KUANTAN - Hari Raya Aidilfitri sudah masuk hari kelapan namun tarikh sebenar untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kerana kesalahan minum arak masih samar.
Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, tarikh bagi melaksanakan hukuman tersebut belum ditetapkan secara muktamad.
"Belum ditetapkan tarikh tetapi kemungkinan hukuman akan dijalankan sebelum Hari Raya Haji (Aidiladha) nanti.
"Kita tunggu dan bersabar. Apabila sampai waktu, hukuman akan dilaksanakan mengikut kaedah syariah yang dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau diminta mengulas perkembangan proses pelaksanaan hukuman maksimum enam kali sebat dan denda RM5,000 ke atas Kartika seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 20 Julai lalu atas kesalahan minum arak di sebuah pusat peranginan di Cherating dua tahun lalu.
Sebelum ini, proses pelaksanaan hukuman ke atas Kartika yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang di Selangor pada 24 Ogos lalu untuk disebat telah ditangguh bagi menghormati bulan Ramadan selepas mendapat arahan Pejabat Peguam Negara.
Tambah Abdul Rahim, hukuman tersebut akan tetap dilaksanakan sebagai pengajaran dan membanteras umat Islam daripada melakukan kesalahan minum arak di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, perbincangan antara JAIP dengan Jabatan Penjara berhubung pelaksanaan hukuman tersebut akan dibuat dalam tempoh terdekat.
"Perbincangan akan membabitkan Ketua Pendakwa Syarie dan Ketua Pendaftar Syarie JAIP dengan Jabatan Penjara mengenai lokasi, tarikh dan waktu hukuman.
"Ia (perbincangan) merupakan prosedur biasa yang dibuat setiap kali hukuman dijatuhkan ke atas pesalah," jelas Abdul Hamid.
Mengulas persediaan tukang sebat yang akan melaksanakan hukuman tersebut, Abdul Hamid berkata, perkara itu juga akan dibincang dalam pertemuan tersebut. - Kosmo
STONE : Aku bukan ustaz, apatah lagi tok guru, bukan alim ulamak, tapi sekadar orang biasa yang beragama Islam yang ingin mengetahui ... Kenapa susah sangat nak laksanakan hukuman keatas Kartika ni? Jangan la jadikan Islam ini bahan ketawa agama lain. Kalau dulu katanya hukuman tak dapat dilakukan dek kerana bulan Ramadhan, kini nak berbincang pula, sekadar untuk mencari tarikh. Susah sangat ka nak tetapkan tarikh tersebut.
(Rupanya macam ni yer prosuder apabila untuk melaksanakan sesuatu hukuman, kena bincang 1Malaysia dulu sekadar nak cari tarikh ... kah kah kah.
Maaflah aku tak berapa faham sebelum ini)
Apakah ini semua gara-gara campurtangan beberapa pihak yang dungu tentang Islam, walaupun semua nya beragama Islam. Najib Altantuya, Shahrizat Jambul, Sisters in Islam yang seoalh-olah menentang hukuman terhadap Kartika, walau Kartika sendiri rela menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka.
Inilah dia 1Malaysia Najib Altantuya, yang terjerit-jerit mendakwa "UMNO adalah parti Islam ...
No comments:
Post a Comment