Showing posts with label pas kelantan. Show all posts
Showing posts with label pas kelantan. Show all posts

16 September 2014

Pemuda PAS suara kebimbangan k'jaan K'tan tumbang


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyuarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dalam pilihan raya umum akan datang, selepas era pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Suhaizan berkata hal itu disebabkan pilihan raya umum lalu menyaksikan sokongan rakyat Kelantan yang menetap di negeri itu, kepada PAS merosot bawah 50 peratus.

Menurutnya, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum lalu dibantu oleh sokongan pengundi Kelantan yang berada di perantauan dan menggesa PAS tidak berharap kepada ketokohan dan pengaruh Nik Aziz semata-mata untuk mencapai kemenangan.

07 March 2012

PAS Kelantan sedia terima Ku Li tapi Zaid tidak

KOTA BHARU - Pas Kelantan menolak desas-desus yang mengaitkan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan sebarang perbincangan sedang diadakan bersama Zaid sama ada di peringkat Pusat mahukan negeri.

“Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani,” katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.

24 December 2010

Fitnah Zina Adun Selinsing : PAS Kelantan akan saman blog

KOTA BHARU, 24 Dis: PAS Kelantan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web, blog dan individu yang menyebar dan terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap Adun Selising, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Beliau berkata tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya diambil tindakan.

“Kita sedar, PRU sudah semakin hampir dan dengan kemudahan internet serta teknologi moden, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan bahan ini untuk membuat dan menyebarkan fitnah kepada kita dan ia akan dipantau”ujar beliau.

Dr.Muhammad Fadzli juga berkata umno-BN kini sudah tidak mampu untuk berlawan secara ideologi maka kaedah fitnah melalui “ Character assassination” digunakan.

Menurut beliau lagi pelbagai fitnah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini PAS juga telah dijadikan mangsa fitnah mereka.

“PAS ingin mengingatkan rakyat agar tidak mudah termakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab”Kata beliau lagi.

Semalam Harakahdaily melaporkan cabaran yang dibuat oleh Adun Selising Drs.Saipul Bahrin Mohamad terhadap mana-manap pihak yang menyebarkan fitnah membawa bukti dalam kes “berzina” tersebut - HD

19 October 2010

...hahaha UmNO Bhg KB melopong, bangunan yang pernah jadi miliknya kini milik PAS

Mulai hari ini bangunan ini dimiliki PAS
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat

08 May 2010

PAS Kelantan: Waspada musang berbulu ayam dalam parti

May 08, 2010KOTA BARU, 8 Mei — Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa kepimpinan parti lebih berhati-hati dalam menerima penjawat awam dalam kerajaan dan parti supaya tidak berlaku apa yang dikatakan penyusupan atau wujud musang berbulu ayam dalam parti.

“Dalam pengalaman kita, perkara ini pernah berlaku. Bila dekat pilihan raya bila PAS mendapat sambutan, senario ini tidak mustahil berlaku.

“Sebab itu, kita perlu berhati-hati dan menapis setiap permohonan sebelum diambil bekerja dalam parti dan kerajaan... kita boleh menggunakan kaedah yang sama (untuk menjadi anggota) dalam parti,” kata beliau dipetik Bernama.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu membayangkan kemungkinan wujudnya golongan itu berikutan perkembangan politik semasa yang menyebabkan ada anggota parti mudah berpaling tadah apabila mendapat tawaran lebih istimewa dari parti lawan.

“Berdasarkan pengalaman dan senario politik sekarang dibimbangi ia tidak mustahil boleh berlaku dalam PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Kelantan di sini.

Sebelum ini, bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz (kiri) mendedahkan beliau diperuntukkan RM4 juta oleh tokoh dan pemimpin parti itu dalam tempoh tiga tahun untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sekali gus mengekalkan pentadbiran PAS di Kelantan.

Penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella itu juga mendakwa wujud anak syarikat kerajaan negeri Global Media Chanel (GMC) yang memain peranan bagi tujuan yang sama membabitkan lima pimpinan PAS, termasuk seorang anggota exco negeri - TMI

06 May 2010

Isu RM4 juta: Husam cabar media dedah nama pemimpin terlibat

KOTA BHARU 5 Mei - Pihak media dicabar mendedahkan nama-nama pimpinan kerajaan negeri Kelantan yang terlibat membiayai peruntukan RM4 juta untuk operasi gerak saraf menerusi Global Media Channel (GMC) yang diterajui penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, beliau bersedia untuk memberi ulasan sekiranya namanya turut dikaitkan secara khusus terlibat dalam operasi tersebut.

Dalam masa yang sama, Husam juga mencabar agar nama Pas Kelantan dan beliau sendiri disebut dengan jelas telah menggunakan khidmat GMC semasa kempen pilihan raya umum lalu.

Malah katanya, beliau percaya tidak akan dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun bersedia untuk memberi kerjasama.

"Saya sepatutnya tidak mengulas isu RM4 juta ini kerana nama saya secara rasmi tidak dikaitkan oleh mana-mana media.

"Jadi saya minta surat khabar sebut nama saya dulu, dikatakan ada lima dalang tapi tak letak nama, hanya sebut seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang Ahli Majlis Perbandaran, seorang itu, seorang ini, tapi tak sebut nama.

"Saya yakin media ini pun ada agenda tertentu dan tidak berani berterus terang. Pada pandangan saya media hanya memperbesarkan dan memutarbelitkan isu ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar hari ini.

Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella baru-baru ini mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk bersama mengendalikan sebuah operasi gerak saraf mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan pas Kelantan.

Husam mendakwa, media cuba memutarbelitkan isu tersebut apabila menyebut operasi itu adalah untuk 'memburuk-burukkan' Abdullah sedangkan Syed Azidi sendiri tidak menyebut demikian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri berkata, media sepatutnya berusaha mengemukakan nama-nama yang terbabit dan bukan sekadar membuat andaian.

"Media sebut (GMC) tapi tidak dikait dengan saya, saya nak jawab macam mana, buat apa saya jawab. Tuan galah tu biar nampak dulu, galah dah ada, tapi tak nampak tuan.

"Kalau saudara nak minta saya komen, biar suratkhabar sebut dulu nama saya, selagi tak sebut, saya pun ada 'games' saya juga, bukan berita betul ni, kalau ini umpama kek, ia dah dicampur macam-macam, gandum 10 peratus sahaja. Banyak perasa tiruan," katanya.

Ketika diberitahu pihak media mungkin bimbang tindakan saman darinya jika nama beliau dikaitkan, Husam berkata bukannya mudah untuk perkara itu berlaku.

"Takkan mudah nak saman begitu, kita pun sayang juga suratkhabar-suratkhabar kita ni," katanya.

Husam bagaimanapun berkata, beliau akan membuat satu penjelasan mengenai isu yang tercetus dalam satu ceramah politik yang akan diadakan malam esok dekat sini. - UM

05 May 2010

Kick-that-fella : Tentera upahan yang tidak berintegriti

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: PAS semalam menafikan parti itu mempunyai agenda menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bagi menjalankan operasi gerak saraf.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, bagaimanapun PAS tidak menafikan agendanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya individu seperti didakwa penulis blog berkenaan.

Beliau juga turut menafikan pembabitan parti itu dalam firma Global Media Channel (GMC) dan mendakwa pucuk pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengetahui tentang syarikat itu.

“Adalah menjadi matlamat perjuangan parti politik baik PAS mahupun Pakatan Rakyat berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang. Memang menjadi agenda politik masing-masing, tetapi menjatuhkan seseorang bukan agenda PAS.

“Apa yang didedahkan (Syed Azidi) adalah tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan Pas,” katanya kepada mStar Online semalam.

Kontroversi itu tercetus setelah penulis blog Kickdeffella itu mendedahkan yang dia menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk aktiviti gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk dan melemahkan pentadbiran Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri.

Ekoran daripada pendedahannya itu, Syed Azidi telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai dakwaan penulis blog itu bahawa pemimpin PAS turut terbabit, Mustafa berkata PAS sememangnya tidak mempunyai kaitan langsung, namun dari segi penglibatan mana-mana individu di dalam parti, itu beliau tidak tahu menahu.

Jelasnya, memandangkan perkara itu sudah dipanjangkan kepada SPRM, PAS menyerahkan kepada suruhanjaya terbabit menjalankan siasatan dan tidak gentar menghadapinya kerana parti itu tidak terbabit.

“Saya menafikan perkara ini dan ia bukan agenda PAS..orang PAS (pembabitan pemimpin PAS) saya tidak tahu. Saya juga mencadangkan kerajaan Pas Kelantan supaya meneliti kenyataan Syed Azidi yang disiarkan dalam media massa,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mempersoalkan tindakan Syed Azidi yang mendedahkan perkara itu selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan menyifatkannya sebagai seorang 'tentera upahan' yang tidak berintegriti. - mStar

22 December 2009

Demi imej: Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan letak jawatan

Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Dis 22 – Bekas pegawai khas Exco Kerajaan Negeri, Dr Rosli Allani Abd Kader yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan hari ini, menafikan laporan akhbar bahawa isteri keduanya, Ilyani Mohd Nor berada dalam keadaan tidak sedar ketika mereka berkahwin Disember tahun lalu.

“Adalah mustahil sama sekali isteri saya pergi ke tempat perkahwinan dalam keadaan tidak sedar, dari Kelantan ke Subang,” kata beliau kepada pemberita pada sidang medianya hari ini.
Rosli Allani dikatakan berkahwin dengan pasangannya itu pada 26 Disember 2008 di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor berwalikan wali hakim.

Namun perkahwinan tersebut tidak dipersetujui bapa mertuanya, Ghazali @ Mohd Nor Che Man kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat pekahwinan yang sah di samping meragui tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

Justeru beliau memfailkan tuntutan pembatalan perkahwinan anaknya dengan Dr Rosli melalui peguam syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin.

Semalam, hakim syarie Mahkamah Tinggi Syariah di sini Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani tinggal berasingan bersama isterinya sementara dokumen perkahwinan mereka diragui kerana dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.

Beliau turut memandang serius beberapa kenyataan lain disiarkan akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro hari ini antaranya beliau bukan seorang lelaki atau suami yang baik dan melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Kenyataan itu mencemarkan imej, maruah dan kedudukan saya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak terbabit termasuk Mohd Nor, peguam bapa mertuanya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan kedua akhbar tersebut membuat permohonan maaf secara bertulis dalam akhbar sama dalam tempoh tiga hari mulai hari ini.

Rosli Allani berkata beliau akan memulakan tindakan undang-undang saman fitnah ke atas akhbar berkenaan sekiranya gagal berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memerintahkan Rosli Allani tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya untuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perintah ‘mufarakah’ (memisahkan) sementara menegah Rosli Allani, 35, daripada tinggal bersama pasangannya, Ilyani, 30, itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yusof Awang.

Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan, memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka tidak sah.

Mohd. Zaki memaklumkan, plaintif tidak bersetuju dengan permohonan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan didengar pada 26 April depan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif meragui perkahwinan tersebut memandangkan tatacara pernikahan tidak memenuhi rukun dan syarat.

Selain itu, plaintif merujuk surat penjelasan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) bahawa dokumen perakuan nikah pasangan itu tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan jabatan berkenaan.

“Plaintif yakin semasa perkahwinan, anak perempuannya mustahil dalam keadaan sedar kerana bertindak sedemikian tanpa kebenaran pihaknya.

“Oleh yang demikian plaintif yakin defendan pertama bukan lelaki atau suami yang baik, sekufu (sama taraf dari segi keturunan, pangkat dan tahap pembelajaran) dan mempunyai niat yang tidak baik dengan menipu untuk tujuan perkahwinan tersebut,” ujar plaintif dalam penyata tuntutannya. - The Malaysian Insider

29 November 2009

Kesetiaan ‘dari dunia sampai akhirat’ tidak akan tergugat — Husam Musa

NOV 29 — Tajuk muka depan sebuah akhbar mingguan “Husam Letak Jawatan?” Ahad lalu bagai panahan kilat dan halilintar. Lazimnya kilat dan guruh tidak muncul pada musim tengkujuh seperti ini kecuali kilat buatan dengan motif tertentu. Ia datang salah musim dan gelora Laut Cina Selatan sudah cukup besar untuk menenggelamkan ombak buatan.

Keseronokan bekerja meningkat sejak kebelakangan ini dengan isu tuntutan royalti. Saya diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri. Fokus saya ialah bagaimana “mendekati” Kerajaan Pusat supaya membuka pintu minda dan bersifat saksama? dan itu sangat baik untuk keluhuran kehidupan berpersekutuan di negara kita.

Saya yakin di sana ada peluang. Perdana Menteri kini mendukung konsep 1 Malaysia. Sekurang-kurang itu slogan yang dikumandangkan. Tidak mungkin slogan ini akan dibiarkan lemas dengan keputusan yang tidak selari ketika ia masih di alam rahim.

Hujah yang baik, saya yakin akan meyakinkan Perdana Menteri. Bahkan, langkah beliau mengumumkan di Parlimen dalam tempoh yang relatif singkat adanya pengeluaran petroleum dalam perairan Kelantan, sudah sangat bermakna. Surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru pada Perdana Menteri dihantar Ogos lalu, bersama-sama "Memorandum of Claim" yang dirangka beberapa peguam yang menggariskan sudut undang-undang tuntutan ini. Pada 4 November, hanya dalam tempoh tiga bulan, Perdana Menteri memberi respon rasmi di Dewan Rakyat, pada saya satu permulaan sangat positif. [seterusnya]


28 November 2009

"Colonel Mat" adalah bapa saya - Kickdefella

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 28 — Syed Azidi Abdul Aziz, who was sacked from the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) early this month, today claimed that his late father, retired Lt. Col Syed Abdul Aziz Syed Razak, was also known as “Colonel Mat”.

In the latest posting on his blog, he said the villagers in Kelantan also called his father Syed Amat.

“In the village, those who were not very close to him, Syed Amat was referred to as Colonel Mat,” said Syed Azidi.

“The Colonel Mat that I knew, was my father,” he added.

On Thursday, Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat claimed that there was a conspiracy to topple the state government led by one “Colonel Mat” resulting in speculation that the PAS spiritual leader was hinting at the involvement of the Malaysian Armed Forces in ousting him.

But Kelantan assemblyman Fatah Haron reportedly said that “Colonel Mat” does not refer to any individual but only a symbol to show the existence of a conspiracy against the state government.

Syed Azidi (picture), who blogs as Kickdefella, today said his father died six years ago.
“The Colonel Mat that I knew died at 7.40pm on Oct 7, 2003, in front of all his six children,” he said.

Since his sacking, Syed Azidi has been accusing the state government and the PMBK of mismanagement.

The state government has been bogged down by accusations of cronyism and corruption since early this month over the controversial appointment of the mentri besar’s son-in-law, Ariffahmi Abdul Rahmad, as the CEO of PMBK.

Nik Aziz, who became the mentri besar in 1990, also came under heavy criticism for receiving sponsorship from a businessman to perform the pilgrimage to Mecca.

Following pressure from party leaders and the public, Nik Aziz has cancelled the religious trip and ordered his son-in-law to leave the state investment arm.

The various controversies in the state have led to discussions of a succession plan by some members of the administration. - The Malaysian Insider

27 November 2009

Nik Abduh marah Datuk Husam pulak dah ...

oleh Pak Awang
Salam Aidil Adha untuk semua dari pak awang
Dah lama pak awang tak menulis di sini. Sibuk sikit. Tapi bila pak awang pusing-pusing dalam blog malam ni terjumpa pulak satu cerita terbaru. Katanya anak Tn Guru Nik Aziz, Nik Abduh dah marah dengan Datuk Husam. Katanya Datuk Husam lah punya angkara yang membuat kerajaan Kelantan sekarang agak panas.
Memang pak awang pun rasa macam tu. Segala-galanya bermula bila Syed Azidi atau Kickdefella telah ditamatkan perkhidmatan nya sebagai pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan awal bulan lalu oleh menantu Tn Guru Nik Aziz sendiri, Ariffahmi. Afiffahmi adalah CEO PMBK. Kemuncak kepada pergeseran ini Tn Guru Nik Aziz telah meminta menantu nya sendiri meletak jawatan. Selesai bab Ariffahmi. Tapi kini timbul pulak isu baru, isu Nik Abduh vs Datuk Husam. [disini]
Pak Awang tak nak ulas kenapa perkara ini terjadi, atau atas sebab apa ianya terjadi. tapi pak awang cuma nak bercakap akan kesan-kesan dari isu demi isu yang akhir-akhir ini banyak menyelubungi PAS. Parti pembangkang yang pak awang kata terkuat.
Kalau baru-baru ini heboh dengan perjumpaan blogger UMNO dengan Hassan Ali dan Nasa, seterusnya pasal adun/ap PAS yang tak boleh lompat parti, Tn Guru ke Mekah dengan wang tajaan, pemecatan Kickdefella ... dan yang terbaru sekali isu ni lah ... Nik Abduh lawan Datuk Husam.
Pasai apa benda-benda macam ni boleh jadi? Pak awang tak nak lah keluar perkataan-perkataan macam yang AdukaTaruna selalu keluarkan, cuma pak awang nak kata Nik Abduh tak berapa cerdik, atau bodoh. Pak Awang tak kenal Nik Abduh ni, cuma tau dia ni anak Tn Guru saja.
Kalau Aduka Taruna hentam siapa saja yang yang tidak kearah pembetukan Islamic State, tapi pak awang pun rasa nak hentam juga lah kot sapa-sapa saja yang tak membawa kearah kejatuhan Najib dan seterusnya BN.
Macamana nak menjatuhkan BN kalau dalam parti sendiri pun bersepak terajang? Atau adakah ini juga salah satu konspirasi menjatuhkan Datuk Husam dari kerajaan Kelantan? Untuk Nik Abduh, pak awang nak pesan dan minta tolong, jangan buat kerja bodoh macam ni. Apa yang kamu dapat menikam orang dalam parti sendiri. Dah tentu najib dan juak-juak nya sedang tersenyum sekarang gara-gara tindakan bodoh orang-orang dalam PAS sendiri.
Jangan harap lah PAS akan terus perintah Kelantan andai orang-orang semacam kamu ini masih berada di dalam. Orang yang tak reti nak duduk semeja untuk selesai kan masaalah. Orang yang konon besar, tapi tak pandai untuk menilai buruk baik nya kesan terhadap parti. Orang yang lebih mementingkan diri sendiri, bukan untuk PAS.
Berfikir lah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di dada akhbar. Berfikir lah apa kesan terhadap parti bila rakyat tahu segala kes-kes yang tak sepatutnya mereka ketahui. Apa akan jadi pada parti bila rakyat tau pemimpin parti selalu bertelagah, pemimpin tak betul?
Kalau dulu ya, kalau kata PAS hanya di Kelantan, dan kalau kata Kelantan orang nampak PAS. Tapi sekarang dah lain dah. Jangan duk ingat PAS hanya di Kelantan, PAS kini dah ada di Kedah dan PAS akan bersama-sama PKR dan DAP akan menakluki Malaysia pada PRU13 nanti ... InsyaAllah. Jadi pemikiran kena lah buka bagi luas lagi ... kalau masih duk nampak PAS hanya di Kelantan, ha ni yang jadi macam apa yang dah terjadi ... masalah Kelantan dibesarkan seolah-olah masalah Malaysia ... Ha sampai mampuih lah PAS hanya di Kelantan.
Maaf, apa yang pak awang cakap ni bukan pak awang tak suka PAS, tapi pak awang tak suka cara orang-orang dalam PAS bertindak ...
Wassallam ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive