amarah politik lawannya untuk berkuasa.
Pelik juga sesetengah kepimpinan utama PKR yang pernah mendapat tarbiyah Islam boleh membenarkan ini berlaku sedangkan mereka ada kuasa menghentikan teladan buruk di bulan Ramadan.

10 July 2014

'Langkah 28' Komplot Gulingkan Khalid


Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 4:00 AM


PETALING JAYA: Komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memasuki fasa terbaharu apabila wujud usaha untuk meraih sokongan majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) bagi mendapat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, usaha itu kini berhadapan cabaran apabila ada dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan enggan bersubahat dalam gerakan itu.

Strategi yang dikenali sebagai 'Langkah 28' itu dikatakan dilancar bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 28 daripada 31 ahli BBC yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

07 July 2014

‘Musuh’ Khalid Ibrahim guna media desak berundur

Musuh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini guna media mendesak beliau melepaskan jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider.


Musuh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat mula menggunakan nama ‘media’ bagi mendesak beliau melepaskan jawatan berkenaan.
Khalid juga terus menerima tekanan dari dalam PKR sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar.
Musuh beliau sejak malam tadi mula mengedarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu atas nama media yang menyatakan beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan.

06 July 2014

MB Selangor: Gelandangan perlu bantuan, bukan diusir

gelandangan
KUALA LUMPUR 6 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.

Katanya, bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya disekat, sebaliknya kerajaan perlu mengaturkan cara terbaik supaya pemberian itu dapat disalurkan secara tertib dan betul.
“Ada baiknya bulan Ramadan ini kita mencari jalan untuk menolong orang yang memerlukan. Kita tidak boleh menghalau orang miskin yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab negeri dan negara.

04 July 2014

Hadi Nafi Terbabit Komplot Singkir Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 11:20 AM

Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan akan diambil alih oleh Dr Wan Azizah (kanan) selepas sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor.
Tegas Abdul Hadi, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawatnya baru-baru ini.
Penafian itu disampaikan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive