09 August 2014

DAP bidas Nasruddin tiru skrip Umno, persoal setiakawan PAS dalam Pakatan

Lip Eng juga mendesak Nasrudin supaya jangan masuk campur urusan negeri lain, sebaliknya memfokuskan di negeri Pahang, kawasan Parlimen yang diwakilinya.
"Kenapa Tantawi pula begitu gigih menyerang dan mempersoal rakan politik sendiri?
"Susah sangatkah untuk memeriksa fakta daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat terutamanya rakan-rakan PAS di Pulau Pinang? Adakah Umno dan BN di Pahang sudah begitu suci dan cemerlang hingga Tantawi harus memilih untuk menghalakan serangan ke Pulau Pinang?" soalnya.
Lip Eng juga mempersoalkan tindakan Nasrudin ketika Pakatan sedang berdepan saat getir waktu ini, khususnya krisis yang melanda di negeri Selangor menggugat persefahaman antara satu sama lain.
"Saya terkejut dengan tindakan Nasrudin yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur, di saat fitnah-fitnah lain sedang mengancam silaturrahim Pakatan Rakyat," kata ahli DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Membangkitkan soal setiakawan Nasrudin dan PAS dalam Pakatan, Lip Eng berkata mereka sepatutnya menjaga hubungan dan bukannya mengeruhkan keadaan lagi.
"Seharusnya kita saling menjaga hubungan setiakawan, bukannya membangkitkan fitnah-fitnah yang sudah lena," kata beliau.
Dia juga menyeru PAS membantah kenyataan Nasrudin tersebut, kegagalan melakukannya akan mengikis komitmen terhadap persaudaraan dalam Pakatan.
"Saya menyeru rakan-rakan di dalam PAS supaya tidak berdiam diri, dan menyuarakan bantahan masing-masing terhadap fitnah yang ditimbulkan oleh Tantawi.
"Berdiam dan redha terhadap fitnah ini pasti akan dilihat mengikis komitmen PAS terhadap persaudaraan Pakatan dan menambah syak wasangka orang ramai terhadap keikhlasan tahalluf siyasi mereka," katanya.
Nasrudin mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Nasrudin berkata, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. – 9 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-bidas-nasruddin-tiru-skrip-umno-persoal-setiakawan-pas-dalam-pakatan#sthash.KDbGpD2E.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive