Showing posts with label Dapur Jalanan. Show all posts
Showing posts with label Dapur Jalanan. Show all posts

09 August 2014

Tengku Adnan buat U Turn - Tiada lagi larangan, dapur jalanan dapat lampu hijau, kata menteri

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka, mereka akan dipantau dari segi kebersihan. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka, mereka akan dipantau dari segi kebersihan. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014. 
Dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka memberi makanan kepada gelandangan selepas Putrajaya membuat keputusan membatalkan larangan yang sepatutnya berkuatkuasa 16 Ogos itu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun mereka dibenarkan terus beroperasi, mereka akan dipantau dari segi kebersihan.
"Kita mengenalpasti beberapa lokasi sesuai untuk badan bukan kerajaan (NGO) itu beroperasi berdasarkan pemerhatian kita. Mereka yang tidak mahu berpindah boleh teruskan, tetapi kami akan pantau aspek kebersihan mereka," katanya pada satu majlis sambutan Hari Raya di Kuala Lumpur.
Tengku Adnan sebelum ini meletakkan tarikh 16 Ogos bagi dapur jalanan berpindah operasi mereka ke luar lingkungan 2 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, kerana khidmat mereka menggalakkan gelandangan dan memberi imej buruk terhadap imej ibu negara. – 9 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-lagi-larangan-dapur-jalanan-dapat-lampu-hijau-kata-menteri#sthash.c33G9aVZ.dpuf

12 July 2014

Pengasas dapur jalanan menang Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali

Mastura Mohd Rashid (kanan) bersama Penolong Pengurus Projek Nasi Lemak, Nurul Najihah. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Julai, 2014. -
OLEH QUEK YIING HUEY
Published: 11 July 2014
Siswazah berusia 24 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mastura Mohd Rashid menerima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur atas usaha beliau memberi makan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Pada 2012, beliau menubuhkan Projek Nasi Lemak, dapur jalanan ​​yang mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Brickfields, Ampang dan kawasan Chow Kit pada hari Jumaat.
"Saya tidak pernah tahu tentang anugerah ini sehinggalah pencalonan saya pada bulan April tahun ini," Mastura memberitahu The Malaysian Insider.

08 July 2014

Ketua Menteri P Pinang sumbang RM20,000 kepada ‘soup kitchen’ The Lighthouse



lge nangis
GEORGE TOWN, 8 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada pusat sehenti The Lighthouse di sini bagi membantu pusat itu meneruskan program mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.
Beliau berkata, sumbangan daripada peruntukan Ketua Menteri itu diberikan selepas tersentuh melihat kesungguhan The Lighthouse yang dikendali NGO Penang Office for Human Development (POHD), serta keadaan golongan gelandangan di sana.
“Memberi makan adalah perbuatan yang sangat mulia. Saya sangat tersentuh dengan ‘soup kitchen’ di sini dan tempat lain, sama ada yang dikendalikan pertubuhan Katolik, Muslim, atau Hindu yang membantu memberi makan kepada golongan yang tidak mampu.

Puan Rohani aai, pelancong tu bukan lapaq sangat, tapi depa nak tolong Soup Kitchen ...

Soup kitchen volunteer: Tourists help out, not take free food

A volunteer giving out food to the homeless in Kuala Lumpur. AFP
A volunteer giving out food to the homeless in Kuala Lumpur. AFP
KUALA LUMPUR: Seasoned volunteers are rebutting the claim that tourists were taking advantage of the food provided by soup kitchens at the city's tourist district.

"Yes, some might end up in soup kitchen lines unwittingly," said Zuhri Yuhyi, a volunteer with the Pertiwi Soup Kitchen for three years.

However, he said, such occasions were rare.

And when the tourists realised what the queue was for, some of them even happily volunteered, he revealed.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Rohani Abdul Karim on Monday claimed that tourists were sneaking into the food queues, thus defeating the purpose of soup kitchens.

Dapur jalanan turun seperti biasa, pegawai DBKL tidak kelihatan


Walaupun diancam akan dikenakan tindakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dapur jalanan tetap berdegil dan terus memberi makanan kepada gelandangan di pusat bandar raya.
Pegawai penguatkuasa DBKL tidak kelihatan di mana-mana lokasi pengagihan makanan pada malam tadi.
Ahli pengasas Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi) dapur jalanan, Munirah Abdul Hamid berkata pegawai DBKL tidak hadir ketika mereka mengadakan rondaan mengedar makanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Kotaraya.
“Biar mereka datang. Kita tidak berhenti,” kata Munirah ketika ditemui malam tadi.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikritik teruk selepas beliau melarang aktiviti memberi makanan kepada gelandangan dalam lingkungan radius 2km dari pusat beli-belah Lot 10 di kawasan Bukit Bintang.
Minggu lalu, beliau memberi amaran DBKL akan menyaman mereka yang terus memberi makanan kepada gelandangan.

07 July 2014

Dapur jalanan bukan sekadar beri makan kepada gelandangan, kata pengasas

Dapur jalanan bukan sekadar beri makanan, kata pengasasnya Munirah Abdul Hamid ketika ditemubual di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2014.




Dapur jalanan bukan sekadar beri makanan, kata pengasasnya Munirah Abdul Hamid ketika ditemubual di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2014

Empat hari seminggu, Munirah Abdul Hamid, seorang nenek berusia 64 tahun akan turun ke jalanan untuk memberi makan dan menjaga kira-kira 800 gelandangan serta kutu rayau.
Beliau mendapat idea ini daripada seorang rakannya yang sakit tenat tujuh tahun lalu.
"Rakan saya ini mengidap kanser semasa dia suruh saya mulakan soup kitchen atau dapur jalanan. Pada April  2009, dia suruh saya lakukannya secepat mungkin tetapi beliau meninggal dunia seminggu kemudian,"  kata pengasas Soup Kitchen, Pertiwi (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) kepada The  Malaysian Insider.
"Kami mengambil masa bertahun-tahun untuk merancang dan melaksanakannya. Ia perlukan sedikit  masa untuk lakukannya dan memastikan ia kekal,” katanya.
Munirah berkata, cabaran yang dihadapi mereka adalah memastikan ia kekal dan mempunyai peruntukan untuk menjayakannya.

06 July 2014

Dapur Jalanan tak tunduk, sedia pasukan peguam hadapi saman DBKL


Oleh: NAZLI IBRAHIM
KUALA LUMPUR, 6 JUL: Organisasi amal, Dapur Jalanan tetap meneruskan aktiviti memberi makanan kepada golongan miskin tegar bandar walapun berhadapan risiko disaman penguatkuasa seperti yang mahu dikuatkuasakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, baru-baru ini.
Ahli Dapur Jalanan merangkap jurucakap bagi salah satu kumpulan yang menjalankan aktiviti itu, Wong Kar Fai, berkata hal itu berikutan golongan miskin tegar bandar memerlukan pembelaan sewajarnya.
20140706_004126“Seharusnya, ini tanggungjawab kerajaan tetapi mereka tak buat dan bila orang lain nak buat mereka halang pula,” katanya ketika ditemui Selangor Kini selpas mengagihkan makanan sekitar Jalan Panggung, Pasar Seni, Medan Pasar dan Lebuh Ampang, di sini, malam tadi.
Katanya, sebelum ini kerajaan dijangka meminda Akta Papa 1977 dalam persidangan parlimen sesi Jun-Julai, baru-baru ini bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih keras diambil terhadap golongan miskin tegar bandar yang tidak berumah.
Bagaimanapun, pindaan itu tidak berlaku, sebaliknya kerajaan terus membuat persediaan seperti mengadakan pelbagai operasi menangkap golongan tidak berumah sebelum pindaan akta itu dilaksanakan.
“Kami tak tahu apa pindaan yang akan dibuat dan bila, tetapi yang pastinya kerajaan dah buat persediaan awal dengan mengadakan pelbagai operasi seperti Operasi Kasih, Operasi Cantas dan Operasi Bersepadu membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia serta polis.
20140706_010436“Kami cadangkan, Tengku Adnan turun tanya apa masalah golongan ini, apa mereka mahukan bagi mencari penyelesaian total, bukannya menyembunyikan kewujudan mereka daripada mata masyarakat dengan mengurung mereka.
“Antara keperluan utama yang harus disediakan kerajaan seperti peluang pekerjaan yang lebih baik, tempat tinggal dan tempat menyimpan beg,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan golongan miskin tegar bandar terbabit mempunyai pekerjaan tetapi diberikan upah yang rendah sekitar RM10 hingga RM20 sehari, sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu menyewa rumah sebagai kediaman masing-masing.
-NFN-

NASI PANGGUNG MALAM KELMARIN - TT


NASI 

PANGGUNG

MALAM

 KELMARIN

ustaz cool
beri taklimat


memang hebat
memang gempaq
memang cool


punya banyak minah cun datang
sampaikan
tak cukup sim card
nak ambil number
balak kacak dan bergaya pun ada sama
muka muka gagalis
kelihatan di mana mana


lebih dari 100 anak muda
anak semua bangsa
bersetia kawan
dengan warga msikin kota

04 July 2014

Isu gelandangan/Dapur Jalanan di KL ....Datuk Abdul Rahman Dahlan pun tak setuju dengan menteri sekoq ni ...


Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan pelaksanaan tidak membenarkan pemberian bantuan kepada gelandangan di Bukit Bintang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aktiviti gelandangan adalah sesuatu yang normal berlaku di bandar besar.

"Kita perlu pertimbangkan mengenai nasib gelandangan ini berbanding kebersihan, bagi saya, selagi mereka tidak melakukan jenayah besar, kita lebih harus prihatin terhadap mereka," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan berbuka puasa dengan kakitangan kementeriannya hari ini.

Akhbar melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan menetapkan bahawa aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan tidak boleh dilakukan dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan, yang dijangka bermula dua minggu lagi.

Dapur Jalanan boleh jadi tarikan pelancong


PAS menyarankan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu aktiviti kumpulan dapur umum memberi makanan percuma kepada kumpulan gelandangan dan miskin di ibu negara.

Dalam kenyataannya, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika kena gayanya melalui bantuan DBKL membersihkan kawasan aktiviti 'Dapur Jalanan', kemungkinan ia boleh menjadi tarikan pelancong.

"Jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan-kawasan yang digunakan oleh Soup Kitchen selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka, sepertimana servis yang diberikan kepada kawasan-kawasan pasar dan pasar malam sekitar ibu kota.

Tutup Rumah Urut, Rumah Ayam...Bukan 'Soup Kitchen'




MICHELLE TAM

PETALING JAYA: Pengguna laman sosial rata-ratanya kurang senang dengan langkah menghentikan program amal Soup Kitchen di kawasan Bukit Bintang.

Kejam dan tidak berperikemanusiaan, demikian mereka memberi pandangan terhadap cadangan untuk menyekat pemberian makanan percuma kepada golongan gelandangan.

Reaksi sebegini muncul selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program amal Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2 km daripada pusat bandar.

03 July 2014

Kerajaan tak layak tentukan tempat kami bersedekah, kata Dapur Jalanan

"
Sukarelawan Dapur Jalanan KL menyediakan makan untuk warga kota tak berumah di Jalan Panggung pada 30 Mac. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Sukarelawan Dapur Jalanan KL menyediakan makan untuk warga kota tak berumah di Jalan Panggung pada 30 Mac. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. - 

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur, sebuah organisasi yang memberikan makanan percuma kepada golongan tak berumah di sekitar ibu kota setiap hujung minggu, akan tetap meneruskan aktiviti mereka walaupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran untuk mengenakan tindakan saman kepada organisasi seperti mereka.
Dapur Jalanan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak berhak untuk menetapkan jarak tertentu untuk aktiviti amal berkenaan kerana setiap aktiviti yang dijalankan mereka ‎bukan hasil daripada dana kerajaan.
"Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini
‎Baik kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahu pun DBKL maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami bersedekah."
Kumpulan itu turut memaklumkan aktiviti Dapur Jalanan pada Ramadan akan diadakan pada 10 malam, setiap Sabtu.

Aktiviti kongsi makanan diteruskan – Dapur Jalanan KL

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah.
Pada bulan Ramadan ini aktiviti berkongsi makanan kami dijalankan jam 10 malam setiap hari Sabtu. Kami menjemput semua untuk menyertai aktiviti kami.
Seperti kenyataan kami semalam, kami turut menjemput Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor untuk turun sendiri melihat keadaan sebenar golongan miskin kota dan warga tak berumah.
Sebagai warga yang bertanggungjawab kami senantiasa memastikan tahap kebersihan yang tinggi sewaktu dan selepas aktiviti kami.
Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar-benar menjejaskan imej bandaraya Kuala Lumpur.
Dapur Jalanan Kuala Lumpur juga berpendirian bahawa Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL tidak berhak menetapkan jarak atau kawasan manakah yang dibenarkan bagi mana-mana organisasi untuk memberikan makanan percuma kerana aktiviti kami tidak menggunakan dana daripada kementerian mahupun DBKL.
Maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami menjalankan aktiviti kami. – 3 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/aktiviti-kongsi-makanan-diteruskan-dapur-jalanan-kl?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.R4DcUnM7.dpuf




Arah ‘soup kitchen’ pindah, Ku Nan manusia tak perikemanusiaan


Bulan Ramadhan mengajar kita untuk bersyukur, serta mengingatkan kita terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik. Amalan bersedekah serta memberikan makanan kepada orang yang berpuasa amat digalakkan. “Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun ,” (Hadith Riwayat Tirmidzi).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive