31 July 2011

SG PETANI : PAS ke Keadilan ke cuba pi tengok sat Puan Rohani ni ..... jangan masa dekat nak mengundi saja

Puan Rohani rayu bantuan

2011/07/31

SUNGAI PETANI: Seorang ibu tunggal yang menanggung lima orang anak dan empat anak saudara serta seorang ibu yang uzur merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Rohani Abu Hassan, 41, dari Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda di sini, berkata dia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah rendah berdekatan amat memerlukan bantuan terutama untuk belanja persekolahan semua anak dan anak saudaranya itu yang juga yatim piatu. "Saya sudah berpisah dengan suami setahun yang lalu tetapi suami tak pernah bagi nafkah untuk anak-anak, kemudian selepas adik perempuan saya meninggal dunia tiga bulan lalu, empat anak lelakinya berada di bawah jagaan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Selain menjaga lima anak sendiri dan empat anak saudaranya yang berumur lima hingga 16 tahun, Rohani turut menjaga ibunya Salasiah Said, 70, yang juga seorang ibu tunggal.

Rohani berkata, dia berasa sangat sedih kerana tidak mampu menyediakan wang yuran sekolah anak-anaknya dan anak saudaranya itu kerana pendapatannya RM400 sebulan hanya dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Seorang sahaja anak sudah bayar yuran, yang lainnya yuran tak dapat bayar lagi, saya tidak cukup wang, pihak sekolah bagi penangguhan untuk bayar secara ansuran.

"Dulu ibu saya ini buat kerja kampung boleh juga tampung sikit-sikit keperluan keluarga, tetapi sejak lima bulan lalu dia sudah tidak bekerja lagi sebab sakit lutut," katanya.
Rohani berkata, dia tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan sangat berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya.

"Budak-budak ini saya bekalkan makanan ke sekolah, kadang-kadang ada juga masa mereka tidak makan di sekolah, balik rumah baru makan, itu pun makan secara ala kadar sahaja sebab kena jimat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Haji atas nama anak perempuan Rohani, Nur Izaitul Intan Syazliana Zamani, bernombor 040202-0000-14477 atau menghubunginya di talian 012-4819528. - BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive