Showing posts with label gelandangan. Show all posts
Showing posts with label gelandangan. Show all posts

10 July 2014

Tempat khas gelandangan siap 6 bulan lagi - Najib


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Ia tidak patut lama...dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti Dapur Jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini, malam tadi.

Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.

"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya. 

Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

08 July 2014

Ketua Menteri P Pinang sumbang RM20,000 kepada ‘soup kitchen’ The Lighthouse



lge nangis
GEORGE TOWN, 8 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada pusat sehenti The Lighthouse di sini bagi membantu pusat itu meneruskan program mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.
Beliau berkata, sumbangan daripada peruntukan Ketua Menteri itu diberikan selepas tersentuh melihat kesungguhan The Lighthouse yang dikendali NGO Penang Office for Human Development (POHD), serta keadaan golongan gelandangan di sana.
“Memberi makan adalah perbuatan yang sangat mulia. Saya sangat tersentuh dengan ‘soup kitchen’ di sini dan tempat lain, sama ada yang dikendalikan pertubuhan Katolik, Muslim, atau Hindu yang membantu memberi makan kepada golongan yang tidak mampu.

07 July 2014

Pemuda PAS sahur dengan gelandangan

Pemuda PAS Malaysia (PPM) meluangkan masa mengedarkan dan bersahur bersama gelandangan dan musafir di sekitar stesen bas Pudu Sentral demi menyelami realiti dan keperitan kehidupan kumpulan itu di ibu kota.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat bersama timbalannya Khalid Abdul Hadi dan beberapa exconya mengagihkan 100 bungkus nasi dan minuman kepada kumpulan tersebut di sekitar stesen bas itu kira-kira jam 4.30 pagi ini.

Suhaizan berkata inisiatif mereka itu mendapat sambutan meriah apabila kumpulan itu berpusu-pusu menerima juadah yang dihulurkan malah bersila bersama pimpinan Pemuda bagi menikmati juadah itu.

"Tidak sampai sejam, nasi bungkus habis diedarkan dan kami merasa puas berkhidmat dan berbakti kepada warga kota.
"Sedikit pengalaman ini cukup buat kami merasai denyut nadi masyarakat bahawa ada segelintir mereka yang benar-benar tersepit dalam arus kemodenan dan kos hidup yang terlalu tinggi sehingga hanya mampu menjadikan perhentian bas, bawah jambatan, bangunan, lorong gelap sebagai kediaman mereka.

"Sebahagiannya pula hidup di tengah malam dengan melakukan pelbagai pekerjaan tetap atau sampingan bagi menampung keperluan keluarga," kata Suhaizan dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata Suhaizan, ramai gelandangan yang miskin berada di tengah kota dan mereka bakal dihalau atau didenda jika cadangan kerajaan menjadi kenyataan.- Malaysiakini
                       SELAMAT BERBUKA

06 July 2014

MB Selangor: Gelandangan perlu bantuan, bukan diusir

gelandangan
KUALA LUMPUR 6 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.

Katanya, bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya disekat, sebaliknya kerajaan perlu mengaturkan cara terbaik supaya pemberian itu dapat disalurkan secara tertib dan betul.
“Ada baiknya bulan Ramadan ini kita mencari jalan untuk menolong orang yang memerlukan. Kita tidak boleh menghalau orang miskin yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab negeri dan negara.

Tengku Adnan Mansor kurang memahami penderitaan gelandangan apabila sudah terlalu selesa dengan kemewahan hidupnya sendiri


Tengku Adnan Mansor kurang memahami penderitaan gelandangan apabila sudah terlalu selesa dengan kemewahan hidupnya sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,  5 Julai, 2014.
Tengku Adnan Mansor kurang memahami penderitaan gelandangan apabila sudah terlalu selesa dengan kemewahan hidupnya sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2014.
Pagar rumahnya dihiasi dengan beberapa poster mega Barisan Nasional atau pemimpin negara. Rumahnya paling kurang setinggi tiga tingkat, dengan harga dalam lingkungan RM10 juta.
Ku Nan dan ahli keluarganya memiliki segala-galanya. Makanan terbaik. Penginapan terbaik. Pakaian terbaik. Kereta terbaik. Pesawat udara terbaik. Destinasi percutian terbaik. Pembantu orang tempatan. Pemandu. Pengawal peribadi. Tukang kebun.

05 July 2014

Nurul Izzah Teresa Kok bersama Soup Kitchen edarkan makanan, pakaian pada gelandangan


Pic: Faisol MustafaPic: Faisol MustafaKUALA LUMPUR: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, itu jelas ditunjukkan oleh persatuan badan bukan kerajaan (NGO) dari Pertubuhan Wanita Islam (PERTIWI) semalam.
Pertiwi membantu mereka dari golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur yang kurang bernasib baik.
Antara bantuan yang dihulurkan berupa makanan dari Pertiwi Soup Kitchen, bantuan pakaian terpakai serta perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dari Pertiwi Health Services.
Hampir 80 peratus golongan gelandangan dan warga miskin di Ibu kota di sini dari kalangan rakyat Malaysia.
Sementara 20 peratus yang lain mereka yang dari luar negara seperti warga Indonesia, Bangladesh dan Filipina.Pic: Faisol MustafaPic: Faisol Mustafa
Ini dibuktikan apabila mereka diminta untuk menunjukkan kad pengenalan diri yang sah ketika ingin membuat pemeriksaan kesihatan.
Sementara itu, bagi menunjukkan sokongan padu kepada Pertiwi atas usaha mulia dari pihak mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Pantai , YB Nurul Izzah Ibrahim turut serta turun padang bagi membantu mereka yang memerlukan.
Nurul Izzah menghulurkan bantuan makanan kepada mereka yang serba kekurangan berhampiran Tune Hotel di Ibu Kota malam tadi.
Bercakap mengenai kata-kata yang dilemparkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyifatkan pemberi dan penerima sedekah bakal dikenakan hukuman denda sebanyak RM150.00, ini pendapat Nurul Izzah.
Beberapa ahli parlimen DAP serta PKR turun padang/Pic: Faisol MustafaBeberapa ahli parlimen DAP serta PKR turun padang/Pic: Faisol Mustafa‘’Saya rasa Tengku Adnan tidak menghayati erti pemberian sedekah yang sebenarnya, masih ramai warga kita sendiri yang masih merempat dan memerlukan bantuan daripada kita’’, tambah beliau.
Hadir sama, YB Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen DAP.
Teresa yang hadir dengan berpakaian sederhana malam tadi berkata, program dan bantuan seperti ini harus diteruskan bagi membantu mereka yang mengalami kesempitan hidup akibat dari peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat.
Beliau turut melontarkan kata-kata agar Tengku Adnan dapat memikirkan semula akan apa yang diperkatakannya itu.
Pertiwi akan membantu warga kota yang miskin pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada jam 9.30 malam sehingga 11.30 malam.

DAP sediakan peguam bantu pengemis, penderma jika ditahan DBKL

Nurul Izzah dan Teresa Kok menyertai dapur jalanan Pertiwi mengedarkan makanan kepada gelandangan si Chow Kit, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2014.
Nurul Izzah dan Teresa Kok menyertai dapur jalanan Pertiwi mengedarkan makanan kepada gelandangan si Chow Kit, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2014. 
DAP bersiap sedia menyediakan sepasukan peguam bagi membantu pengemis dan pemberi derma sekiranya mereka ditahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Lim yang ditemui ketika mengedarkan makanan bagi warga miskin kota di lokasi "Soup Kitchen" di ibu negara malam tadi bagaimanapun berkata, DAP masih lagi belum menetapkan jumlah anggota pasukan guaman tersebut.
"Kami ada sepasukan peguam yang disediakan DAP bagi penderma dan pengemis yang didenda, namun jumlah ahli pasukan peguam itu masih lagi belum ditentukan," kata Lim kepada pemberita.

04 July 2014

Isu gelandangan/Dapur Jalanan di KL ....Datuk Abdul Rahman Dahlan pun tak setuju dengan menteri sekoq ni ...


Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan pelaksanaan tidak membenarkan pemberian bantuan kepada gelandangan di Bukit Bintang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aktiviti gelandangan adalah sesuatu yang normal berlaku di bandar besar.

"Kita perlu pertimbangkan mengenai nasib gelandangan ini berbanding kebersihan, bagi saya, selagi mereka tidak melakukan jenayah besar, kita lebih harus prihatin terhadap mereka," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan berbuka puasa dengan kakitangan kementeriannya hari ini.

Akhbar melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan menetapkan bahawa aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan tidak boleh dilakukan dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan, yang dijangka bermula dua minggu lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive