16 September 2014

Pemuda PAS suara kebimbangan k'jaan K'tan tumbang


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyuarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dalam pilihan raya umum akan datang, selepas era pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Suhaizan berkata hal itu disebabkan pilihan raya umum lalu menyaksikan sokongan rakyat Kelantan yang menetap di negeri itu, kepada PAS merosot bawah 50 peratus.

Menurutnya, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum lalu dibantu oleh sokongan pengundi Kelantan yang berada di perantauan dan menggesa PAS tidak berharap kepada ketokohan dan pengaruh Nik Aziz semata-mata untuk mencapai kemenangan.



"Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita. Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab.

"Faktor ketokohan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpengaruh dalam membantu kemenangan PAS di Kelantan sebelum ini. Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru, maka mereka mengundi PAS.

"Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri. Kini Tok Guru tidak lagi menjadi menteri besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihanraya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketikan menyampaikan ucapan dasar bertajuk "memperkukuhkan Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor petang ini.

Suhaizan turut mengingatkan bahawa pemikiran rakyat Kelantan yang kritikal dan dinamik apabila mereka pernah menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

"Justeru perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan, masalah dalaman perlu segera diuruskan, perubahan kehendak rakyat perlu diteliti, nilai tambah kepada kerjaan Kelantan perlu dilaksana, janji pilihan raya wajib ditunai dan pemimpin mesti sentiasa bersama denyut nadi rakyat.

"Pemuda PAS Malaysia bersama Pemuda PAS Kelantan berikrar untuk membantu sehabis baik untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dalam Pilihan raya Umum akan datang, Insya-Allah!" katanya.

Suhaizan berkata pihaknya tidak mahu pengalaman perit kejatuhan dua kerajaan yang dipimpin PAS  - Kedah dan Terengganu - selama sepenggal pada pilihan raya umum 2004 dan 2013, berulang di negeri Pakatan Rakyat.

"Hasil post-mortem parti mengenai prestasi PAS dalam PRU yang lepas mendapati punca utama kekalahan di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik. Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah.

"Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara," katanya sambil berharap Pakatan boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang.

4 comments:

bat8 said...

Tuan

Apa yang dikatakan oleh Suhaizan itu benar. Perubahan sokongan rakyat Kelantan memang terjejas kepada kerajaan Ahmad Yaakob dan Nik Amar.

Bukan sahaja rakyat Kelantan diperantauan yang mula menarik balik sokongan kepada kerajaan PASpasca TGNA, tetapi sentimen yang sama wujud juga dikalangan penyokong PAS di Kelantan.Percakapan yang perlunya kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA diajar sudah menjadi perbualan yang agak terang-terangan di K3lantan.

Kita kena faham orang Kelantan amat tinggi kesedaran politik mereka. Mereka tidak memihak kepada PAS atau UMNO secara tradisi. Kedua2 parti pernah dit3ndang keluar dari Kerajaan kerana mula berbalah sesama sendiri yang membawa kepada pengabaian kepada mandat diberi.

Yang dilihat oleh rakyat Kelantan adalah usaha membalas dendam golongan ulamak kepada golongan bukan ulamak yang menjadi tulang belakang kepada ketahanan kerajaan TGNA selama 23 tahun. Ia adalah kesinambungan kerja2 puak UG diperingkat nasional.

Secara jelas rakyat Kelantan meletakkan kegawatan yang berlaku di Kelantan keseluruhannya kepada Nik Amar. Dialah s3b3narnya yang menjadi punca.

kami tahu sejauh mana kemampuan Nik Amar dalam mentadbir. Masaalah2 yang ditinggalkan semasa menjadi Exco yang mengurus harta YIK dan YIK sendiri boleh dikatakan bukan rahsia. Belum cerita lagi kerugian2 kepada YIK dari tanah2 kerajaan yang diserahkan kepada YIK akibat " tak reti mentadbir" Nik Amar. Segala masaalah YIK sebenarnya terbeban diatas kepala Nik Amar sorang sebab dia orang No.1 YIK.

Jadi s3karang dia jadi TMB. Segala ketidakmampuan m3ntadbir dibawa oleh Nik Amar kedalam keseluruhan jentera Kerajaan PAS Kelantan.

TGHH tak tahu ke? Cerita di Kelantan sama dengan cerita di Kedah. TGHH pasti tahu tapi s3bab satu kapai UG tiada tindakan diambil untuk membaiki keadaan, sama dengan kes di Kedah.

Jadi dari apa yang dilihat sekarang, jika tiada perubahan dibuat, mengikut adat, PAS AKAN K3HILANGAN KELANTAN DALAM PRU 14

Anonymous said...

Kerajaan PAS Kelantan tidak tumbang tetapi berpindah ke kerajaan perpaduan dengan UMNO. Muktamar tahun depan menyaksikan operasi membersihkan puak anti UG dalam organisasi PAS dari memegang jawatan. PAS akan menyertai BN dalam tahun 2016 bagi menghadapi PRU14.

Puak berjaket hitam merasakan kata-kata Mat Sabu menongkah arus kerana cuba untuk mengajak perwakilan untuk mengembalikan momentum Pakatan Rakyat dalam PAS. Tanpa Pakatan Rakyat, mereka beranggapan PAS boleh terus ke hadapan dengan dokongan MSU dan Presiden. Manakala puak LUHAM dianggap sebagai mahu mensekularkan PAS dengan pandangan-pandangan mereka berasaskan hujah-hujah tokoh-tokoh perundangan sekular seperti Lord Acton. PAS sudah ada MSU, buat apa lagi LUHAM

Anonymous said...

boleh jadi betul apa yg ketua pemuda pas katakan ini
kawe meluat cara nik amar dia pulak lebih2 dari mb
dah la kuat berdendam
yg tak sebulu dgnnya abis di pecat
diktator dan bodoh sombong mamat ni

Anonymous said...

releks aa bro...

setakat hilang k'jaan negeri apalah sangat...

bro rafizi pun tak kisah hilang k'jaan negeri s'ngor...

sedangkan pakar "strategi" tak kisah hilang k'jaan negeri, lu sapa nak kecoh-kecoh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive