Showing posts with label tgna. Show all posts
Showing posts with label tgna. Show all posts

19 February 2015

'Hilang' Dua Pemimpin Utama Wujud Kelompangan Dalam Pakatan Rakyat



Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 11:08 AM

Anwar (kiri) dan Nik Abdul Aziz.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ketiadaan dua pemimpin utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam parti pakatan ketika ini menimbulkan persoalan sejauh mana parti yang dibarisi PKR, DAP dan PAS berupaya mengisi kelompangan besar kepimpinan, sekali gus mendepani cabaran politik semasa dan terus menerima sokongan rakyat.

Beberapa penganalisis melihat lanskap politik gabungan pakatan itu menjadi semakin longgar kerana kekuatannya selama ini bergantung kepada kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, selain rasa hormat yang tinggi kepada allahyarham Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS.

Mereka juga berpendapat situasi yang melanda pakatan ketika ini bukan sahaja boleh mengundang kepincangan dan senario 'kawan makan kawan', bahkan turut memberi kesan terhadap sokongan pengikut yang selama ini menyokong atas tiket 'setia dan hormat' terhadap kedua-dua pemimpin utama itu.

15 February 2015

Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan


Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan
Puluhan ribu rakyat Malaysia menghantar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perjalanan terakhirnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.
Nik Aziz dihormati kawan dan lawan serta sebahagian besar rakyat Malaysia kerana ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan dan kezuhudannya dalam kehidupan.
Mana hendak cari lagi pada zaman ini seorang menteri besar di Malaysia yang tinggal di rumah papan? Tidak hairanlah mengapa Nik Aziz begitu dihormati dan disayangi.
Media milik negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya memainkan peranan sebagai “media milik negara” apabila memberikan liputan meluas kematian seorang tokoh politik penting walaupun bukan daripada parti pemerintah.
Pemimpin parti lawan yang sebelum ini pernah mencaci dan memaki Nik Aziz juga berubah nadanya.
Pada ketika rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan takziah, membacakan Al-Fatihah dan bersedih dengan permergiaan Mursyidul Am PAS itu, sesetengah pihak bergembira kerana projek yang tertangguh sekian lama dapat dijalankan semula kerana Nik Aziz sudah meninggal dunia.
Projek yang tertangguh sekian lama itu adalah projek kerajaan Perpaduan di antara Umno dan PAS kerana sebelum ini Nik Aziz merupakan batu penghalangnya.
Dalam wawancara bersama Astro Awani, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengatakan besar kemungkinan parti Islam itu akan menimbang semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) jika dilihat daripada kemelut dalaman sedia ada.
“Kebarangkalian itu berlaku sebab saya lihat di peringkat bawah di kalangan ahli-ahli PAS dan perbincangan di kalangan masyarakat umum juga banyak menyebut tentang keperluan PAS melihat semula masa depannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Kerana banyak sangat isu-isu yang dibangkitkan, khasnya DAP yang bersalahan atau bercanggah dengan asas perjuangan PAS, khasnya untuk mendaulatkan Islam,” kata Nasharuddin seperti dilaporkan Astro Awani Online.
Semasa hayatnya, Nik Aziz dianggap ulama yang memayungi kumpulan dalam PAS yang mahu terus kekal dengan PR.
Suara Nik Aziz begitu kuat dan berpengaruh sehingga usaha menyatukan PAS dan Umno terbantut beberapa kali.
Dalam satu wawancara bersama media beberapa tahun lalu ketika ditanya tentang kerajaan perpaduan bersama Umno, Nik Aziz berkata:
“Berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.
“Sejak dari dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967), ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA,” kata Nik Aziz merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan semalam, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas kematian penyandangnya, Nik Aziz.

"Jika ada pilihan raya kecil, banyak yang perlu kita fokus, termasuk soal keselamatan dan mungkin akan berlaku pergeseran antara pimpinan parti. Jadi kini, kita harus fokus pada perpaduan dan bukannya perbalahan antara satu sama lain," katanya pada sidang media di Hotel Sutera Inn, Kota Baru semalam.
Jika BN benar-benar tidak meletakkan calon untuk melawan calon PAS di kerusi DUN Chempaka, ini bermakna tidak lama lagi, projek kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan.
Apatah lagi jika BN pada masa sama bermati-matian melawan calon PR di kerusi Permatang Pauh yang akan dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lagi kerana hilang kelayakan selepas dihukum penjara 5 tahun.
Jika kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno berjaya dilaksanakan, berakhirlah legasi Nik Aziz yang dikenali sebelum ini sebagai penyatu PR selain daripada Anwar.
Maka puaslah hati sesetengah pihak yang sudah lama menanti waktu ini tiba. – TMI

13 February 2015

Allahuakbar! Bumi Kelantan Menangis Lagi


Foto: FacebookFoto: FacebookPERGINYA seorang murabbi...  Berita pemergianmu disambut tangis hiba tanpa mengira agama dan bangsa.
Sebagai orang media, pernah beberapa kali kami bersua muka namun jauh lebih banyak saya 'mengenali' Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi paparan berita.
Tidak kurang juga melalui gambar-gambar yang dirakam lensa kamera memaparkan kehidupan biasa bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Walau hanya beberapa kali diberi peluang bertentang mata, namun saat perkhabaran Allahyarham sudah kembali menemui sang pencipta, kenangan lalu kembali bermain di ruang mata.
Betapa saya kagum melihat keperibadiannya. Ketika itu, saya ditugaskan membuat liputan perjalanan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa, Kelantan, beberapa tahun lalu.
Ketika itu keadaannya kelihatan agak uzur, namun pemimpin yang dikenali dengan keluhuran budi itu masih sudi melayan kerenah media.

Jenazah Nik Aziz Selamat Dikebumi


Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:05 PM

Jenazah Nik Abdul Aziz, 84, dibawa dan diiringi oleh ribuan masyarakat untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka selepas disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka. -fotoBERNAMA

KOTA BARU: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat.

Turut dilihat berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Man serta sepuluh anak Allahyarham.

Ribuan orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sejak berita kematiannya diketahui pada Khamis malam.

Nik Abdul Aziz disahkan meninggal dunia di kediamannya kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.

Antara yang hadir pada majlis pengebumian Nik Abdul Aziz ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ziarah terakhir, ribuan banjiri Pulau Melaka


Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.



LAPORAN LANGSUNG

9.35am: Orang ramai mula melaungkan takbir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di perkarangan masjid Tok Guru.

Takbir yang berterusan itu dilaungkan kuat dan berlanjutan selama kira-kira lima minit, ketika Najib berjalan menuju ke masjid.

9.30am: Semakin ramai menuju ke Pulau Melaka dan berkumpul di sepanjang Jalan Long Sulaiman.

Menurut agensi berita nasional Bernama, jumlah hadirin mencecah "puluhan ribu".

06 September 2014

PRK Pengkalan Kubor: Nik Aziz Mahu PAS Bertanding



Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 8:19 PM

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan calon dari partinya bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September ini.

"Saya orang PAS, saya nak PAS lah (bertanding), katanya ketika ditanya calon dari parti manakah dalam kalangan Pakatan Rakyat yang beliau mahukan bertanding pada PRK itu," katanya.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata bagaimanapun keputusan mengenai calon yang bertanding akan ditentukan oleh jawatankuasa parti peringkat negeri tidak lama lagi.

13 August 2014

Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi . . .


Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi.
Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang.
Tok Guru,
30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan.
PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak. Sebagai pekerja muda yang baru berusia 20 tahun, saya tinggal di bangunan PAS Kelantan di Jalan Tok Pati. Setiap pagi Jumaat saya akan bersama-sama dengan allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub mempersiapkan Dewan Zulkifli Muhamad untuk Tok Guru mengajar.

14 June 2014

AGBK 2013: TGNA tewaskan Dr Asri

  • Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui buku Bicara Ini Demi Illahi apabila dipilih peminat untuk memenangi Anugerah Penulis Pilihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, hari ini.

Selain Asri, Nik Aziz turut menewaskan beberapa nama besar lain seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Muhd Nasruddin Dasuki dan Prof Masya Rasid Muhamad.

Namun, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerah berkenaan.

Dyana Perlu Letak Islam Sebelum Parti - TGNA

alt


KOTA BHARU 14 Jun - Bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud sepatutnya lebih mengutamakan agama Islam berbanding pendirian parti politik yang disertainya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu lebih penting berbanding sesebuah parti politik kerana telah menjadi pegangan hidup manusia sejak sekian lama.

Sehubungan itu katanya, tiada sebab kenapa Dyana Sofya perlu mengutamakan DAP lebih daripada agama yang dianutinya sehingga terpaksa menolak pelaksanaan hukum hudud.

13 June 2014

Hudud: TGNA tak setuju kenyataan Dyana

Hudud: Nik Aziz tidak setuju kenyataan Dyana
KOTA BHARU  - "Saya tidak setuju kenyataan awak mengenai hudud." Itu antara kenyataan awal yang keluar dari mulut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertemu bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud di sini hari ini.
Dyana Sofya hadir mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melakukan kunjungan hormat ke atas Nik Abdul Aziz di pejabat beliau di Kompleks Kota Darulnaim.
Dalam pertemuan tersebut, bekas Menteri Besar itu turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.
Nasihat beliau itu adalah sebagai reaksi kepada tindakan Dyana Sofya yang dilaporkan berkata tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Bagaimanapun, butiran lanjut perbualan mereka selepas itu tidak diketahui kerana petugas media diarahkan beredar dengan alasan pertemuan itu sepatutnya diadakan secara tertutup.

04 June 2014

Artis teruja dapat temui Tok Guru Nik Aziz



KOTA BHARU: Seramai 18 artis yang akan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan Pejabat Menteri Besar mengikuti tazkirah disampaikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tazkirah ringkas itu diadakan tengah hari tadi ketika mereka mengunjungi Mursyidul Am PAS di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim.

Kumpulan artis terbabit diketuai Syed Aiman mewakili Kelab Sukan Artis Malaysia. Hadir sama Sabri Yunus, Fizo Omar, Danny X Factor, Syed Aiman dan Yantzen.

23 May 2014

PRK Teluk Intan : Apa kata TGNA

  • Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan kuliah yang lain.

2. Berhubung pilihan raya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. Pas tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak dari hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi Pas. Bersama-sama DAP dan juga PKR, Pas telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi Pas sebagaimana yang dilakukan Umno sebelum ini.

17 April 2014

Karpal ahli politik hebat – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mendiang seorang ahli politik yang hebat memperjuangkan keadilan untuk rakyat.

Katanya, Karpal seorang pemimpin yang dihormati orang ramai kerana kepakarannya dalam bidang perundangan.

“Mendiang memahami perundangan negara dan perlembagaan sebab itulah beliau bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

“Sebaliknya Umno yang mengaku Islam pula menghantar surat kepada saya melarang melaksanakan hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993.


“Surat amaran itu meminta jangan laksana hudud di Kelantan dan kalau buat juga akan diambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Karpal terbabit dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi tadi.

Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut melahirkan rasa sedih di atas kemalangan tragis menimpa pemimpin kanan DAP itu.

14 February 2014

TGNA terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahi


  • Nik Aziz terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahifoto ihsan FB Zahiruddin Zabidi
 1 / 1 
SHAH ALAM – Anak syarikat Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari menyerahkan royalti hasil buku bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul Bicara Cinta Demi Ilahi, hari ini.

Selain itu, Nik Aziz turut menerima hadiah Al-Quran Karya Bestari dan buku yang mula mencipta fenomena, Cerita Cinta Ahmad Ammar.

Editor Kanan Buku Karya Bestari, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi memberitahu, Nik Aziz segera meminta agar royalti itu diserahkan kepada Maahad Darul Anwar.

10 December 2013

Bila harimau ingatkan kambing bahaya serigala - Tn Guru Nik Aziz

  • Nik Abdul Aziz NikNik Abdul Aziz Nik
 1 / 1 
SAYA terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. 
Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? 

26 July 2013

Kuala Besut : Kuala Ujian - TGNA

JULY 26, 2013
Saya membaca keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut melalui akhbar tempatan yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan Umno/Barisan Nasional (BN).
Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin.
Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihan raya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini.
Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada Umno /BN menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.
Inilah rahsia sebenar kekuatan Umno. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka.
Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, semua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat (PR) kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional.
Secara logiknya, ibu negeri tentu tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Di sinilah Umno/BN gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.
Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam.
Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama.
Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.
Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” – Surah Yasin, ayat 6.
Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu.
Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala.
Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan selepas PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat.
Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.
Manusia apabila berilmu akan menolak Umno/BN yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak Umno/BN dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari.
Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.
Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi.
Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.
Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini. Ia juga medan ujian kepada petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas.
Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihan raya. Saya mendoakan semua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa’ ayat 104).
Kita bertanding di dalam pilihan raya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!
*Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan.

18 May 2013

Kesan didikan Tok Guru (TGNA)


KISAH NYATA Yang BENAR | YA ALLAH, Kagumnya Abe Dengan BUDAK PUNK Ni | THIS IS KELANTAN. Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur padaMu Ya Allah.

Kisahnya macam ni. Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya. Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum pekena Zohor lagi, almaklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.

23 February 2013

Penerima BRIM umpama haiwan - Itu peribahasa la samdol ...


Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar
KUALA TERENGGANU- Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).
Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.
"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.
"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

28 January 2013

“Saya anggap Tok (TGNA) adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia " -


Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira

JANUARY 28, 2013
Harakahdaily,28 Jan 2013


(PENUH KECERIAAN … Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

KUALA LUMPUR:
Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive