07 July 2014

‘Musuh’ Khalid Ibrahim guna media desak berundur

Musuh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini guna media mendesak beliau melepaskan jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider.


Musuh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat mula menggunakan nama ‘media’ bagi mendesak beliau melepaskan jawatan berkenaan.
Khalid juga terus menerima tekanan dari dalam PKR sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar.
Musuh beliau sejak malam tadi mula mengedarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu atas nama media yang menyatakan beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan.
SMS itu tertulis:”Latest dari sumber media: Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mengadap ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 9 pagi esok 7 Julai 2014 bagi menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Sidang media khas menyusul selepas itu.”
Mesej palsu berkenaan mula tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh ahli PKR di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Khalid itu.
Susulan penyebaran mesej tersebut, petugas media mula menanti di istana sejak awal pagi menunggu Khalid.
Media melaporkan, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor bagaimanapun menafikan maklumat berkenaan.
Khalid sejak beberapa bulan lalu menerima tekanan untuk melepaskan jawatan sebagai menteri besar dari dalam PKR sendiri.
Malah, ‘Langkah Kajang’ yang dipelopori Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menggugurkan Khalid turut dilihat gagal.
Beberapa pemimpin PKR seperti Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mendesak Khalid melepaskan jawatan secara terbuka ekoran kekalahan di kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor yang disandangnya sebelum ini. – 7 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/musuh-khalid-ibrahim-guna-media-desak-berundur#sthash.WA2KjK5X.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive