09 August 2014

Peguam Khalid Serah Notis Peringatan kepada PKR

alt

SHAH ALAM 9 Ogos - Peguam kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Edmond Bon telah menyerahkan notis peringatan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, pagi tadi untuk tidak membincangkan masa depan wakil rakyat Pelabuhan Klang itu, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini, sebelum sesi pendengaran terhadapnya dijalankan.

Notis peringatan itu menjelaskan bahawa perkara itu tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid termasuk selepas mendengar penjelasan daripadanya, pada 15 Ogos, seperti yang dipohon, semalam.

Sementara itu, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin membidas tindakan Lembaga Disiplin parti itu dengan mendakwa ianya tidak boleh membincangkan nasib Abdul Khalid menerusi kepemimpinan tertinggi PKR kerana ada antara mereka mempunyai kepentingan dalam usaha menggantikan beliau daripada jawatannya.

Langkah drastik PKR dalam menggugurkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor telah menyebabkan berlakunya konflik paling buruk dalam sejarah Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk keputusan Majlis Syura PAS Pusat yang akan tetap mempertahankan Khalid bagi jawatan yang bakal digantikan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive