29 November 2009

Kesetiaan ‘dari dunia sampai akhirat’ tidak akan tergugat — Husam Musa

NOV 29 — Tajuk muka depan sebuah akhbar mingguan “Husam Letak Jawatan?” Ahad lalu bagai panahan kilat dan halilintar. Lazimnya kilat dan guruh tidak muncul pada musim tengkujuh seperti ini kecuali kilat buatan dengan motif tertentu. Ia datang salah musim dan gelora Laut Cina Selatan sudah cukup besar untuk menenggelamkan ombak buatan.

Keseronokan bekerja meningkat sejak kebelakangan ini dengan isu tuntutan royalti. Saya diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri. Fokus saya ialah bagaimana “mendekati” Kerajaan Pusat supaya membuka pintu minda dan bersifat saksama? dan itu sangat baik untuk keluhuran kehidupan berpersekutuan di negara kita.

Saya yakin di sana ada peluang. Perdana Menteri kini mendukung konsep 1 Malaysia. Sekurang-kurang itu slogan yang dikumandangkan. Tidak mungkin slogan ini akan dibiarkan lemas dengan keputusan yang tidak selari ketika ia masih di alam rahim.

Hujah yang baik, saya yakin akan meyakinkan Perdana Menteri. Bahkan, langkah beliau mengumumkan di Parlimen dalam tempoh yang relatif singkat adanya pengeluaran petroleum dalam perairan Kelantan, sudah sangat bermakna. Surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru pada Perdana Menteri dihantar Ogos lalu, bersama-sama "Memorandum of Claim" yang dirangka beberapa peguam yang menggariskan sudut undang-undang tuntutan ini. Pada 4 November, hanya dalam tempoh tiga bulan, Perdana Menteri memberi respon rasmi di Dewan Rakyat, pada saya satu permulaan sangat positif. [seterusnya]


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive