Showing posts with label ALI RUSTAM. Show all posts
Showing posts with label ALI RUSTAM. Show all posts

05 October 2012

TERKINI : SPRM sedang siasat Ali Rustam


Gambar file majlis perkahwinan anak lelaki Datuk Seri Ali Rustam. Pix: omakkau.blogspot.comGambar file majlis perkahwinan anak lelaki Datuk Seri Ali Rustam. Pix: omakkau.blogspot.comKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini. 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh. 
"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.



- Bernama

Ali Rustam... tak dak sapa nak dengki aih, cuma nak tau saja ....!!!

Harakahdaily,05 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, isu yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak lelaki Datuk Seri Mohd Ali Rustam sekadar mahukan penjelasan.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat menjelaskan, ianya bukan soal 'dengki' atau 'iri hati' seperti didakwa Ketua Menteri Melaka itu.

Sebaliknya, sekadar mahu bertanya beberapa persoalan yang timbul bukan sahaja membabitkan kos perkahwinan yang didakwa mencecah RM600,000, tapi juga beberapa isu lain seperti yang didedah di Dewan Rakyat.

"Tak ada sapa nak iri hati aih. Cuma nak tanya. Takkan rakyat tak boleh tanya. Kalau betul guna duit Datuk, memang Datuk kaya betul," katanya melalui tulisan di Facebook.

Ali Rustam boleh digelar Jayalalithaa Malaysia - Mat Sabu


Ali Rustam mungkin digelar 'Jayalalithaa Malaysia'
KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.
"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.
Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.

04 October 2012

Ali Rustam fikir dia Raja Melaka?




 
Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

03 October 2012

Ali Rustam mesti jawab dana majlis perkhawinan anaknya


(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 3 Oktober: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka mendesak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendedahkan penaja majlis perkahwinan mewah anak lelakinya, hujung minggu lalu.
Ketuanya, Law Bing Haw mempersoal dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu.
“Jika pejabat Ketua Menteri Melaka berani keluarkan kenyataan memberitahu majlis yang dihadiri lebih 130,000 orang itu ditaja sepenuhnya, bermakna mereka perlu dedahkan siapa individu ‘baik hati’ itu supaya tidak timbul spekulasi.
“Kami mahu tahu apa hubungan penaja berkenaan dengan Ali. Mungkin dia dapat manfaat daripada pertolongannya,” katanya ketika dihubungi.

01 February 2012

Ali Rustam macam pelakon Hindustan - IKHLAS

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah mengganggap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang pelakon yang hebat dalam menyelesaikan isu 11 peniaga di Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Melaka gagal mengotakan janji membenarkan mereka berniaga di lokasi itu ketika kerja naik taraf taman berkenaan dilaksanakan.

Malah mereka turut kecewa dengan projek yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu berikutan nilai pampasan ditawarkan yang dianggapnya tidak masuk akal.

03 March 2011

Senarai pembaziran Ali Rustam

a) Eye On Malaysia disita.

Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Melaka mempunyai kepentingan di dalam Eye On Malaysia ini menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB). RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.

Eye On Malaysia yang dipindahkan ke Melaka pada tahun 2008 dahulu di sita oleh Mahkamah Januari 2009 kerana kegagalan syarikat tersebut membayar hutang kepada pemilik asalnya iaitu syarikat dari Belgium, Fitraco NV.

Pada 8 Februari 2010, MST Ad Suria Sdn Bhd (Syarikat usahasama agensi kerajaan negeri) diperintahkan membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada Fitraco NV.

Syarikat dari Belgium itu juga dibenarkan memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd. Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

Ini bermakna roda gergasi, Eye On Malaysia dan tapaknya ini akan hanya tinggal nama dan menjadi bahan sejarah. Mungkin ianya boleh dimasukkan sebagai destinasi pelancongan terbaru Melaka.

b) Pusat Bowling Antarabangsa Melaka (MIBC) yang dirasmikan pada 1Ogos 2009, yang terletak berdeketan MITC, Ayer Keroh yang mempunyai 52 lane telah menelan duit rakyat sebanyak RM15 juta. - seterusnya

16 February 2011

Monorel Ali Rustam rosak selepas 1 hari pelancaran ... hahaha


MELAKA: Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang, perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat adalah membuka semua fail berkaitan dakwaan salah laku dan rasuah terhadap Ketua Menteri Ali Rustam.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia berkaitan kegagalan beberapa projek pembangunan dan pelancongan yang dilaksana di negeri itu.

“Orang buat ‘Eye on Malaysia’ dia (Ali Rustam) nak buat ‘Eye on Melaka’. Sudahnya, pelancong tak ramai, hutang bertimbun. Projek pembersihan Sungai Melaka pun gagal. Sudahlah air tak bersih, sungainya tetap kotor dan berbau.

“Konon nak tiru Kuala Lumpur, nak bina Monorel. Tapi Monorel di Melaka rosak selepas satu hari pelancaran. Projek pelancongan Pulau Besar di Melaka yang menelan jutaan ringgit, akhirnya gagal dan menjadi sarang penagih dadah” katanya pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Dewan Pay Fong di Melaka, malam tadi.

Beliau menambah, kegagalan projek pembangunan dan hutang jutaan Ringgit yang ditanggung kerajaan negeri membuktikan slogan Melaka sebagai negeri maju adalah retorik semata-mata.

“Kita dah buat laporan, tapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan. Buktinya, mengapa sehingga hari ini tidak ada siasatan dilakukan mengenai pelbagai kerosakan dan kegagalan projek pelancongan di Melaka,” katanya.

Shamsul berkata, Ketua Menteri Melaka itu harus ‘cermin muka dahulu’ sebelum mencabar untuk berdebat dengan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana kenyataan Ali Rustam baru-baru ini.

“Kita boleh senaraikan satu persatu kegagalan Ali Rustam. Tak perlu Ketua Umum atau pimpinan Pakatan, kita boleh hantar lebih 10 orang dari dewan ini untuk berdebat dengan beliau,” tegas Shamsul.

Justeru, beliau menyeru kepada pengundi di DUN Merlimau untuk menjadikan pilihanraya kecil pada 6 Mac depan sebagai ‘hukuman’ ke atas Ali Rustam dan pentadbiran kerajaan Umno di negeri itu .

11 February 2011

Monorail Ali Rustam : 1.6km tambang RM10.00 .. ni dah kira kemut duit rakyat

Anak Melaka

Saya adalah anak Melaka berasa terkilan di bawah kepimpinan Datuk Wira Mohd Ali Mohd Rustam gagal membawa perubahan pembangunan di negeri Melaka. Banyak projek pembangunan menjadi GAJAH PUTIH.

Teksi bermeter, Hang Tuah Mall, gelanggang go cart, muzium pengangkutan, bas panorama, Melaka International Airport dan banyak lagi. Terkini monorel Melaka buatan China@CAP AYAM sejauh 1.6 km bermula dari Tmn Rempah ke Tmn Nyiru Bunga Raya sejauh 1.6 km dikenakan tambang RM10.00 sehala.

Belum pun setahun beroperasi dah buat hal. Kononnya Melaka sudah capai status negara maju.

Jika di bandaraya Kuala Lumpur tambang monorel buatan Malaysia Scomi MTrans sehala sejauh 8.6 km merentasi 11 buah stesen bermula dari KL Sentral ke Titiwangsa RM2.50.

Ini bermakna tambang RM10.00 monorel Melaka sejauh 1.6 km boleh menyamai 4 perjalanan sehala dari KL Sentral ke Titiwangsa.

Apakah motifnya melabur berbilion ringgit untuk diwujudkan monorel Melaka?

Saya rasa baikduit dilaburkan ke projek tidak bermanfaat itu untuk disegerakan projek aerotrain dari MITC ke Bandar Hilir.

Saya pasti dengan konsep park & ride di stesen aerotrain, masalah kesesakan jalan raya di Bandaraya Melaka dapat diatasi.

Anak Melaka,
Ampang, Selangor

_Harakah Daily

26 December 2010

Ali Rustam yang suka berhutang

PAS tegur Ali suka berhutang

Ahmad Danial

MELAKA, 26 Dis: Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega kerana hasil negeri tidak dapat menampung hutang yang telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari.

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorel, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

Ali dilaporkan berkata, berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka Negeri Maju 2010 sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.

“Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010?” soal Ramli.

Nampaknya, kata beliau, ketua menteri itu tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih.

Katanya, memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya kerana apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu -HD

05 July 2009

Ali Rustam dan Beruk


Larangan keatas pegawai dan kakitangan kerajaan Melaka untuk melawat Kelantan pada tahun 2000 telahpun di tarik balik atas arahan Ketua Menteri Melaka itu sendiri. Itupun kerana beliau tepaksa juga pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana berkempen untuk dirinya sebagai calon Timbalan Presiden UMNO.

Arahan itu menunjukan sifat 'kebencian'nya yang mendalam pada kerajaan Kelantan pada suatu ketika dahulu. Tetapi sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka itu seperti terkena sumpahan rakyat Kelantan bilamana budaya masyarakat di sana diimport atau dibawa berhijrah ke negeri Hang Tuah itu.

Kali ini Datuk Ali mencetuskan idea baru yang tidak terfikir oleh pegawai2nya iaitu dengan a mengimport beberapa ekor beruk dari Kelantan. Tarikan terbaru di negeri Melaka ialah aksi beruk memetik buah kelapa sambil para pelancong berkunjung ke Taman Buah-buahan Tropikal di Sungai Udang.
Aksi beruk yang tidak asing lagi di negeri Pantai Timur itu rupanya sudah mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka sejak sekian lama sebagai tarikan pelancong ke negeri itu. Buat permulaan kerajaan negeri telah membawa lima ekor berok bersama dengan jurulatihnya sekali yang akan menjaga dan menyelia beruk2 tersebut.

Selepas beruk, mungkin beberapa lagi budaya masyarakat Kelantan akan dibawa masuk oleh Datuk Ali bagi menggalakan lebih ramai pelancong ke negeri ini selain daripada lambakan kedai2 masakan citarasa kelantan yang telah sedia ada di negeri ini sejak sekian lama.

03 October 2008

ALI RUSTAM JUGA TAWAR DIRI BERTANDING TIMB PRESIDEN UMNO

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

"Saya sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti, saya menawarkan diri (bertanding jawatan itu)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya kali pertama sewaktu pemilihan parti pada 2004.

Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan. ... BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive