Showing posts with label projek gajah putih.. Show all posts
Showing posts with label projek gajah putih.. Show all posts

22 February 2011

Gajah Putih RM56juta di Keramat ... Nong Chik pi tengok sat


TERBIAR....Keramat Mall yang masih tidak beroperasi.
KUALA LUMPUR: Projek gajah putih. Itu gelaran yang diberikan penduduk sekitar Keramat terhadap kompleks pasar dan perniagaan moden, Keramat Mall yang siap dibina pada penghujung 2008 apabila sehingga kini ia masih gagal beroperasi.

Malah, tinjauan Metroplus mendapati kompleks berharga lebih RM56 juta kira-kira setengah kilometer dari pasar lama dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya teknologi tinggi tenaga solar, dewan serba guna selain menempatkan 448 gerai itu masih ditutup kepada orang awam dan beberapa kawasan di sekelilingnya terbiar dan dipenuhi semak-samun.

Lebih menyakitkan pandangan apabila dinding zink yang dibangunkan di hadapan pasar itu roboh dan tidak diselenggara sehingga berbahaya kepada orang ramai khususnya pejalan kaki dan kanak-kanak.

Bukan itu saja, rata-rata peniaga yang ditemui di Pasar Datuk Keramat masih enggan berpindah ke kompleks berkenaan berikutan kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan kemudahan dan memenuhi tuntutan mereka.

Peniaga, Sohid Ariffin, 49, berkata lokasi pasar basah yang ditempatkan di bahagian atas kompleks itu tidak praktikal apatah lagi kedudukan lot kedai yang dipisahkan dengan tembok tidak dipersetujui peniaga.

Katanya, peniaga mahukan pasar berkonsep terbuka bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan seperti yang diguna pakai pasar raya besar kerana ia lebih relevan dan mesra pengguna.

“Selagi semua tuntutan tidak dipenuhi, kami enggan berpindah ke sana. Peniaga memerlukan sebuah pasar bukan kompleks seperti itu dengan kedudukan lot kedai tidak teratur dan boleh menyebabkan kami kehilangan pelanggan.

“Bukan hanya perlu menampung kos sewa yang berkali ganda mahal daripada kos sewa kini, bahkan saiz lot kedai di kompleks itu jauh lebih kecil berbanding lot kedai kami yang sedia ada,” katanya.

Bagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim, 64, peniaga kesal berikutan pihak bertanggungjawab tidak mendapatkan pandangan peniaga sebelum projek itu dibangunkan.

“DBKL seharusnya belajar melalui kesilapan dan kegagalan pihaknya terhadap operasi di tiga pasar awam moden sebelum ini. Lihat saja Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, apa sudah jadi dengan kompleks itu.

“Kami bukan minta secara keterlaluan, tetapi hanya kemudahan yang cukup untuk membolehkan peniaga terus berniaga dan pelanggan berasa selesa,” katanya.

Sementara itu, pelanggan Mokhtar Sajir, 75, berkata kompleks berkenaan tidak mesra pelanggan khususnya warga emas kerana menempatkan pasar basah di tingkat atas.

“Mengapa pasar basah diletakkan di bahagian atas. Biarpun kemudahan lif disediakan, ia tetap menyusahkan pelanggan warga emas. Selain itu, kemudahan tempat meletak kenderaan yang tidak mencukupi bukan hanya menyusahkan peniaga, tetapi pelanggan,” katanya.

Kemelut yang melanda kompleks itu bermula apabila peniaga membuat keputusan sebulat suara mahu DBKL memenuhi semua tuntutan mereka sebagai syarat ‘wajib’ untuk berpindah antaranya meminta DBKL menyediakan peti sejuk besar untuk penyimpanan barangan basah, menyediakan lif bersesuaian untuk kemudahan mengangkut barang selain kadar sewa bulanan lebih rendah. Pada Jun 2009 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta DBKL bersetuju membina bangunan tambahan yang dikhususkan untuk lebih 124 peniaga barang basah dengan menambah peruntukan RM15 juta.

Bagaimanapun, difahamkan bangunan tambahan itu belum dibangunkan sehingga kini bagi menunggu persetujuan berpindah dari semua peniaga, malah difahamkan satu sesi dialog yang diadakan Oktober lalu turut menemui jalan buntu apabila peratusan persetujuan masih rendah -metro
STONE : Kontraktor kroni dah sebat 56juta ... lantak korang le nak buka ke tidak. Nong Chik pun buat 'bodoh' jer sebab ni projek utk rakyat, kalau projek utk YB2, Menteri2, atau projek di kawasan elite dh lama siap, ni projek di Keramat, utk rakyat biasa-biasa jer, lambat pun tak apa. Tapi kalau nak tengok dia orang datang perbaiki jalan esok, pasang lampu jalan esok, percepat pembukaan pasar tersebut, dan macam-macam lagi projek (yang memang dah lama diluluskan)penduduk Keramat kena lah berdoa supaya ADUN Keramat tu cepat padam (maaf aku tak tau siapa ADUNnya) ... sesudah subuh esok Nong Chik akan sampai, silap-silap Najib yang datang rasmi ... itu lah kerajaan 1Malaysia ... Rakyat diutamakan KONON NYA ...kepala bapak depa lah ... bila masa rakyat didahulukan?. Kalau ya dah lama segala tuntutan peniaga di sini dipenuhi ...

11 February 2011

Monorail Ali Rustam : 1.6km tambang RM10.00 .. ni dah kira kemut duit rakyat

Anak Melaka

Saya adalah anak Melaka berasa terkilan di bawah kepimpinan Datuk Wira Mohd Ali Mohd Rustam gagal membawa perubahan pembangunan di negeri Melaka. Banyak projek pembangunan menjadi GAJAH PUTIH.

Teksi bermeter, Hang Tuah Mall, gelanggang go cart, muzium pengangkutan, bas panorama, Melaka International Airport dan banyak lagi. Terkini monorel Melaka buatan China@CAP AYAM sejauh 1.6 km bermula dari Tmn Rempah ke Tmn Nyiru Bunga Raya sejauh 1.6 km dikenakan tambang RM10.00 sehala.

Belum pun setahun beroperasi dah buat hal. Kononnya Melaka sudah capai status negara maju.

Jika di bandaraya Kuala Lumpur tambang monorel buatan Malaysia Scomi MTrans sehala sejauh 8.6 km merentasi 11 buah stesen bermula dari KL Sentral ke Titiwangsa RM2.50.

Ini bermakna tambang RM10.00 monorel Melaka sejauh 1.6 km boleh menyamai 4 perjalanan sehala dari KL Sentral ke Titiwangsa.

Apakah motifnya melabur berbilion ringgit untuk diwujudkan monorel Melaka?

Saya rasa baikduit dilaburkan ke projek tidak bermanfaat itu untuk disegerakan projek aerotrain dari MITC ke Bandar Hilir.

Saya pasti dengan konsep park & ride di stesen aerotrain, masalah kesesakan jalan raya di Bandaraya Melaka dapat diatasi.

Anak Melaka,
Ampang, Selangor

_Harakah Daily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive