12 July 2014

Pengasas dapur jalanan menang Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali

Mastura Mohd Rashid (kanan) bersama Penolong Pengurus Projek Nasi Lemak, Nurul Najihah. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Julai, 2014. -
OLEH QUEK YIING HUEY
Published: 11 July 2014
Siswazah berusia 24 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mastura Mohd Rashid menerima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur atas usaha beliau memberi makan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Pada 2012, beliau menubuhkan Projek Nasi Lemak, dapur jalanan ​​yang mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Brickfields, Ampang dan kawasan Chow Kit pada hari Jumaat.
"Saya tidak pernah tahu tentang anugerah ini sehinggalah pencalonan saya pada bulan April tahun ini," Mastura memberitahu The Malaysian Insider.
Beliau menambah di samping gembira, beliau juga tidak pernah menjangkakan akan memenangi anugerah itu.
"Saya rasa ia kerana Projek Nasi Lemak yang tidak terikat dengan mana-mana pihak  dan inisiatif yang dilakukan oleh golongan belia," tambah Mastura.
Projek Nasi Lemak ditubuhkan pada 2012 oleh Mastura, dengan sukarelawan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar UIAM. Beliau menerima pembiayaan bagi projek itu selepas memenangi geran bernilai RM10,000 daripada Kedutaan Amerika Syarikat. – 11 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengasas-dapur-jalanan-menang-anugerah-kemanusiaan-muhammad-ali#sthash.ZbaLZYTe.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive