16 April 2011

PRN Sarawak : Renungan buat para pemimpin Pakatan ...

ANALISIS, 16 April – DAP menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tetapi prestasi parti-parti sahabat Pakatan Rakyat amat mengecewakan. Lebih menyedihkan ialah PKR yang hanya dilihat menang sorak.
Dari awal lagi, DAP berpegang kepada strategi menarik undi simpati dengan slogan mahu menafikan dua pertiga majoriti BN Sarawak kerana ia terbukti membawa kejayaan pilihan raya umum 2008 serta pilihan raya kecil Sibu tahun lalu.
Namun strategi sedemikian tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang lebih selesa dengan cakap-cakap naik semangat mahu mengambil alih pentadbiran negeri.
Hakikatnya tiada siapa yang yakin dengan perubahan sebesar itu.
Kebanyakan pengundi dan pemerhati politik yang rata-rata bersikap konservatif lebih yakin dengan kemungkinan menafikan dua pertiga majoriti.
Namun, strategi PKR yang menuntut, gambil dan bertanding lebih dua pertiga dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak mungkin memaksa para pemimpinnya untuk berkempen menawan negeri daripada sekadar menafikan dua pertiga majoriti.
Apa pun strategi itu gagal dan kesannya PKR hanya menang tiga kerusi.
Hebat juga kerana sebelum ini PKR hanya mempunyai satu kerusi DUN.
Memang PKR dan Pakatan boeh menyalahkan BN yang memperguna serta menyalahgunakan jentera kerajaan. Memang media massa yang dikuasai BN berat sebelah dan terang-terang berkempen untuk Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN.
Namun, dengan tekanan yang hebat dan zalim itu, DAP masih mampu meraih 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya. Itu pun 15 kerusi yang diperolehi selepas rundingan dengan PKR walau pun pada mulanya DAP mahu bertanding di 20 kawasan DUN.
Kesan yang lebih besar kepada Pakatan ialah usaha menghadapi PRU akan datang. Kemampuan PKR di Sarawak akan menjadi bahan propaganda Umno dan BN. Ini ditambah pula dengan PAS yang diberi lima kerusi di Sarawak telah pulang dengan tangan kosong.
Yang perlu sekarang ialah bagi PKR menilai semula strategi – bukan sahaja strategi dan taktik pilihan raya – tetapi kedudukannya bersama DAP dan PAS serta parti-parti sahabat di Sarawak dan Sabah.
Ketiga-tiga parti ini perlu duduk bersama melihat diri sendiri – siapa mempunyai jentera paling ampuh, siapa mempunyai pemimpin dan calon berwibawa, siapa mempunyai perencanaan dan rancangan yang lebih jelas serta jitu, dan siapa patut membuat apa.
Cakap besar dan berlagak “big brother” patut disisihkan. Pembahagian kerusi dan kawasan yang selama ini mengikut kaum dan agama juga perlu satu penilaian semula walau pun ia amat sukar untuk dilaksanakan.
Dengan kerjasama para NGO dan kumpulan-kumpulan yang mesra Pakatan, usaha mendemokrasikan struktur dan amalan perlu diteruskan – membebaskan media, meneluskan amalan kerajaan dan mewujudkan persefahaman antara kaum dan agama.
Kemenangan BN memang sesuatu yang amat membanggakan gabungan pemerintah itu yang masih diselaputi persepsi salah guna kuasa, penyelewengan, tidak adil dan tidak demokratik.
Memang BN sepatutnya menang besar kerana semua media arus perdana berkempen untuknya; semua jentera kerajaan daripada hasil sumber alam dan wang cukai rakyat hanya boleh digunakan oleh para pemimpin BN; kuasa imigresen negeri digunakan untuk menyekat kemasukan beberapa pemimpin NGO dari Semenanjung.
Kemenangan seperti itu memang tidak adil. Dan selama itu BN, sama ada di Sarawak, Sabah dan Semenanjung, terus mengamalkan demokrasi terpimpin yang memastikan rakyat tidak perlu kepada sebarang bentuk ketelusan.
Persoalannya, khususnya untuk renungan Pakatan, jika BN masih diterima rakyat melalui strategi dan taktik yang tidak demokratik itu, apakah langkah seterusnya untuk Pakatan?
Yang lebih penting untuk Pakatan ialah bersiap sedia untuk menghadapi PRU akan datang. Datuk Seri Najib Razak telah pun membayangkan bahawa tarikh PRU akan mengambil kira keputusan PRN Sarawak.
Ini membuka kemungkinan PRU boleh diadakan pada Jun atau Julai ini. Najib dan BN tentunya mahu mengekalkan momentum Sarawak.
Bagi BN, kalau pun DAP juga dilihat mampu mengekalkan momentum Sarawaknya, ia tidak akan dianggap pencabar utama dalam PRU akan datang. Yang penting bagi BN, khususnya Umno, para pemimpinnya melihat PKR dan PAS tidak mampu memberi cabaran yang serius dalam PRU akan datang.
Keadaan ini memerlukan Pakatan Rakyat untuk sama-sama merendah diri mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada jika benar-benar serius untuk membangkitkan semula semangat tsunami 2008.

11 comments:

Mat Salleh said...

Setuju juga dengan komen mimpi senja.. Pakatan Rakyat jangan putus asa. Teruskan perjuangan anda..

Anonymous said...

biar ape pun...insyaALLAH lagi sekali election, Keadilan akan menang lebih byk kerusi di Sarawak...

berbulu tgk puak2 UMNO blagak bgga, tp xsedar UMNO langsung x bertanding..

dtg la KL, tgk UMNO ke Keadilan yg lagi kuat...


Salute Sarawakians yg sanggup berubah...

buat yg xberubah, teruskan dgn kebodohan, ditipu hidup2 oleh Raja Brooke..wakaka

Anonymous said...

Setuju dengan komen Mimpi Senja.Pemimpin Pakatan Rakyat wajar buat muhasabah diri dan buangkan sifat tamak dan ego.DAP berjaya sebab punya infrastruktur yang baik dikawasan bandar.Malangnya Keadilan yang tak punya banyak cawangan diSarawak mahu tanding 49 kerusi hingga bergaduh dengan SNAP.Tamak punya pasal,undi pembangkang sudah pecah.Perangai Keadilan diSemenanjung dibawa keSarawak.PRU mahu pun PRN,Keadilan mahu banyak kerusi,nafsu kuat tenaga kurang.Walau pun menang 3 kerusi(tambah 2) tapi Keadilan tanding 49 kerusi.Berapa %? Pakatan Rakyat mau pengundi Sarawak berubah,tapi perangai tamak ni masih tak berubah.Fikirkan!!!

Anonymous said...

jangan kecewa dgn kekalahan ini..

benar kata MS PR mesti ubah sikap.

hormati kwn dlm pakatan dan jgn tamak kuasa.

BZ said...

Sedih.Tapi syabas pada petugasx yang
telah berusaha bersungguhx berkempen.
Bravo Zulu to all DAP leaders and
supporters!Tahniah juga pada rakyaat
sarawak yang mengundi BN kerana
membenarkan merekax ini mengaut
kekayaan negeri selama lima tahun
lagi.Walaubagaimanapun Lawan tetap
lawan.See u in next election!

BZ said...

Sedih.Tapi syabas kepada petugasx
yang berusaha bersungguhx berkempen.
Bravo Zulu to all DAP leaders and
supporters (voters).Tahniah juga pada
pengundi BN kerana membenarkan merekax ini mengaut kekayaan negeri
selama lima tahun lagi.Walaubagai
manapun Lawan Tetap Lawan.See u in
next election.

mohdsalleh said...

PKR perlu nilai diri jangan jadi " Big Brother " yang akhirnya dapat ciput. Snap sepatutnya diberi peluang yang lebih luas dan menunjol agak parti asal sarawak itu dapat berperanan dan gambaran parti semenanjung cuba menguasai sarawak dapat dihindarkan.

Anonymous said...

Bro macam mana nak menang, PR bukan ada organisasi yang mantap.Kalau diluar pilhan raya PR mana ada turun padang adakan aktiviti dekati masyaraat. Tempat saya yang sah2 PR menang, YB (Exco negeri) jarang2 turun.Masalah Kecil pun lambat dan tak boleh selesaikan.Bagi bercakap pandai la. Kalau kritik, marah. Masalah macam ni pemimpin besar PR bukan tau benda ini. Gelombang dah ada, tolong gerakkan organisasi peringkat bahagian dan cawangan. Patutnya pembahagian kerusi dah di buat supaya rakyat tahu bayangan calon untuk satu2 kawasan. apa-apa pun tahniah PR dapat mengundang rasa gerun BN. Bagus gak dorang menang biar over confident

Anonymous said...

Jika YB YB pakatan hanya untok jadi YB dan sapu duit untok syarikatnya sahaja tak payahlah. Keadilan adalah satu platform yang amat besar ertinya untok pejuangkan hak manusia, adakah anda orangnya.fikir fikirkan lah tanpa ada keadilan anda tidak dapat mengalahlah sesuatu bangsa pun.

Anonymous said...

DAp cerdik...PAS bodoh...dah le jangan jadi lembu DAP kita tak dapat apa-apa..dari kafir harbi nih!..cuma tungangan je..dan gaduh sesama islam..
kami semua dah naik menyampah...

Anonymous said...

Biasa lah, kalau orang tahu dan pernah bersama orang Sarawak maka kemenangan bagi BN sudah dalam tangan.
Sarawak untuk orang Sarawak!
Apa nak buat mereka masih percaya kan Taib Mahmud yang datang mengundi naik Roll Roys-alahai! biarkan biarkan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive