Showing posts with label mahkamah syariah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah syariah. Show all posts

26 August 2014

Mahkamah batal tuduhan khalwat ke atas Halimah

Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang, hari ini, membatalkan tuduhan berkhalwat dan sabitan bersalah yang dikenakan terhadap seorang wanita Indonesia beragama Kristian, Halimah, dua tahun lalu.
Pendakwa Syarie Mohamad Fahmi Mohamad Idris memberitahu mahkamah pihaknya menarik semula pendakwaan terhadap Halimah.
Arahan tersebut dilakukan ketua pegawai pendakwa raya syariah mengikut Seksyen 103 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang yang membenarkan ketua pegawai pendakwaraya untuk menarik kembali pendakwaan di mana-mana peringkat kes.

07 April 2014

Hina agama: Kassim Ahmad dibicara 6 dan 7 Mei

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 6 dan 7 Mei ini untuk perbicaraan kes bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad yang menghadapi dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Hakim Syarie Azzeman Omar menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut pada hari ini.
  
Beliau juga membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris supaya jumlah jaminan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Syarie Ummamuddin Yunus sebanyak RM6,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Kassim dikekalkan.
  
Pada 27 Mac lepas, Kassim, 81, mengaku tidak bersalah di hadapan Ummamuddin terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

27 August 2013

Anak Taib Mahmud ada anak dengan 'mistress' Australia - Shahnaz (bekas isteri)

OLEH RITA JONG
AUGUST 27, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 27, 2013 06:14 PM
Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mendengar kes anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan telah berlaku curang sejak dua dekad lalu.
Shahnaz A. Majid, 50, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib telah membawa wanita Australia dan Rusia ke perhimpunan keluarga semasa masih ada hubungan perkahwinan.
Beliau difahamkan Mahmud telah mempunyai seorang anak lelaki bersama wanita Australia itu.
“Dia membawa wanita itu ke majlis perkahwinan adik perempuannya sama ada pada tahun 2000 atau 2001 di Kuching,” katanya sewaktu ditanya peguam Akbardin Abdul Kader hari ini.
“Nama wanita itu Louisse Hiley. Saya tidak tahu status pernikahan mereka tetapi mereka mempunyai anak bernama, Adam.”
Shahnaz kemudian diberitahu Hiley dan Mahmud telah berpisah dan Adam mengikut ibunya.
Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz Datuk Sheila Majid telah memberi keterangan kepada mahkamah bagi mendapatkan pampasan RM300 juta dan RM100 juta tuntutan mutaah atas penceraian itu.
Beliau turut meminta 50 peratus aset kepunyaan Mahmud Abu Bekir termasuk kereta mewah, beberapa rumah di luar negara, tanah di Sarawak dan pegangan saham.
Kes penceraian itu mendedahkan kekayaan keluarga ketua menteri Sarawak.
Dalam penghakiman itu, Shahnaz menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 buah syarikat yang diisytihar sebagai harta sepencarian.
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Mahmud pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rayden Myura Abdul Taib Mahmud, 20.
Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 19 tahun empat bulan sebelum Mahmud memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011.
“Perkahwinan kami pada awalnya bahagia namun tidak kekal lama. Tidak lama kemudian, perkahwinan dilanda masalah kerana Mahmud gagal melunaskan tanggungjawabnya,” kata Shahnaz.
“Kami akhirnya berpisah kerana dilanda pelbagai masalah ekoran sifatnya yang ganas dan panas baran.”
Katanya, Mahmud melayannya dengan tidak adil sebagai isteri pertama. Selepas Hiley, dia berkahwin dengan perempuan Rusia.
Akbardin: Bagaimana anda tahu dia berkahwin dengan wanita Rusia?
Shahnaz: Saya baca sebuah artikel di majalah The Peak pada September 2010. Beliau telah ditemubual oleh majalah berkenaan dan mengakui wanita Rusia itu isterinya.
Akbardin: Apa namanya?
Shahnaz: Elena Vasilenko.
“Dia kemudian kembali ke rumah bersama perempuan itu dan membawa anak kami keluar. Saya tidak tahu mereka telah berkahwin,” katanya.
Shahnaz menambah sebelum dia bercerai, Mahmud turut membawa Vasilenko ke majlis hari jadi ibunya.
Pada Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan permohonan Mahmud bagi diadakan perbicaraan semula atas sebab kes tuntutan mutaah sebelum itu dijalankan tidak mengikut prosedur..- TMI

26 April 2012

Khalid Samad - Ahli Parlimen Shah Alam - didakwa di Mahkamah Rendah Syariah



KLANG - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini berhubung kesalahan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah surau Taman Seri Sementa, Kapar dekat sini, 16 Ogos lalu.
 
Bagaimanapun, Khalid mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Norafizi Fitri Ab Manaf.
 
Mahkamah juga membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. - Sinar

11 August 2010

Bung Mokhtar : Dah agak dah ....

STONE : Hahahaha ... mana saja Mahkamah di Malaysia ni , termasuk lah yang ni dah boleh di baca akan keputusannya bila melibatkan orang-orang BN neh ... ni bukan la menghina mahkamah tau ... hahaha tak kan lah diaorang nak penjarakan si Bung tu ... hehehehe seribu bagi si Bung tu tak kisah pun ...

Hukuman penjara 1 bulan diganti dengan denda RM1,000.00

SHAH ALAM, 11 Ogos — Hukuman penjara sebulan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan BN Datuk Bung Moktar Radin kerana berpoligami tanpa kebenaran dibatalkan dan digantikan dengan denda RM1,000.

Wakil rakyat itu akan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengumumkan keputusan itu pagi ini selepas mendengar rayuan Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Bung Moktar, 51, yang bernikah dengan pelakon Zizie Izette A. Samad, 31, sebagai isteri kedua, memfailkan rayuan itu 25 Mei lepas bagi memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda.

Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas anggota Parlimen Kinabatangan itu mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.

Rayuan didengar oleh Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim.

MENYUSUL LAGI

19 May 2010

Apa ada hal ... 1 bulan penjara dan RM1000 denda ... Bung Mokhtar

Kinabatangan MP Bung Moktar Radin has been slapped with both a jail sentence and a fine for illegally entering into a polygamous marriage with actress Zizie Izette Abdul Samad.

STONE : Hahahahah bung Mokhtar tidor penjara 1 bulan ... bini boleh bawa ker ... kah kah.
Bung, tak malu ker ... nak jadi MP lagi ... ada orang Kinabatangan nak percaya ker lagi pada wakil mereke yang pernah tidor dipenjara? ...
Demi menjaga maruah parti yang sentiasa bersih tu (bersih ker) ... letak lah jawatan ... boleh la kitaorang ke Sabah pula lepas ni.

27 September 2009

Najib Altantuya : Jangan jadikan Islam bahan ketawa

Hukuman sebat Kartika masih samar

KUANTAN - Hari Raya Aidilfitri sudah masuk hari kelapan namun tarikh sebenar untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kerana kesalahan minum arak masih samar.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, tarikh bagi melaksanakan hukuman tersebut belum ditetapkan secara muktamad.

"Belum ditetapkan tarikh tetapi kemungkinan hukuman akan dijalankan sebelum Hari Raya Haji (Aidiladha) nanti.

"Kita tunggu dan bersabar. Apabila sampai waktu, hukuman akan dilaksanakan mengikut kaedah syariah yang dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas perkembangan proses pelaksanaan hukuman maksimum enam kali sebat dan denda RM5,000 ke atas Kartika seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 20 Julai lalu atas kesalahan minum arak di sebuah pusat peranginan di Cherating dua tahun lalu.

Sebelum ini, proses pelaksanaan hukuman ke atas Kartika yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang di Selangor pada 24 Ogos lalu untuk disebat telah ditangguh bagi menghormati bulan Ramadan selepas mendapat arahan Pejabat Peguam Negara.

Tambah Abdul Rahim, hukuman tersebut akan tetap dilaksanakan sebagai pengajaran dan membanteras umat Islam daripada melakukan kesalahan minum arak di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, perbincangan antara JAIP dengan Jabatan Penjara berhubung pelaksanaan hukuman tersebut akan dibuat dalam tempoh terdekat.

"Perbincangan akan membabitkan Ketua Pendakwa Syarie dan Ketua Pendaftar Syarie JAIP dengan Jabatan Penjara mengenai lokasi, tarikh dan waktu hukuman.

"Ia (perbincangan) merupakan prosedur biasa yang dibuat setiap kali hukuman dijatuhkan ke atas pesalah," jelas Abdul Hamid.

Mengulas persediaan tukang sebat yang akan melaksanakan hukuman tersebut, Abdul Hamid berkata, perkara itu juga akan dibincang dalam pertemuan tersebut. - Kosmo
STONE : Aku bukan ustaz, apatah lagi tok guru, bukan alim ulamak, tapi sekadar orang biasa yang beragama Islam yang ingin mengetahui ... Kenapa susah sangat nak laksanakan hukuman keatas Kartika ni? Jangan la jadikan Islam ini bahan ketawa agama lain. Kalau dulu katanya hukuman tak dapat dilakukan dek kerana bulan Ramadhan, kini nak berbincang pula, sekadar untuk mencari tarikh. Susah sangat ka nak tetapkan tarikh tersebut.
(Rupanya macam ni yer prosuder apabila untuk melaksanakan sesuatu hukuman, kena bincang 1Malaysia dulu sekadar nak cari tarikh ... kah kah kah.
Maaflah aku tak berapa faham sebelum ini)
Apakah ini semua gara-gara campurtangan beberapa pihak yang dungu tentang Islam, walaupun semua nya beragama Islam. Najib Altantuya, Shahrizat Jambul, Sisters in Islam yang seoalh-olah menentang hukuman terhadap Kartika, walau Kartika sendiri rela menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka.
Inilah dia 1Malaysia Najib Altantuya, yang terjerit-jerit mendakwa "UMNO adalah parti Islam ...

27 August 2009

Kes Kartika - Hormati keputusan Mahkamah Syariah - PGSM

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.
Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip, berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan yang berjalan seiring dan harmoni sejak sekian lama, dan ia hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.
"Kami menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan pelaksanaan undang-undang syariah," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan Islam, di sini hari ini.

Kartika, 32, dijangka menjalani hukuman sebat selepas Hari Raya setelah ia ditangguhkan Isnin lalu oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus. Mahkamah menjatuhkan hukuman itu 20 Julai lalu selepas Kartika mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai, 2008.
Mohamad Isa berkata, sesiapa yang tiada kaitan dengan agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam dan sepatutnya diuruskan oleh pihak yang berautoriti bagi agama Islam. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive