Showing posts with label surat terbuka. Show all posts
Showing posts with label surat terbuka. Show all posts

08 December 2014

25 Bekas Pegawai Tinggi Melayu Tulis Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia


Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 12:13 AM
> Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia
> Bagi Menyokong Debat dan Dialog Terbuka berkenaan Perundangan Islam
KAMI rakyat Malaysia yang prihatin, berasa bimbang dan amat kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.Perbalahan yang berlangsung sekarang ini tidak memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen.

24 October 2014

3 PKR DAN 2 DAP U TURN SELEPAS SOKONG DSWA

KENYATAAN TERBUKA


1.       Kenyataan saya bertarikh 13 September 2014 (sila klik)  langsung tidak dijawab YB Azmin Ali jelas hari ini semua tuduhan saya benar dan semua telahan saya dalam kenyataan tersebut menjadi nyata. Sedihnya PKR, PR telah dipermainkan hanya kerana cita – cita rakus seorang ahli politik sejati dan lebih malang lagi seorang yang digelar ibu gerakan reformasi, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,Presiden parti dimalukan oleh Azmin Ali.

2.       Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai bagaimana 5 orang ADUN (2 DAP 3 PKR) selepas beberapa hari mengikrarkan sokongan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah membuat satu surat sumpah berbeza. Masing masing menarik sokongan ke atas Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan kononya taat setia dengan pilihan siapa juga yang dipilih DYMM Sultan Selangor. Maka muncul persoalan ; Siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya ? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB ?

29 August 2014

Surat untuk saudara Lim Kit Siang

Saudara Lim Kit Siang yang dihormati. Pertama saya memohon maaf kerana tidak tahu apakah yang patut saya panggil saudara. Kalau mengikut budaya dan adab Melayu, saya sepatutnya memanggil saudara ayahanda atau sekurang-kurangnya pakcik kerana umur sudah hampir sama dengan arwah bapa saya.
Tetapi menghormati panggilan yang digemari dalam parti saudara, DAP, saya membahasakan diri tuan saudara.
Saya mula bekerjasama rapat dengan parti saudara, iaitu DAP pada 2000 lagi. Ketika itu, akhbar tempat saya bekerja Harakah dihadkan pengeluarannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada 2 kali seminggu ke 2 kali sebulan.

13 August 2014

Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi . . .


Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi.
Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang.
Tok Guru,
30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan.
PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak. Sebagai pekerja muda yang baru berusia 20 tahun, saya tinggal di bangunan PAS Kelantan di Jalan Tok Pati. Setiap pagi Jumaat saya akan bersama-sama dengan allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub mempersiapkan Dewan Zulkifli Muhamad untuk Tok Guru mengajar.

12 July 2014

Surat Terbuka kepada Najib Razak

Kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
Saya, Muhammad Nomy Nozwir, hari ini menulis surat ini berdasarkan kenyataan anda berkenaan tentang kekalahan teruk Brazil kerana ketiadaan kepimpinan yang berkesan dalam pasukan bolasepak Samba itu.
Apabila anda bercakap begitu, mungkin anda sedang bermuhasabah diri.
Dalam masa saya tidak yakin dengan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana terlalu banyak pergolakan konflik dalaman parti serta isu pemilihan dalam parti komponen PR yang tak selesai-selesai, saya juga tidak yakin dengan kepimpinan anda yang membawa negara ini ke arah terumbang-ambing.

23 June 2014

Surat terbuka kepada Datin Seri Rosmah Mansor

Saya terpanggil untuk menulis sepucuk surat buat mama selepas membaca khabar berkenaan ucapan mama di Majlis Anugerah Nadi Negara 2013 Wanita Umno di ibu negara semalam menyentuh berkenaan mahasiswa. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih buat mama, atas keperihatinan berkenaan anak-anak mama sendiri iaitu mahasiswa sendiri.
Memetik ucapan semalam, pandangan mama kepada anak-anaknya dan menasihatkan golongan mahasiswa supaya memproses maklumat yang diperoleh di alam maya dengan bijak dan tidak hanya mempercayainya tanpa membuat semakan dan kajian, dalam pelajaran di universiti, mahasiswa dididik untuk berfikir secara kritis dan rasional selain tidak hanya menggunakan pemikiran logik tetapi membuat semakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat.

30 May 2014

PRK Teluk Intan : Surat Terbuka Dyana Sofya


Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 9:12 PM


Dyana Sofya

TELUK INTAN: Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pada malam Khamis memberikan 'surat terbuka'nya untuk rakyat di kawasan Parlimen itu.
Beliau berkata, rupa parasnya sebenarnya langsung tidak penting dalam pilihan raya kecil yang baginya amat penting ini.
"Saya tidak masuk DAP untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Saya menyeru orang di Teluk Intan untuk menilai saya melalui nilai, prinsip dan impian saya untuk Malaysia yang lebih baik.

18 February 2014

Surat terbuka kepada Dr Kassim Ahmad


Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.
Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.
Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.
Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.

22 January 2014

Surat terbuka kepada Najib, dari Nurul Izzah

  • Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar
 1 / 1 
SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

25 December 2013

Lagi Surat Terbuka Untuk Najib

DECEMBER 25, 2013
Pasca PRU13, ataupun pasca rakyat memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kesabaran rakyat terus dan terus diuji. Pelbagai jenis keperluan rakyat dinaikkan dengan alasan yang pelbagai. Kata Datuk Seri, kita naikkan gula kerana mahu mengurangkan kadar diabetes rakyat Malaysia. Malah kata menteri-menteri yang lain, yang menjadi 'trademark' setiap kali kos sara hidup dinaikkan, "Kalau tak suka, jangan duduk di Malaysia!".
Macam Malaysia ini kerajaan BN yang punya. Suka hati menghalau rakyat untuk berhijrah ke negara lain.
Datuk Seri Najib Razak, saya masih ingat salah satu manifesto parti sewaktu PRU13. Datuk kata mahu menurunkan kadar tol secara berperingkat, Datuk kata mahu menurunkan itu dan ini, maka gembiralah kami seraya memberi mandat kepada Datuk agar melaksanakan manifesto dan janji. Datuk kata prihatin nasib rakyat. Saya ingat lagi, Datuk selalu mengulang kalimah Janji Ditepati. Namun setelah mandat itu diterima, mana Janji Ditepati? Yang saya lihat, banyak roti capati yang dijual di kedai-kedai mamak. Saya tak suka makan roti capati.

19 December 2013

Surat Terbuka Kepada Najib Razak - Kemana duit kami pergi?

YAB Datuk Seri,
Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar.
Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama.
Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan.

13 August 2013

Surat Terbuka kepada KJ - Apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

  • Khairy JamaluddinKhairy Jamaluddin
 1 / 1 
Buat Yang Berhormat (YB) Menteri Belia dan Sukan, Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal.

Kita sesama Islam dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itulah harapan kami.

YB telahpun dinaikkan oleh ALLAH SWT ke jawatan Menteri Belia dan Sukan yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.

Pada 21 Ogos 2013 lalu, dikatakan Kumpulan Rock iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadan.

Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka, apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?

Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah.

Hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Terima kasih YB

Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi  (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor 13 Ogos 2013

18 March 2013

Surat Terbuka Faekah Kepada Mahathir

Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya masa depan, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor baru-baru ini melampaui batas.

Kenyataan tersebut lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu menunjukkan beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama, lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu.

Dr Mahathir mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam dalam kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

12 March 2013

Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.- Md Zain Ibrahim


Pada 9 Mac yang baru berlalu, negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa kepada Saiful Bukhari – pengadu dalam kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim.

Secara peribadi saya mengalukan kepantasan Timbalan Ketua Polis Negara, mengeluarkan kenyataan bahawa polis akan segera memanggil Azlan Lazim, untuk mengenal pasti sebab dan tujuan beliau membuat keterangan sedemikian.

Bagaimanapun kenyataan Timbalan KPN yang menyatakan, bahawa oleh kerana Azlan tidak pernah dipanggil memberi keterangan di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat berkenaan, maka pendedahan Azlan sedemikian itu tidak bernilai dan tidak boleh digunapakai, adalah suatu kenyataan yang tidak wajar dibuat di peringkat ini, sedangkan keterangan dari Azlan masih belum diambil lagi.

13 February 2013

Surat Terbuka Deepak kepada Mahathir

KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan hari ini menghantar surat terbuka kepada bekas Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir Mohamad mengulangi sejarah suratnya kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebelum ini.

Surat ini dibuat Deepak bagi memberitahu Dr Mahathir, bahawa beliau sedia menerima nasihatnya dan inilah yang beliau buat sejak  dua tahun lalu.

Namun segala usahanya tidak mendatangkan hasil kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak peduli kepadanya.

Deepak membuat surat ini ekoran nasihat Dr Mahathir kepada Najib agar 'jangan pedulikan Deepak' (Ignore Deepak) sebagaimana yang disiarkan oleh media sebelum ini.

25 May 2012

Surat terbuka Dr Maszlee kepada Hassan Jati


Selepas debat PTPTN antara Rafizi dan Khairi, populariti moderator debat iaitu Dr. Maszlee Malik naik mendadak. Mungkin sebelum ini masyarakat umum ramai tidak mengenalinya tetapi selepas ini ramai yang menyebut-nyebut namanya sebagai seorang moderator yang berkaliber dan terus terang.


Akibat cabaran yang di lontarkan kepada najib dan Anwar sebagai penutup tirai debat tersebut, ramai pencacai United Malays National Organisation (Umno) tidak berpuas hati. Ini surat terbuka Dr. Maszlee Malik kepada Dr. Hassan Ali yang beliau tulis dalam blognya.. 
Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

10 February 2012

Surat Terbuka kepada Hassan Ali

YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

09 February 2012

Surat Terbuka kepada Datin Seri Hajjah Rosmah

Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, ......

02 January 2012

Lagi Surat Terbuka kepada POLIS

by Hanglekiu

Salam sejahtera buat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terkenal dengan slogannya ‘Cepat, Mesra dan Betul’. Hamba ingin menarik perhatian pihak tuan kepada peristiwa berdarah 1 Januari 2012 ketika penyuraian Himpunan Kebebasan Akademik di hadapan UPSI yang rata-ratanya disertai mahasiswa dan belia.

Di beberapa Negara yang pernah hamba berkelana, polis dianggap sebagai perkakas rejim dan bukan sebagai penjaga keselamatan awam. Polis juga ditakuti dan dibenci bukan diharapkan dan dihormati sebagai penjaga undang-undang.

Polis menjadi simbol kezaliman dan bukan panji-panji keamanan. Sehingga ada yang sanggup melabel polis sebagai anjing-anjing suruhan, yang bertindak mengikut arahan tuan tanpa berperikemanusiaan. Hamba pohon PDRM untuk tidak menjadi sedemikian di Tanah Tumpah Darahku, Malaysia tercinta ini.

01 January 2012

Selamat Tahun Baru - Surat Terbuka Kepada Najib (dari blogger UmporNo sendiri)


Assalamualaikum wbt kepada Dato Seri sekeluarga.

Sempena menyambut tahun baru 2012 ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga Dato Seri terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah swt untuk terus memimpin negara ini,memelihara dan membela agama Islam.mengangkat martabat dan maruah bangsa Melayu ketempat yang sepatutnya dan memastikan rakyat berbilang kaum yang menghuni bumi bertuah ini hidup dalam keadaan aman,sentosa dan bersatu padu.Amin...

Sebelum saya meneruskan kata kata izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu jika kedapatan kata kata yang akan menyinggung perasaan Dato Seri dalam saya menyusun bicara.Sesunguhnya segala yang baik itu dari Allah swt dan tidak baik itu semestinya datang dari diri saya sendiri.Allahu'alam..

Dato Seri,

Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun DS menjadi Perdana Menteri kita sejak mengambil alih dari Pak Lah 3hb April 2009.Rakyat yang begitu tertekan dengan kepimpinan Pak Lah yang sepanjang masa terlena dan dengan kerakusan REGIM TINGKAT EMPAT yang sepanjang masa merompak kekayaan negara merasakan kehadhiran DS sebagai satu RAHMAT dan PENYELAMAT yang di utus Allah swt kepada bumi bertuah ini dan rakyat nya untuk keluar dari 'kehidupan malap rejim Pak Lah'.Begitu tinggi PENGHARAPAN semua rakyat terutama nya ORANG MELAYU untuk melihat DS mengubah keadaan sebelum itu agar rakyat dapat merasa kembali rasa SELAMAT dan SELESA yang pernah dikecapi sebelum ini.

Memandangkan DS mewarisi MANDAT SAKIT yang tidak selesa dari Pak Lah dan segala macam KUMAN SIPILIS dan GONORRHEA dari kepimpinan Pak Lah,rakyat tidak terlalu mengharapkan DS melakukan KEAJAIBAN untuk memperbetulkan segala macam KEMUSNAHAN yang telah dilakukan Regim Pak Lah terhadap EKONOMI dan POLITIK negara.Cukuplah sekadar rakyat tidak tertekan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi begitu menekan sekali hasil kerja tangan Pak Lah dan Kerajaan dibawah kepimpinan nya.

Kini musim 'bulan madu' Dato Seri telah tamat dan kalau ibarat anak kecil yang baru lahir yang menjangkaui usia 3 tahun pastinya sudah pandai berjalan dan berlari dan najis pun dan jadi keras,begitulah ibaratnya dengan pemerintahan DS hari ini.Tiada lagi kompromi dari pihak rakyat walaupun rakyat tidak mengharapkan Dato Seri melakukan 'miracles' (keajaiban) dalam memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku.

Dato Seri,

Saya faham setiap pemimpin besar ingin meninggalkan LEGASI masing masing agar dikenang rakyat.Tapi dalam usaha mencipta dan mencetus LEGASI kadang kadang pemimpin terlalu ghairah hingga terlupa apa yang nak dicetuskan itu memakan dirinya sendiri dan menjadi BAHAN LAWAK selepas dia tidak lagi berkuasa.Ambil saja contoh HADHARI dan pencetusnya..apa sudah jadi dengan gagasan itu?

Tidak lebih dari bahan lawak ISLAM HADHARI dan IMAM HADHARI yang menjadi punca rakyat ketawa berdekah dekah hari ini bila dibicarakan diwarung warung kopi.Tun Mahathir yang mencetuskan WAWASAN 2020..adakah kita memanggil beliau dengan gelaran BAPA WAWASAN 2020?Pasti tidak..kerana beliau dikenali sebagai BAPA PERINDUSTRIAN NEGARA dan bukan Bapa Wawasan 2020.Tapi adakah pencetus gagasan Hadhari digelar "Bapa Hadhari'?...Tidak bukan?Kerana dia hanya digelar dan dikenali sebagai 'BAPA MERTUA KHAIRY'.

Berapa lama kekeliruan yang timbul bila Dato Seri mencetuskan gagasan 1Malaysia?Begitu lama sekali sehingga jentera Jabatan Penerangan,Kerajaan dan Umno terpaksa terus terusan memberi penerangan sehingga kehari ini.Begitu payah untuk rakyat menyerapkan gagasan 1Malaysia ini ke minda mereka sedangkan 'paksi utama' gagasan itu amatlah mudah.iaitu...PERPADUAN.Kerana apa?Kerana gagasan ini amat samar samar dan mudah di manupulasikan berbagai pihak mengikut tafsiran dan kepentingan kelompok masing masing.Kalau sudah begitu SAMAR dan MENGELIRUKAN,apakah DS yakin gagasan ini akan terus dibawa oleh pemimpin terkemudian atau ianya akan MATI sapertimana matinya HADHARI sebelum ini?

Dato Seri maafkan saya...

Mungkin laporan yang DS perolehi dari berbagai sumber sejak memegang tampuk pemerintahan semuanya baik baik belaka dan membuat Dato Seri senantiasa "feel good",apatahlagi dengan nasihat dan pandangan yang diberi oleh Punahsihat dan ConSultan yang ramai melekat macam dedalu didahan pokok didalam pentabiran DS.Maka timbulah berbagai SPV (special purpose vehicle) dengan berbagai AKRONIM untuk menterjemahkan berbagai bagai TRANSFORMASI YANG BERAKRONIM hasil 'perahan otak' manusia luarbiasa bernama IDRIS JALA.Maka segala macam langkah tranformasi telah DS umumkan sejak menjadi Perdana Menteri,ada yang saya masih ingat tapi banyak yang dah saya terlupa.Bayangkan orang macam saya yang menghabiskan 12-15 jam sehari melayari alam siber pun boleh terlupa apatah lagi pakcik makcik kat kampung sana?

Dalam pada itu kemunculan dan peranan adik DS sendiri Nazir Razak dalam setiap langkah besar kerajaan sebagai penasihat kewangan berhubung pemilikan dan penstrukturan semula SBK(syarikat berkenaan kerajaan) atau GLC tidak membantu langsung imej Dato Seri dimata rakyat.Mas-AirAsia,QSR Brands dan Penyenaraian FGV adalah di antaranya dan akan ada banyak lagi yang bakal mendatang dan mesti ada CAP JARI NAZIR TUN ABD RAZAK diatasnya.Itu belum lagi diambil kira RAKSAKSA RAKSAKSA yang mengepalai GLC GLC ini.Jadi apa yang DS harap sebagai persepsi rakyat bila KERAKUSAN makhluk makhluk diatas MELAHAP kekayaan yang rakyat percaya sebagai MILIKNEGARA hanya untuk memperkayakan beberapa kerat diantara mereka?

Orang paling dekat dan paling rapat dengan Dato Seri sendiri saperti ISTERI dan ADIK tidak juga membantu 'pembentukan imej baik' yang DS perlukan.Tak perlulah saya perincikan disini sebab Dato Seri dan satu Malaya pun dah tahu apa dia.Mungkin DS tidak pernah mendengarnya sendiri kerana setiap kali turun padang WALKABOUT ROUNDABOUT nampak sambutan nya ok je,tapi tiga langkah kehadapan rakyat duk 'sosek sosek sinis' perihal Datin Seri Hajjah dibelakang..dan itulah HAKIKAT dan KENYATAAN nya.Sebagai rakyat,ahli Umno,penyokong kerajaan dan penyokong Dato Seri..sesuatu yang amat memilukan hati saya bila ISTERI PEMIMPIN NO 1 negara dijadikan bahan lawak dan cerita disetiap penjuru negara oleh rakyat.Salah siapa???...dan belum pernah dalam sejarah negara kita ISTERI PERDANA MENTERI diperlakukan sedemikian.Maafkan saya kerana terpaksa berterus terang...

Dato Seri..

Ada banyak lagi keluh kesah dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Dato Seri terutama yang melibatkan Orang Melayu,Agama Islam dan sikap tunduk dan akur Dato Seri terhadap tekanan dan desakan kaum lain,tapi cukuplah setakat ini dahulu yang saya catitkan.Mungkin dengan izin Allah swt dilain waktu dan ketika akan saya coretkan dalam Siri SURAT TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI yang saya mulakan malam ini.Harap harap tiada keperluan untuk saya berbuat demikian dilain kali.

SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA DATO SERI DAN DATO SERI HAJJAH SEKELUARGA,SEMOGA ALLAH SWT SENANTIASA MEMBIMBING DATO SERI DALAM MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL DALAM AMANAH YANG DI LETAKAN DIBAHU DATO SERI HARI INI.AMIN

ASSALAM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive