Showing posts with label kassim ahmad. Show all posts
Showing posts with label kassim ahmad. Show all posts

01 July 2014

Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad kufur dan murtad

Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
"Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu berlangsung di Putrajaya.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media hari ini.
Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang.
Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
"Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat.
"Oleh demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya.
Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis ini diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit, katanya. – Bernama, 1 Julai, 2014.

18 June 2014

Kassim Ahmad kecam JAWI


Dia menuduh mereka sebagai menjatuhkan maruah Islam dan membawa Malaysia ke ambang anarki.
kassimahmadPETALING JAYA: Malaysia seolah-olah berada di “ambang anarki”, kata sarjana kontroversi Kassim Ahmad, merujuk kepada tindakan oleh pihak berkuasa Islam baru-baru ini. Menjelaskan mengapa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meminta campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes yang didakwa terhadapnya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), beliau berkata beliau bimbang Islam diaibkan.
Surat peguamnya, dihantar pada Jumaat lepas, juga ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan de facto Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Dalam mesej kepada FMT, Kassim Ahmad, juga dikenali sebagai Pak Kassim, menulis:

07 April 2014

Hina agama: Kassim Ahmad dibicara 6 dan 7 Mei

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 6 dan 7 Mei ini untuk perbicaraan kes bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad yang menghadapi dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Hakim Syarie Azzeman Omar menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut pada hari ini.
  
Beliau juga membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris supaya jumlah jaminan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Syarie Ummamuddin Yunus sebanyak RM6,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Kassim dikekalkan.
  
Pada 27 Mac lepas, Kassim, 81, mengaku tidak bersalah di hadapan Ummamuddin terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

25 February 2014

Tindakan pada Kassim Ahmad lewat sebab Mahathir


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
FEBRUARY 25, 2014
Pihak berkuasa agama berlengah dalam mengambil tindakan terhadap kenyataan Kassim Ahmad, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Gambar fail.Pihak berkuasa agama berlengah dalam mengambil tindakan terhadap kenyataan Kassim Ahmad, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Gambar fail.Tiada tindakan yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri berhubung kenyataan Dr Kassim Ahmad dipercayai akibat pengaruh daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata kelewatan jabatan agama negeri mengambil tindakan terhadap Kassim akan mengundang salah faham di kalangan umat Islam serta mewujudkan ketegangan di antara orang Melayu.
“Kita nampak semua jabatan agama ambil tindakan terhadap Syiah tetapi apabila Kassim mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah yang mana kedudukannya diabadikan dalam Al-Quran tiada tindakan daripada mana-mana pihak.
“Apabila melibatkan Dr Mahathir yang menjadi orang yang menjemput Kassim untuk berucap maka langsung tidak ada apa-apa tindakan. Kita hairan dengan mainan politik sebegini rupa,” katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.
Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya dilaporkan menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, mempersoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi umat Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".
Beliau turut mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukannya sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk, "Hala Tuju Malaysia dalam masa 30 Tahun". - 25 Februari, 2014 TMI

19 February 2014

Mahathir memang kuat pemohong ...Mahathir berbohong tentang Kassim Ahmad, kata bekas ketua Persatuan Ulama

OLEH ZULKIFLI SULONG
FEBRUARY 19, 2014
Ahmad Awang meneliti dokumen tentang Kassim Ahmad sebelum diserahkan kepada The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014.Ahmad Awang meneliti dokumen tentang Kassim Ahmad sebelum diserahkan kepada The Malaysian Insider. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa berbohong apabila berkata para ulama di negara ini gagal melawan Dr Kassim Ahmad dengan hujah, lalu melabelkannya sebagai 'anti-Hadis'.
Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang berkata, ketika kejadian pertama Kassim membawa teorinya pada tahun 1986, beliaulah ketika itu Pengarah Penyelidikan Pusat Islam (kini Jakim) yang berdepan dengan Kassim.
"Atas kapasiti sebagai Yang di-Pertua PUM, kami berdepan dengan Kassim di Masjid Seksyen 16, Petaling Jaya. Beliau meminta kami dengarkan dulu dia bercakap, selepas dia bercakap, masa habis, dan dia pulang ke Pulau Pinang.
"Dia berjanji akan bertemu semula. Namun selepas itu, sampai sekarang dia tidak mahu bertemu kami. Ia berakhir dengan dia sahaja yang bercakap dan kami hanya mampu mendengar dan tidak boleh berhujah balas bagi menjawab dakwaan beliau," cerita Ahmad Awang kepada The Malaysian Insider, mengingati kembali kejadian hampir 30 tahun lalu itu.
Tidak lama selepas pertemuan itu, katanya, Kassim pergi ke akhbar Watan ketika itu (walaupun berjanji tidak ada sebarang laporan media berkaitan majlis itu) dan memaklumkan akhbar tersebut para ulama gagal berhujah dengan beliau.

Kassim Ahmad ibarat bongkah ais di permukaan laut



Pelbagai pihak melahirkan kritikan terhadap kenyataan tidak beradab serta bertentangan dengan prinsip Islam yang dikeluarkan oleh Kassim Ahmad.

Kenyataan beliau bukanlah perkara baru, bahkan buku beliau turut diharamkan dan diyakini boleh membawa kerosakan akidah.

Pelbagai fatwa serta kecaman telah dilakukan sebelum ini, nampaknya ia tidak berkesan untuk mengubah pendirian dan kefahaman salahnya terhadap ajaran Islam.

18 February 2014

Surat terbuka kepada Dr Kassim Ahmad


Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.
Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.
Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.
Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive