Siti Jarum
PARTI hari jadi Erma Fatima yang diselitkan tarian separuh bogel dan aksi lucah mengejutkan banyak pihak. Ia mengejutkan selepas rakan Siti memetik paparan beberapa laman sosial mereka yang berbangga hadir ke parti itu.
Setelah diselidik, parti itu benar-benar wujud dan tarian separuh bogel itu juga benar.
Bagi Siti, parti itu wujud kerana ada kalangan artis tidak peka hal-hal di luar selimut mereka. Misalnya mereka tak ambil peduli sensitiviti orang sekeliling yang berbilang budaya dan agama. Parti hari jadi bukan isu. Siti pun bukanlah kolot sangat nak jadikan isu orang buat parti hari jadi. Cuma Siti terkejut beruk bila tengok aksi penari.
Pada mulanya Siti simpati bagai nak mati kepada Erma. Siti pun kata, tak patut mereka buat kejutan begitu kepada Erma yang dikenali sebagai artis yang Islamik. Memang tak patut kerana hasil kerja Erma seperti Kurma Ajwa Untuk Najwa yang disiarkan di TV AlHjjrah bukan main Islamik lagi. Kesian sangat kepada Erma.
Tapi apabila Erma kata tarian separuh bogel itu bukan lucah tapi lucu, Siti geleng kepala hampir nak putus. Menyesal pula terlalu awal Siti simpati kepada Erma. Rupa-rupanya Erma pun suka parti macam itu. Kalau tidak, tentu Erma tak kata tarian lucah separuh bogel itu lucu bukan lucah. Kalau lucah mungkin macam tiger show agaknya.
Daripada Erma juga barulah Siti tahu bahawa menari separuh bogel depan umum adalah lebih baik daripada pelacur di jalanan. Hmmm... maknanya adalah yang “baik” dalam persembahan itu. Dalam kata lain, tak usah hebohlah isu penari separuh bogel. Itu kecil punya hal. Maknanya apa yang penganjur buat untuk Erma tidak ada cacat celanya. Yang cacat celanya itu hanya masyarakat macam kawan Siti yang berfikiran kolot. Siti tak kolot sebab Siti setuju dengan Erma. Aksi penari itu “lucu” bukan lucah. Apalah dia orang ini, kolot sangatlah.
Kesimpulannya penganjur buat itu dah betul. Dia tahulah Erma suka atau tidak. Dia pun tak buat kalau tiba-tiba Erma melenting dan pulaukan majlis itu. Dia tahulah apa yang dia buat dan tak mengguriskan sikit pun hati Erma. Betulkan? - Sumber
STONE : Tak sangka pula aku dengan Erma Fatima yang bertudung litup boleh benarkan aktiviti macam ni ?
Tindakan-tindakan macam ni la yang buat orang memandang serong pada artis. Boleh la orang kata nanti, ala pakai tudung tu hanya fesyen, perangai serupa saja, dah nama pun artis.
Nama sapa yang rosak? Artis juga la ... Cuba la hampa buat perangai elok-elok sikit. Kita di Malaysia bukan Hollywood.
8 comments:
antara lucu dan lucah amat jauh beza nya. Sebab tu ramai yang bertudung tapi masih menunjukan bentuk badan dgn baju dan seluar yang ketat.
antara lucu dan lucah tak beza banyak mana pun, dua huruf aje... lucu.. u tukar ke ah jadi lucah...
apa kalut
Minta ada pihak siasat dan selidik, apa ada dileher Erma Fatima dibawah tudungnya! Adakah wujud rantai leher berbentuk 'tertentu' dipakainya.
Minta JAIS selidik apa sebenarnya berlaku. Jangan hanya pandai nak sisat Dr Asri sahaja!!Artist Malaysia sekarang dah melampau !
kalau dah artis tu artis juga lah...mereka akan buat apa saja perkara walau pon bertentangan dgn nilai budaya kita dgn alasan.... seni.....fuh berbangga lah yahudi.......
erma pakai tudung sebab rambut dah gugur,kepala hampir botak kesan rawatan kanser bukan atas rasa insaf...
hmmm nampak sangat dunia dah akhir zaman,zaman jahiliah kembali lagi tapi dalam bentuk moden..
Jangan mudah terpedaya dengan penampilan zahir. Dalam dunia hari ini macam2 ada. Kalau sekadar bertudung belum cukup untuk mengatakan seseorang itu dah menghayati Islam sepenuhnya. Dunia lakonan tak sama dengan alam realiti.Erma seorang yang kreatif dalam berkarya yang berunsur islamik tetapi belum tentu dirinya sendiri seperti itu.
Post a Comment