Majoriti rakyat dan hampir semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan tertekan dan tidak gembira lagi sekarang ini.
Tidak seperti sebelumnya, tahap kegembiraan rakyat kini berada pada kadar paling rendah sekali, malah sesetengahnya mungkin negatif kegembiraannya.
Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.
Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh.
Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.












KUALA LUMPUR, 12 Okt — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui mengadakan perjumpaan dengan asing George Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh spekulator mata wang tersebut.




