09 August 2014

Tengku Adnan buat U Turn - Tiada lagi larangan, dapur jalanan dapat lampu hijau, kata menteri

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka, mereka akan dipantau dari segi kebersihan. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka, mereka akan dipantau dari segi kebersihan. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014. 
Dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka memberi makanan kepada gelandangan selepas Putrajaya membuat keputusan membatalkan larangan yang sepatutnya berkuatkuasa 16 Ogos itu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun mereka dibenarkan terus beroperasi, mereka akan dipantau dari segi kebersihan.
"Kita mengenalpasti beberapa lokasi sesuai untuk badan bukan kerajaan (NGO) itu beroperasi berdasarkan pemerhatian kita. Mereka yang tidak mahu berpindah boleh teruskan, tetapi kami akan pantau aspek kebersihan mereka," katanya pada satu majlis sambutan Hari Raya di Kuala Lumpur.
Tengku Adnan sebelum ini meletakkan tarikh 16 Ogos bagi dapur jalanan berpindah operasi mereka ke luar lingkungan 2 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, kerana khidmat mereka menggalakkan gelandangan dan memberi imej buruk terhadap imej ibu negara. – 9 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-lagi-larangan-dapur-jalanan-dapat-lampu-hijau-kata-menteri#sthash.c33G9aVZ.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive